20 Januari 2012

my other half, my imam

Bismillahi as-solatu was salamu a'la Rasoulillah

Amaran : Post ini agak 'cheesy' ( _ _'')

Assalamualaikum wbt, 
Kehadapan Abang saya,

Abang apa khabar? Abang sihat? Moga abang sentiasa dalam rahmatNya selalu.  Abang , Zahra dah mula tertanya-tanya, siapakah Abang sebenarnya? Lambat lagi ke Abang nak muncul dalam hidup Zahra?. Tapi Allah dah janji, Zahra akan tetap tunggu hatta sampai ke syurga sekalipun. 

Zahra bukannya jeles pun dengan mereka yang sudah berpunya. Tetapi kan Abang, kadang-kadang datang rasa teringin juga nak chatting dengan seseorang dan ceritakan juga semua perkara yang Zahra lalui hari ini dengan dia. Siapa pula dia? Abang lah. Dan Zahra tahu, semua perkara ini takkan dapat Zahra lakukan sebelum kita sudah sah menjadi suami dan isteri.

Sebab waktu itu, apa-apa sahaja yang Zahra lakukan bersama abang akan mendapat pahala. Cepat-cepatlah waktu tu datang kan? Kalau Zahra di sini selalu teringatkan abang, adakah Allah turut ilhamkan perasaan yang sama kepada abang? Semestinya kerinduan kepada Allah dan rasulNya Muhammad s.a.w selayakya lebih tinggi paras kerinduannya berbanding kerinduan kepada abang dan juga ahli keluarga dan sahabat Zahra.

Zahra listkan ciri-ciri Abang yang sentiasa Zahra idamkan menjadi seorang imam dalam hidup Zahra. Ciri-ciri lelaki idaman semua solehah di luar sana tau!. Orang kata lelaki baik susah dah nak cari sekarang. Perempuan baik pun sama. Tapi kita percaya janji Allah bukan? Jangan pula kita jadi baik untuk manusia, betulkan niat semula. Jadilah baik untuk Pencipta kerana Dia takkan pernah tinggalkan kita.


  •        Sentiasa solat jemaah di masjid terutama pada waktu subuh dan isyak

Bagi Zahra lelaki yang sembahyang di masjid sangatlah soleh. Kejutkan bangun solat malam, solat maghrib berjemaah dengan anak-anak..Subhanallah.. sweetnya!


  •        Seorang yang tidak meludah merata dan tidak merokok

Sebaik mana paras rupa tapi kalau bukan pembersih orangnya tak jadi juga. Zahra paling benci lelaki yang meludah merata dan merokok. Ayahanda tak pernah merokok dan ya, Zahra mahukan anak.

  •   Matang

Mungkin Abang lebih tua daripada Zahra beberapa tahun?. Kalau muda dan sebaya sekali pun, sudah pastinya dia lebih matang pemikirannya.


  •  Boleh menjadi imam

Boleh imamkan jenazah Zahra waktu Zahra dah tak ada nanti dan semestinya orang yang tahu ilmu agama selayaknya menjadi imam.


  • Suka menderma dan berkongsi.

Dia takkan pernah lokek kongsi duitnya pada yang memerlukan.


  • Pandai buat kerja rumah (masak,sidai kain, basuh baju,lipat baju,kemas rumah)

Rasulullah s.a.w adalah lelaki paling teRromantik sekali dalam sejarah hidup manusia. Ouh.. cair.. Ikutilah sirah baginda dalam berumah tangga pasti bahagia.


  • Punya fikrah yang sama

Ramai yang tak sedar bahawa similarity lebih penting daripada chemistry. 


  • Menghormati orang tua dan menyayangi ahli keluarganya

Sebab abang akan hormat ayah bonda Zahra dan juga ahli keluarga Zahra.

Insya allah, ini adalah ciri-ciri Abang yang Zahra idamkan. Ciri-ciri ini mungkin boleh berubah atau lebih tepat bertambah. Soal abang hensem, tinggi, tough, melayu, kulit sawo matang atau tidak, Zahra serahkan pada Allah. Zahra tak nak meletakkan kecantikan, kekayaan dan keturunan sebagai kayu ukur buat Abang  Zahra. Zahra pun berharap abang tak akan memandang kecantikan semata. Cukuplah agama sebagai pelengkap hidup kita. Soal abang berlatarbelakang jurusan agama ataupun tidak,  Zahra tak kisah. Orang Agama tidak semestinya orang beragama bukan?.

Untuk Zahra mendapatkan seorang Abang yang diidamkan semestinya Zahra kena perbaiki diri dulu kan? Zahra tahu abang pun sedaya upaya sedang berubah mencari cintaNya terlebih dahulu,  moga nanti kita akan bertemu atas nama Yang Maha Esa.

Sayang abang fillah selalu walau mungkin belum pernah kita bersua. Zahra.

__________________________________________________________

  Dear abang,  if a lady approaches you in the future, please dont freak out,
  it could be me.

  Truly,
  Your Future Wife. 

2 ::kata hati mereka:::

abgkacakahlaa berkata...

salam...
abg kacak da bace coretan awk..hihihi...kiuttt..awkk..kulit saye sawo mtangla..bknnye SAWA matang..hihihhi

tqaroslan berkata...

ehem... =]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dikuasakan oleh Blogger.
 

Blog Template by BloggerCandy.com