13 February 2009

Pabila hati..

Pabila hatimu mengagumi,
Agungkanlah dengan alunan tasbih.



Pabila hatimu mensyukuri,
Zahirkanlah dengan ucapan hamdalah.




Pabila hatimu resah,
Semarakkanlah hatimu dengan takbir.



Moga beroleh ketenangan
dalam
menyelusuri hati yang sentiasa berbolak-balik





10 February 2009

Biarlah..

Jika mereka sibuk mencari cinta,

Biarlah kita sibuk mencari iman.

Jika mereka sibuk mencari pasangan,

Biarlah kita sibuk mencari keredhaanNYA,

Jika mereka menangis kecewa bercinta,


Biarlah kita menangis mengenang dosa semalam.

Jika mereka cintakan kemanusiaan,


Biarlah kita cintakan tuhan.

Jika mereka mendambakan kehidupan duniawi,


Biarlah kita dambakan ukhrawi....

carilah cinta yg hakiki hanya pada Tuhan yg Esa...

peringatan juga untuk diri ini yg
mencari keredhaan TUHANNYA.

Dunia & akhirat itu umpama isteri yg dimadu.
Apabila kau senang salah satu antara keduanya,
akan marahlah yg lainnya-
saidina ali karamallahu wajhah

im being tested~

Assalamualaikum.. Bismillah.. 


Malam ini sememangnya malam yang bersejarah bagiku. Sedang saya sibuk mengajar adik Bahasa Inggeris, YMku dibuzz oleh seseorang. 


"Salam..sape ni??" kata orang itu.


Tak perlulah saya bagi tahu siapa dia bukan.


Tetiba dia tulis dalam Bahasa Arab pula.


Okay, saya pun balas juga dalam B.A


Lama-kelamaan saya fadeup seorang diri. Tak faham dia nak cakap apa.


Akhirnya mulalah saya berbahasa ibunda. 


Rupanya dia baru sahaja habis tunaikan solat asar.

Dia di mesir katanya.



Saya tanya dia, "Mana dapat emel saya ni?''

"Iluvislam", jawabnya.


Owh, "ana skula kat sbp kat selangor" katanya.


"ana pom" jawabku (gediknya cara tulis dulu3)


"Kat ner??" tanya si dia. "Kisas" jawab saya.


"spm taun aper??" tanya dia lagi. "tahun lepas" jawab lagi saya.


"owh.. engatkan batch **.." balas si dia.

aikk..? seniorkah si dia itu. Bisik seorang diri.



Tetiba dia bertanya pasal Lower6 tahun lepas. "Kenal tak lower 6 tahun lepas???''
"Muslimat ada seorang, muslimin yang lain tak kenal"



Saya balas saya tak kenal sangat.


"nape?? dyorang tuh ad wat salah kew??"


Saya jawab lagi, kali ni cuba kongsikan pasal biah di KISAS.


"sbnanya kat kisas.. muslimin dan muslimat xknal sgt.. lebey2 agy senior"


"owh., nape cam2?? cgu ajar kew??"

adeyhhh.. nak jawab camne ni?

Mulanya ingatkan nak buat photo sharing dengan niat nak tunjukkan gambar 5 unique things in KISAS.



Dia kata dia guna henset, maka tak boleh hantar gambar.


aik?? tak ada pula gambar henset. Okay.. tak pe lah.


Saya cuba suggest padanya "tny rr dak2 kisas yang ada kat mesir..dyorang bley jwb soklan tuh dengan baek"

dia kata "bg kt emel jew la.."
seriously.. nak cakap pasal kisas..
tapi yang peliknya,,takkan kat mesir takde dak kisas??


i start to wonder..


tanyalah lagi..
"knal x akh nazrul aizad n akh hakimi..
dyorg g under amanah ry bhd..
mayb dyorg leh citerkn psl kisas dgn lebey baek.."


then,,,

rahsia terbungkar..

rupanya dia adalah dak k.i batch **,,


terkedu sebentar...


terus tanya..
"nih mesti nk test dak kisas kan??"
dan tulis lagi
"tahniah"


menanti direply kembali..


"yup" dia jawab...
"sje je nk test anti nih sokong badar kew penentang badar"


SUBHANALLAH..
terus tarik nafas dalam2..


rupanya,,
diriku sedang diuji..(test)


padahal tak kenal pun siapa dia..


seram sejuk dibuat


need somebody to talk to...


straight away telefon hawa..
luahkan segala..


patut ke saya share nih???


entahlah...xpe2..
kita jadikan pengajaran bersama ya..


biarlah apa orang nak kata pasal diri kita..asalkan kita tahu siapa kita..


biarlah hidup dimakan hina...asalkan mulia pada pandanganNya...


just be yourself k..


p/s: jgn dok layan sape2 yg xknal kt ym or kt mane2 pom..


...padan mukaku...


ada hikmah tuh...


wassalam...



07 February 2009

Idaman..

Lelaki idaman,

Sememangnya akan menjadi igauan,

Setiap gadis pasti berkeinginan,

Berjumpa dengan sebuah impian.

Namun duhai lelaki beriman,

Usah mencabar lemahnya iman,

Usah menduga sebuah perasaan,

Usah mencari sebuah percintaan.

Andai dikau lelaki beriman,

Pasti engkau tidak sedemikian,

Menjunamkan diri ke lembah kebinasaan,

Membiarkan diri dalam kemaksiatan.

Sedarilah duhai lelaki beriman,

Allah Maha Menerima taubatnya insan,

Sedarilah sebelum terlambat dipesan,

Engkaulah a'bid, khalifah, da'ie harapan.

Usah hancurkan sebuah impian,

Usah ranapkan biah yang mapan,

Namun genggamlah dengan kesabaran,

Disaluti sutera keimanan.

Mari, galaslah sebuah amanah berkekalan,

tunjukkan pada mereka yang tidak ketahuan,

Islam itu indah, suci, berkekalan.

Tunjukkan jua contoh tauladan,

Bagi contoh untuk pemuda buktikan,

Lelaki yang petah berpidato dihadapan,

Lelaki yang dididik dengan tarbyah harapan,

Bukanlah lelaki picisan murahan,

Namun mujahid Islam Bumi Waqafan.

Duhai Diri

Dahulunya diri senaif kapas,

Yang putih suci berhias,

Pada hematku semuanya bernas,

Walhal hakikatnya matlah kontras.


Tika usiaku makin menginjak,

Hatiku mula melonjak-lonjak,

Dapatkah aku harungi onak,

yang teramat kejam merobek mengoyak.


Kini aku dalam usia,

Tidak pernah aku sangka,

Allah Maha Segala Kurnia,

Syukurku harap tidak pernah lepa.


Duhai hatiku yang gelisah,

Tenangkanlah dengan barokah,

Citamu kini teranglah sudah,

Bekerja beribadah bukannya payah.


Hati-hati duhai gadis,

Cinta itu hanyalah setitis,

Andai hilang usahlah tangis,

Kerna cintaNYA selautan manis.


Peganglah pada prinsip hidupmu,

Redha Allah pada bapa dan ibu,

Janganlah kamu membuang waktu,

Pada sesuatu yang tidak tentu.


Hanya hati yang bisa mengerti,

Tiba-tiba jejaka hadir menghiasi,

Jendela hati dikuak menanti,

Siapakah yang bakal tampil berdiri.


Benarkah ini suatu yang pasti,

Ataupun hanya sebuah fantasi,

Illusi bertatahkan mimpi,

Ataupun hati yang diselimuti nafsi.


Oh Allah Yang Maha Kuasa,

Tidak hamba berdaya menolak cinta,

Yang hadir dikala alpa,

Bak suria pancar dikala senja.


Aku masih ada amanah,

Janji janganku pernah lelah,

Culas, lalai mahupun lemah,

Akanku genggam meskipun betah.

Buat jejaka kekanda,
Jangan pernah hiraukan adinda,

Jangan hanya bermain cinta,

Namun bantulah dia kenaliNYA.


Sesunggguhnya itu duhai remaja,

Harta paling berharga,

Cinta paling berbisa,

Qunut Nazilah

salam to all..
bismillahirrahmanirrahim..
today..i wud luv to share wat ive heard in ikim last time.. the kuliyyah was regarding the attack of zionis laknatullah alaihim towards our brothers palestinian..its more on how n wat can we do to help our brothers beside boycotting da products..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




plus, we can recite doa' qunut in every solat fardhu..





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




its something new for me..im not aware of that before..

how???

its easy...
we can recite da doa when we reach da last rakaat..
i repeat..last rakaat..

after we've done ruku'..

we'll iktidal..

before sujud..we recite qunut nazilah first...
if solat subhi..we'll recite
original qunut+qunut nazilah


then, we'll sujud..


see??
hmm..to all bros n sis..this is what at least we can do..
i hope insya allah..we'll given strength to practice this always..
luv to share wif y'all..
tanx for viewing...