29 September 2010

Alkisah..

 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


Setelah ditinggalkan bersendirian oleh dua puteri jelitawan solehah dari jajahan WhiteHouse, Sang Puteri wilayah Bandar Bunga kini tenang menanti pula ketibaan sahabat rupawan berangkat pulang ke bumi Gerbang Andalus. Genap lima hari lagi sebelum sahabat Sang Puteri tiba sambil mengembalikan sebahagian hati Sang Puteri yang dibawa pergi, menggalas pulang semangat Sang Puteri untuk sama-sama meneruskan perjuangannya di tanah asing ini.

Titah Permaisuri telah disuarakan sendiri oleh baginda. Tiada kompromi lagi kali ini.
Perintah berkurung telah dikenakan oleh Permaisuri di tanah air untuk Sang Puteri tidak ke mana-mana buat masa ini. Keberanian Sang Puteri bersendirian tika bermusafir terus lesap setelah diberi amaran keras oleh Permaisuri. Sepurnama dulu, Sang Puteri naik turun ke wilayah Rabat, Kenitra dan Casablanca hanya bersendirian menyelesaikan janjinya ke sana ke mari. Alhamdulillah, segalanya selamat. Ketika itu dibenarkan, kali ini kad merah dilayangkan. Aduhai tidak berani Sang Puteri mengingkari.



27 September 2010

Though being alone is tough..

Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


Monday, 27 September, 2010.

Hello everybody!
Its kinda chilly right now in Mohammedia. The rain dropped and the temperature has also dropped really fast. Nearly from 30 degree to 20. Nevertheless, it was a great weekend I had last week. Guess what?. Allah sent me two beautiful angels that keeping me accompanied the whole weekend all the way from Casablanca. We had dajaj kamil, mee kari ayam and kuskus khudor. Oh My Lord. I nearly cried when they departed. Being lonely is not an easy task for me. Seriously. I keep repeating myself to them that I will never eat well just like the time we spent together. ;(
Though they said when d going gets tough,d tough get going.
I know its the childish of myself right? But this selfishness of me wanting them to stay will make me a human once more. Literally.

21 September 2010

A yang sangat berat..


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah

20 September 2010, Bradaah.

Berjalan ke kuliah pagi ini terasa lain. Mungkin sudah lama saya tak bersua muka dengan teman-teman. Sambil berjalan, sambil menyusun ayat-ayat yang pasti akan saya gunakan pabila berjumpa mereka nanti. Ah, saya memang masih belum bersedia untuk
ke kelas agaknya. Berkira-kira mahu ke sana. Nahu qawaid belum dibaca, patutnya petik jari sudah sedia.


Allah, saya masih ada amanah lagi yang belum dilunaskan. Sijil ijazah kak Sarah dan ustaz-ustaz lain masih belum dapat lagi. Sifat Rasulullah yang itu bukan senang untuk dilaksanakan. Sungguh walau sekeping sijil yang mahu diminta. Setinggi awan rasanya sijil itu mampu terbang. Tinggi dan payah untuk kami dapatkannya.

Tapi bukan alasan harus diberikan. Kelak di akhirat segala amanah dipersoalkan. Segala jenis amanah yang kita pikul kelak akan ditanya.
Saat itu adakah kita bersedia?
Adakah kita tergolong dalam golongan munafik?


20 September 2010

antara dua dunia

 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah

Suasana di dalam Musolla Saidatina Khadijah lengang di pagi ahad. Hanya terdapat beberapa pelajar yang turun mendirikan solat sunat dhuha di musolla. Agaknya yang lain lebih memilih untuk solat di dalam dorm. Usai solat dhuha dua rakaat aku mengangkat tangan dan berdoa. Aku meraup wajahku sambil mata terpejam. Ya Allah, tiada apa-apa yang diharapkan selain pertolongan dan pedoman daripadaMu dalam setiap perkara yang dilakukan. Terduduk sebentar aku di balik tiang, menerawang fikiran kembali ke zaman yang dulu. Zaman tatkala aku bukan bergelar seorang pelajar sekolah agama. Ya, dahulu aku hanyalah pelajar sekolah biasa yang tiada langsung suasana islamik dalam pergaulan seharian. Seratus peratus berbeza daripada suasana kehidupanku di sini.

Pada mulanya, aku seakan mengalami sebuah kejutan budaya dalam diriku. Bayangkanlah aku hanya memakai tudung tiga segi pada hari pendaftaran di sebuah sekolah agama. Sepanjang minggu-minggu pertama persekolahanku, aku di antara beberapa pelajar muslimat yang menjadi perhatian mata-mata senior dek pendeknya tudungku ini. Masih teringat lagi pesanan kakak-kakak senior untuk memakai tudung labuh apabila pulang dari cuti persekolahan kelak. Akur aku menyarung tudung labuh yang langsung tidak pernah terlintas di pemikiranku untuk memakainya. Oh, tidak pernah aku bermimpi memakai tudung labuh sebelum ini. Meskipun ummi memakai tudung labuh, tidak pula aku terikut untuk memakainya. Asal cukup bertudung dan menutup aurat sudah memadai bagiku. Pernah juga aku terfikir mungkin hanya selepas aku bernikah dan suamiku memintaku untuk mengenakan tudung labuh, pada saat itu akan aku mula memakainya.


17 June 2010

Debaran dalam penantian...

 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah

Assalamualaikum dan salam mahabbah buat semua..

Semalam, hari yang sangat menggembirakan buat semua pelajar Malaysia di Mohammedia. Alhamdulillah, keputusan semester kali ini bagi pelajar Dirasat Islamiyah dah keluar, dan semuanya lulus seperti yang diharapkan. Tahniah buat Kak Sarah yang comel, Yusra yang bergaya, Ustaz Said yang berkaliber, Ustaz Shahir yang best dan Ustaz Sobri yang rajin. Mabrouk a3laykoum jamia3n!!!.

Perkara yang sama diharapkan juga buat kami pelajar Dirasat Arabyah hari ini. Keputusan semester kali ini bagi pelajar Dirasat Arabyah, Ilmu Ijtima3, dan Dirasat Faransyah tak ditampal lagi. Debaran penantian bersambung lagi sehingga petang nanti. >_<"

Doakan kami di sini ya, dapat lulus dengan pangkat mustahsan dalam semester kali ini! Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami. Hanya kepadaMu kami menyembah dan Hanya kepadaMu tempat kami meminta pertolongan. Cukuplah Allah sebaik-baik penolong kami. Kerana hanya kepadaMu tempat kami bertawakkal. (◡_◡✿)

Bihusni wat tawfiq buat semua sahabat seperjuanganku yang lain. Semoga dipermudahkan urusan kalian juga.

Bissalamah~ (◠‿◠✿)

13 June 2010

Panas dunia apalah sangat..

Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah

Assalamualaikum pembaca sekalian..

Dah lama sangat rasanya tak menulis di El-Hanounah, hinggakan ada permintaan untuk mengemas kini post terbaru daripada dua orang kakak kesayangan saya, Kak Sarah dan Kak Shahirah. Maka digagahkan diri jua menulis sesuatu. Sebelum tu, saya ucapkan ahlan bikoum buat pembaca yang sudi singgah El-Hanounah. Siap ada tag terbaru lagi daripada cahayamylife. Insya allah, nanti saya jawab tag nya tu ya.
Post kali ini, suka saya nak bercerita tentang suasana permulaan musim panas di sini. Teringat pula cuaca panas di Malaysia, cuaca di sini panas kering dan teriknya sampai tak boleh nak buka mata !. Bak kata kak Sarah, ini baru permulaan kehangatan musim panas. Tunggulah sampai bulan 7 nanti, terbakar segala kulit yang terdedah dek cahaya matahari. Walaupun baru muqaddimah, panasnya menyengat juga hinggakan kawan sekuliah saya siap bawa payung ke jamia3h. Setiap kali berjalan melintas orang Morocco, terkekeh mereka gelakkan kawan saya.
Rupanya mereka pelik tengok orang Malaysia berpayung di tengah panas. Walhal, di Malaysia
sesuatu yang sangat biasa kan?. (^_^)


Bagi mereka, musim panas hanya sementara, menikmatinya juga bukanlah lama. Waktu yang pendek ini jugalah membolehkan “sotong-sotong kering’’ dan “ikan kering’’ bersidaian di tepian pantai di Mohammedia. Berbondong-bondong juga budak lelaki baya-baya adik saya keluar ke pantai berseluar pendek takat lutut untuk bermain bola.