24 October 2011

Bangun..! Usah Bertangguh Lagi!

Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah

Berteleku sejuk sekujur badan di dalam selimut membalut diri. Sayup-sayup azan Isyak berkumandang dari luar tingkap kedengaran. Takbir laungan mengagungkan Ilahi mengajak manusia sujud kepada Yang Esa. Waktu itulah juga mata ini terasa berat yang amat. Hampir terkatup mata dihempap rasa mengantuk yang tetiba hadir tanpa diundang. Mulalah bisikan-bisikan itu mula kedengaran.

" Tidurlah sekejap, bangun waktu malam nanti je"

"Alah.. waktu Isyak kan panjang,.musim sejuk kan.. apa salahnya tidur bukannya tak sembahyang nanti"

Oh, lenanya dibuai bisikan itu. Dan.... 

"Ok husna!, bangunnnnnnnnnn" dilempar gebar yang berat ketepi.

"Syaitan memang nak ajak kau masuk neraka, sebab dia tak dapat masuk syurga. Jadi dia dengki dengan manusia dapat menikmati segala macam kenikmatan nanti. Tak payah ikut dia masuk neraka. Kau kan nak jumpa Allah.." Membebel keseorangan mengheret diri mengambil wudhuk.


Yusra di ruang tamu terkekek-kekek gelak. Lucu melihat perangai pelik sahabatnya itu. 

Aduhai diri.


Anda mesti pernah terasa begitu kan? Terasa sayup-sayup diri terbuai lalai dengan satu bisikan yang berjaya membuat kita ralit dengan niat sebenar.

Nak-nak lagi apabila menghadap Facebook bukan? Habis semua perkara tergendala.



Allah.. Lemah betul kita. Sewaktu mula semester baru, semangat pun wajiblah berkobar! Ok, sem kali ini wajib lebih baik daripada sebelumnya. Akan aku buktikan pada dunia! Dan lain-lain lagi. Tetapi akhirnya kita berada di takuk lama. Bertangguh setiap masa. Apa nak jadi ni manusia?



Sebenarnya tanpa kita sedari, Allah itu Maha Adil dalam setiap aturan yang ditetapkan. Sentiasa beri kita peluang dan masa untuk kembali kepadaNya. Bertangguh dan tergesa-gesa itu memang amat diminati syaitan sebab kita yang akan rugi. Tiga ayat yang ringkas tetapi amat besar maknanya telah dirakamkan Allah untuk menjadi pedoman kita semua. Surah Al-Asr. 








Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang rugi. RUGI a.k.a LOSS.

Maha Agung Allah Yang Esa. Allah sangat sayangkan kita. Allah bersumpah atas masa. Allah mahukan manusia untuk jadi orang yang berjaya. Bagaimana? Dengan beriman kepadaNya dan melakukan amalan yang soleh. Tanpa melupakan tugas untuk sentiasa berpesan ke arah kebenaran dengan penuh kesabaran. Nah, usah bertangguh lagi nanti rugi.

Waktu itu adalah peluang yang Allah berikan untuk kita manfaatkan sebaiknya. Waktu lapang yang Allah berikan itu adalah nikmat untuk mengejar sesuatu yang lebih nikmat di kemudian harinya. Waktu di dunia itu adalah sebaik-baik nikmat yang Allah berikan untuk kita manfaatkan untuk akhirat. Bertaubatlah sebelum terlambat. Berubahlah sebelum terngadah.

Ayuh! Bangkitlah diri. Usah bertangguh lagi. 

Allah Maha Mengetahui setiap usaha yang kita lakukan ke arah keredhaanNya itu pasti dihitung dan diberi ganjaran yang setimpal. Mari berusaha mengejar redhaNya. Lihat dan amati kebesaran Tuhan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Moga-moga kita dijauhkan menjadi manusia yang dalam kerugian. 







17 October 2011

Perkongsian sebuah Kehidupan


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


     Erti hidup itu pada memberi. Terkadang kita inginkan sesuatu perkara selalu mengikut kemahuan diri, tapi kita lupa ada sebahagian daripada milik kita itu perlu dikongsi. Selamanya takkan boleh kita hidup dalam bersendirian. Setiap milik kita sudah Allah takdirkan akan ada bahagiannya untuk perkongsian. Sememangnya payah pada mulanya untuk kita berlapang dada dalam membantu. Mulut berkata "tak mengapa", hati agak payah mengiyakan ikhlas pula. Pelik bukan? Kita mahu menolong dan ada niat untuk meringankan beban orang lain. Tetapi seakan ada bisikan halus yang akan menyelinap ke dalam diri dan akan membisikkan kata-kata yang akan melunturkan niat murni kita dalam menghulurkan bantuan. Ya, Encik Syaitan Laknatullah beserta konco-konconya yang lain takkan pernah berhenti menarik-narik keikhlasan hati kita dalam beribadah bertukar menjadi sesuatu yang sangat berbeza dari niat asalnya.

     "The world is not all about you. Always you have to take time and think about others too".

28 September 2011

The Dawah Show



 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah



They always inspired me to become a good Muslim day by day.
Thank You Allah for this Iman and Islam.
Alhamdulillah. :)