Bismillahi as-solatu wa salamu a'la rasoulillah.
Perjuangan menjadi seorang hamba yang sentiasa sedar akan hakikat kehidupannya di atas muka bumi sangat payah. Apatah lagi menjadi hamba yang sekurang-kurangnya sentiasa bersyukur kepada Pencipta.
"Perghh, memang payah lah nak mantain tahap kesyukuran ni" kata Mamat.
Kebelakangan ini, pelbagai perkara datang dan pergi dalam hidup saya. Kejayaan, kesusahan, kegembiraan, mahupun kelesuan semuanya hadir dan bergilir-gilir menghiasi baki-baki hari di bumi Maghribi.
Pada akhirnya, dapat saya konklusikan bahawa hidup saya dapat saya bahagikan kepada 3 fasa yang berbeza. Saya tak pasti perkara yang sama berlaku pada pembaca sekalian juga ataupun tidak, tapi saya akan cuba terangkan.
Saya akan analogikan hidup saya sebagai sebuah donat. Kenapa donat? Sebab saya masih fail buat donat. Donat bulat yang lembut dan sedap perlu melalui proses ulian dan sukatan adunan yang tepat. Sama juga dengan kehidupan. Susah sebenarnya nak membentuk kehidupan. Donat yang sedap itu pula saya bahagikan kepada 3 topping yang berbeza. Salutan Kopi, Taburan Coklat Pelangi, dan juga Taburan Gula.
Sila maafkan lukisan amateur yang comot lagi tidak menyelarakan di atas. (=='')
Bahagian donat yang bersalut gula adalah seperti hidup pada hari-hari kebiasaannya kosong tanpa sebarang ujian mahupun berita gembira terkadang rasa hambar. Sekadar rasa kenyang apabila sudah makan dan enaknya tidur selepas berhempas pulas seharian bekerja. Bukanlah terlalu membosankan tapi saya dah terbiasa dengan keadaan ini. Sama seperti rasa donat bersalut gula, rasa yang biasa sebiji donat itu.
Kehidupan yang terlalu selesa sehingga saya jadi lalai dan hanyut sebentar. Tidaklah sehingga melupakan kewajipan-kewajipan dalam menyembah Allah, cuma terasa sekadar ritual dan tidak terasa zouq dalam manisnya beribadah.
Contoh kondisi : Seorang pelajar di musim pembelajaran. Belajar seperti biasa.
Sehinggalah tiba ujian Allah kirimkan, salutan donat tersebut bertukar menjadi Salutan Kopi Pahit Manis. Salutan Kopi Pahit Manis rasanya kurang diminati, tapi masih ada rasa manis yang membuatkan perisa tersebut bolehlah diterima. (No offense to all the coffee addicts! sekadar analogi ) Samalah dengan ujian yang Allah kirimkan dalam hidup saya, mula-mula terasa berat sangat untuk diterima, rasanya tidak digemari. Mengapalah perlu ada ujian dalam hidup sedangkan dah sedia baik dengan kehidupan yang biasa itu?
Contoh kondisi : Seorang pelajar di musim peperiksaan. Berusaha bagai nak rak!
Tetapi, saya tetap ''kunyah'' dan telan jua setiap ujian dan musibah yang melanda, perlahan-perlahan saya dapat terima perisa pahit itu dan mula terasa manisnya ujian itu sebab secara fitrahnya kita akan kembali meminta bantuan pada Allah. Terasa kemanisannya sewaktu berkomunikasi dengan Allah. Kebergantungan pada Allah untuk diberi kekuatan mengunyah dan menelan ujian itu membuatkan saya bersemangat dan rajin beribadah. Makin lama, makin saya dapat terima ujian itu tanda Allah sayangkan saya.
Huih, berlipat-lipat kali ganda saya cuba berusaha memberi janji dan kata-kata manis untuk lebih dekat pada Pencipta. Maka, tibalah suatu saat pula, Allah kabulkan doa dan rintihan hambaNya yang meminta dan berikan mereka kejayaan dan kebahagiaan.
Taburan Coklat Pelangi itulah hadiah yang Allah berikan selepas hambaNya berhempas pulas mengharungi ujian yang diberikan. Kita bahagia, kita suka, dan kita bersyukur sangat berterima kasih pada Tuhan. Tapi syukur itu terkadang berpanjangan tapi fitrah manusia yang cepat lupa. Kita terlalu seronok dengan rasa bahagia itu dan akhirnya kembalilah kita terlalai.
Terlupa dan menganggap semua perkara itu biasa-biasa sahaja, "yeah i don't have anything to worry about anymore", maka kembalilah kita pada salutan Gula pada mulanya. Saya jadi terlalu biasa dengan rasa itu saya jadi pelupa dan tidak peduli dengan apa-apa pun sebab dah terbiasa dengan kehidupan yang biasa itu.
Segala usaha amal ibadah yang banyak sewaktu susah, semakin berkurangan hari demi hari. Futur.
Sama dengan kitaran kehidupan kita kan? |
Contoh kondisi : Seorang pelajar selepas musim peperiksaan.
Begitulah sunnah kehidupan manusia yang dapat saya analogikan sebagai sebuah donat yang pelbagai perisanya. Rasa yang berbeza tapi saya akan tetap cuba gigit dan kunyah donat tersebut sehingga habis.
Untuk menjadikan donat tersebut menjadi donat yang sentiasa penuh dengan rasa syukur iaitu sentiasa dekat pada Allah pada setiap masa, Saya perlu set mind dan letakkan diri dalam Salutan Kopi Pahit Manis tadi. Saya kena sentiasa ingatkan diri selalu tentang segala kesungguhan dan keindahan kebergantungan diri pada Allah pada saat-saat genting dan aplikasikan pada Fasa Salutan Gula dan Fasa Taburan Coklat Pelangi.
Hayati setiap detik waktu dalam nafas hanya untuk Allah. Saya perlu lebih mujahadah. Saya perlu bagi tahu diri bahawa waktu senang dan lapang itu juga ujian dan sentiasa perlukan bimbingan daripada Tuhan. Supaya tidak terbuang pergi waktu itu tanpa sebarang perubahan ke arah kebaikan.
Hayati setiap detik waktu dalam nafas hanya untuk Allah. Saya perlu lebih mujahadah. Saya perlu bagi tahu diri bahawa waktu senang dan lapang itu juga ujian dan sentiasa perlukan bimbingan daripada Tuhan. Supaya tidak terbuang pergi waktu itu tanpa sebarang perubahan ke arah kebaikan.
Begitulah perkongsian saya untuk kali ini. Saya tak pasti ramai antara kalian yang boleh kaitkan carta donut ini dengan kehidupan mereka atau tidak, yang penting, moga pembaca sekalian mendapat istifadah daripada post kali ini. Bak slogan Langit Ilahi, "Mari Menjadi Hamba" saya sudahi post ini dengan "Mari Menguli Donat Kehidupan yang penuh Kesyukuran". wink-wink ^ ^
Wassalam.
Wassalam.