16 June 2013

perempuan dan perasan







bismillahi as solatu was salaamu a'la rasoulillah

 ini monolog dalaman namanya.

sediakan plastik/besen/atau berada berdekatan tandas untuk memastikan anda tak termuntah bersepah-sepah.

 ya.. anda tak tersalah baca tajuk di atas tu. bukan perempuan dan perasaan ya, anak-anak.

perempuan dan perasan. pe-ra-san. satu sahaja huruf a selepas huruf s di dalam perkataan tersebut atau nama lain yang saya suka guna, perah santan a.k.a perasan.

post sinis kali ini khas saya tujukan untuk menempelak diri sendiri. oh ya, tunggu. sebenarnya memang kesemua post dalam blog ini untuk menampar diri saya dahulu. piappp!!! satu tamparan wanita hinggap di pipi yang berminyak ini.

berpeluh sambil mengeluh.

sampai bila ya diri saya ini agaknya mahu belajar dari kesilapan? mudah sangat taruh hati pada sesuatu yang belum lagi pasti!? dan kenapa pula ya, sukar benar rasanya, untuk bertambah tambah rasa cinta pa ilahi atas setiap nikmat dan peluang taubat yang masih diberi? waegureee? limaza? why? kenapa?

tahulah, semua itu namanya fitrah. tapi kalau dah selalu sangat 'perah santan' jadi masalah!.

aigoo! kau masih kurang menjaga pandangan wahai manusia bernama husna. ghaddu lbasar. menundukkan pandangan itu masih belum kau kuasai.

pandangan mata dan pandangan hati.

mungkin matamu bisa kau palingkan ke langit atau ke darat waktu menapak menyelit dalam ruangan manusia. namun, hati kau masih melilau. dan andai sudah tertangkap pandangan hatimu pada sebuah pesona. habis terus hatimu melayang membina sebuah impian atau lebih sesuai dikenali sebagai angan-angan.

oh dear Lord!

benar kata-kata sang murobbi unggul ''masa yang banyak dan tidak diisi adalah racun buat remaja''. dan aku sudah meneguk racun itu buat sekelian kalinya. malah, berkali-kali pula terjatuh dalam lubang yang sama. ya rasulallah, aku masih gagal dalam mengikut pesanmu itu.

kadang-kadang. selalu. rimas dibuatnya!. naik menyampah pada diri pun ada.

lap peluh. perah dalam baldi. bertakung penuh peluh penat, tak terkejar dengan lajunya mainan hati yang tidak dipagari.

suatu hari nanti, semua ini akan berakhir. aku yakin hari itu bakal tiba. tinggal aku lagi bersedia untuk menjadi penyejuk hati buat si dia yang belum kunjung tiba.

muntah hijau.

geli pun ada tulis post macam ni. mungkin saya akan delete selepas ini. yang pasti saya tak akan berkongsi di fb. anda dikira terpilih andai terbaca post pelik ini.

maafkan saya. moga dapat lah manfaatnya walaupun, saya tak pasti juga, apa the end wahupun moral of the story dalam post ini.

semoga allah bantu kamu wahai aku. ameen.

08 June 2013

Lemas







Bismillahi As-solatu was Salamu A'la-Rasoulillah.

Assalamualaikum semua! Ingat saya lagi? :)


Alhamdulillah, kalau ada yang masih sudi singgah dan baca blog yang tak seberapa ni. Sungguh saya terharu sangat bila ada yang letakkan link blog saya sebaris dengan penulis hebat Hilal Asyraf di blog mereka.

Masya allah. Moga-moga anda pembaca dapat kebaikan daripada blog saya. Dan moga menjadi hidayah buat diri saya terlebih dahulu.

Puan Ummi selalu pesan, "akak tulis islamik-islamik dalam blog, akak kena tunjukkanlah dengan perbuatan". Panggg! Memang terlempang kata-kata itu pada hati. Selalu. 


Kita kadang-kadang lemas dalam dosa. Disangka kita sedang bermain air di gigi pantai. Tak sedar rupanya sudah tenggelam di tengah lautan. Kita mula jadi resah dan tak tentu arah. Kita sedar dan kita tahu, kita sedang kelemasan. Ya, kita mampu berenang ke pulauan taubat. Tapi, kita biarkan diri terus hanyut dibawa ombak kelalaian. Seakan kita seronok dipukul ke hulu ke hilir dengan arus lembut keseronokan dunia. 

Allah itu Maha Menyelamat. 

Dihantarnya kepada kita bukan satu, tetapi banyak bantuan. Dia melayarkan kapal penyelamat penuh dengan insan-insan yang sudi menghulurkan tangan, menarik kita kembali ke daratan keinsafan. Kalaupun bukan melalui bantuan makhluk bernama manusia, Allah tetap memberi beberapa petunjuk untuk kita kembali berenang, menguak tangan perlahan-perlahan untuk kembali ke daratan. Dia hanya perlu menjentik hati kotor kita untuk bergerak dan terus bernafas. 

Pada akhirnya, untuk kita sambut tangan-tangan insan yang menghulur itu, untuk kita turut sama-sama melayari bahtera penyelamat, untuk kita menggerakkan badan kembali bergerak ke permukaan, semuanya terpulang pada kita. Ya, kita. 

Bukan sekali kita bermain lagi di pantai itu. Apabila sudah diselematkan, kita tetap terus suka bermain di situ. Dan kita hanyut lagi dibawa arus kejahilan. 

Namun, ketahuilah, andai dada masih berombak lembut, mata masih mampu mengerlip melihat, itu tandaNya, Allah masih mahu kita bertaubat. Masih ada peluang untuk kita keluar dari dasar pekat gelap lautan dosa. Nah, usah bertangguh lagi. Masa tidak akan memandang kita apatah lagi menunggu kita.


Saya seorang pendosa. Dosa saya tidak terhitung banyaknya. Andai dosa mempunyai bau, pasti ramai akan menjauhi kita.. Namun, adakah ini bermakna masih tidak punya harapan untuk saya?