16 June 2013
perempuan dan perasan
bismillahi as solatu was salaamu a'la rasoulillah
ini monolog dalaman namanya.
08 June 2013
Lemas
Bismillahi As-solatu was Salamu A'la-Rasoulillah.
Assalamualaikum semua! Ingat saya lagi? :)
Alhamdulillah, kalau ada yang masih sudi singgah dan baca blog yang tak seberapa ni. Sungguh saya terharu sangat bila ada yang letakkan link blog saya sebaris dengan penulis hebat Hilal Asyraf di blog mereka.
Masya allah. Moga-moga anda pembaca dapat kebaikan daripada blog saya. Dan moga menjadi hidayah buat diri saya terlebih dahulu.
Puan Ummi selalu pesan, "akak tulis islamik-islamik dalam blog, akak kena tunjukkanlah dengan perbuatan". Panggg! Memang terlempang kata-kata itu pada hati. Selalu.
Kita kadang-kadang lemas dalam dosa. Disangka kita sedang bermain air di gigi pantai. Tak sedar rupanya sudah tenggelam di tengah lautan. Kita mula jadi resah dan tak tentu arah. Kita sedar dan kita tahu, kita sedang kelemasan. Ya, kita mampu berenang ke pulauan taubat. Tapi, kita biarkan diri terus hanyut dibawa ombak kelalaian. Seakan kita seronok dipukul ke hulu ke hilir dengan arus lembut keseronokan dunia.
Allah itu Maha Menyelamat.
Dihantarnya kepada kita bukan satu, tetapi banyak bantuan. Dia melayarkan kapal penyelamat penuh dengan insan-insan yang sudi menghulurkan tangan, menarik kita kembali ke daratan keinsafan. Kalaupun bukan melalui bantuan makhluk bernama manusia, Allah tetap memberi beberapa petunjuk untuk kita kembali berenang, menguak tangan perlahan-perlahan untuk kembali ke daratan. Dia hanya perlu menjentik hati kotor kita untuk bergerak dan terus bernafas.
Pada akhirnya, untuk kita sambut tangan-tangan insan yang menghulur itu, untuk kita turut sama-sama melayari bahtera penyelamat, untuk kita menggerakkan badan kembali bergerak ke permukaan, semuanya terpulang pada kita. Ya, kita.
Bukan sekali kita bermain lagi di pantai itu. Apabila sudah diselematkan, kita tetap terus suka bermain di situ. Dan kita hanyut lagi dibawa arus kejahilan.
Namun, ketahuilah, andai dada masih berombak lembut, mata masih mampu mengerlip melihat, itu tandaNya, Allah masih mahu kita bertaubat. Masih ada peluang untuk kita keluar dari dasar pekat gelap lautan dosa. Nah, usah bertangguh lagi. Masa tidak akan memandang kita apatah lagi menunggu kita.
Saya seorang pendosa. Dosa saya tidak terhitung banyaknya. Andai dosa mempunyai bau, pasti ramai akan menjauhi kita.. Namun, adakah ini bermakna masih tidak punya harapan untuk saya?
10 March 2013
Soal Hati
Bismillahi as solatu was salaamu a'la Rasoulillah..
Saya selamanya memang tak akan pernah faham dengan soal hati. Soal hati antara seorang teruna dan dara.
Kenapa mudah bagi seorang perempuan menaruh harapan?
Kenapa mudah seorang lelaki membina impian?
Kenapa pula rasa sayang itu sukar berkekalan?.
Bagi saya, semuanya kerana kita terlalu suka mengharap cinta daripada makhluk bernama manusia tanpa bersandar cinta pada Sang Pencipta.
Ewah ewah.. Mudah sungguh CikNa bermadah pojangga bak seorang Penyair Chenta. *Loya*
Konklusi yang dapat saya buat, sepanjang pemerhatian saya, seseorang itu tidak akan benar cinta akan manusia lain seikhlas hatinya, andai dia tidak nampak Allah dalam setiap perbuatannya.
Err macam mana tu?
Ingat cinta suka-suka itu akan kekal selamanya ke? Pffft..setahun dua boleh beralah. Lama-lama angkat bendera putih menyerah kalah.
Seorang isteri sudi nak taat pada seorang suami kerana nampak syurga dan pahala berganda-ganda andai dia berkhidmat pada suaminya. Hatta sehingga ke akhirnya.
Suami akan sentiasa menyayangi isterinya, menghargai isteri tersebut, membimbing isteri dan anak-anak biar hingga ketemu semula di syurga.
Allah dan redhaNya kunci segala bahagia.
Usah lakukan sesuatu kerana suka manusia, utamakan sukaNya dahulu. Tak perlu terburu-buru. Perbaiki diri perlu diutamakan selalu. Setiap hari kita cuba jadi orang baru. Orang yang lebih bersedia dan berilmu.
Incha allah.. @-}--
Subscribe to:
Posts (Atom)

