"Antara memakai tudung dan solat, mestilah kita ingatkan pasal solat dahulu" kata-kata Ustaz Yusnan dalam slot Feqh Dakwah pada SIV lepas sangat membuka hati saya.
Terasa lapang dada ditunjukkan cara. Ya, saya akan terus dengan rancangan ini.
***
Perbualan ini berlaku tahun 2011.
"Dia cakap apa? Betul ke dia budak Dirasat?" saya bertanya kembali.
Bingung. Saya tak tahu nak cakap macam mana. "Kenapa dia cakap macam tu?" bulat mata saya memandang Houda. Dia hanya mencebik.
"Solat itu wajib, tutup aurat tu pun wajib kan?" saya menduganya pula. Houda diam tak berbicara.
"Tapi tak apa, yang penting kau sembahyang, jangan dengar lah cakap-cakap orang" jawab saya sambil senyum memandangnya. "Tudung tu nanti cuba perlahan-perlahan k?" saya pegang bahunya dan sambung berbicara "Asal Allah tahu usaha kau itu akan dinilainya, tak payah fikir pasal orang lain ya?"
Hari-hari kemudiannya ketika saya mengajak Houda solat bersama dia pasti akan mengelak. "Tak nak lah aku nanti aku kena lagi macam hari tu!" kata-kata Houda tertusuk di hati.
Ya Allah. Apa perlu hamba lakukan?
Mengapa manusia perlu selalu menghukum? Kenapa susah untuk memandang dengan mata hati?
Sejak dari hari tersebut, saya dekati Houda dengan lebih baik. Rupanya Houda sudah tidak mempunyai ibu. Ibunya meninggal sewaktu dia masih di bangku sekolah lagi dan sekarang dia tinggal bersama-sama kakak dan ayahnya. Pernah saya bergurau dengannya sambil menegur pakaianya yang seksi.
"Houda, seksinya~~~" kata saya sambil buat muka terkejut ala-ala bergurau.
"Ana wa libasi Housna. Aku dan bajuku Husna" katanya tersenyum tidak bersalah.
Oh begitu pula responnya. =.=
Dan setiap kali itu jua saya akan rasa bersalah. Patutkah saya memuji? Salahkah saya? Oh Tuhan. Sekarang tinggal 2 bulan sahaja lagi saya akan berada di sini. Saya tak tahu saya dah settle atau belum menegur kawan-kawan saya tentang solat dan aurat. Saya tak tahu. Tapi yang saya tahu, saya nak syurga bersama-sama. Saya tak nak dihumban ke neraka. Tak nak pula saya ditarik ke sana.
Minggu lepas, saya hulurkan pada mereka hadiah-hadiahnya. Saya hulurkan tanpa perlu saya kata apa-apa. Ada yang terkejut, ada yang suka dan ada yang sedih. Sedih agaknya sebab akhirnya saya akan berpisah jua dengan mereka.
Khas untuk Sanaa, Hasnaa dan Houda, saya hadiahkan mereka tudung dan telekung. Saya hanya hulurkan hadiah sambil tersenyum. Mereka tak bertudung, tapi mereka masih tunaikan solat. Maka, saya tak perlu berkata apa-apa bukan? Harapnya sampai maksud yang tersirat.
Atau perlukah saya sampaikan maksudnya secara tersurat?
Khamis lepas, Hasnaa pula mengadu kepada saya. "Housna, hari tu kami pakai telekung yang kau bagi untuk solat kat Masjid (surau) sini, pastu ada lah sorang Ikhwan ( orang sini gelarkan orang-orang salafi sebagai Ikhwan) tegur kitorang sebab pakai baju macam ni tapi sembahyang".
"Ya Allah.. lagi sekali??" hati saya menjerit. "Tak pelah Hasnaa, biarkan lah mereka tegur, yang penting kau solat" senyum saya kepadanya.
"Kan, aku nak solat je pun" merengus Hasnaa sambil tangannya bersilang.
Dalam hati saya sedikit kesal. Kesal kerana cara mereka mengajak itu salah. Mereka lebih selesa menghukum daripada menasihati. Ya, saya tahu, mungkin mereka rasa terpanggil untuk menyampaikan nasihat namun cara yang digunakan salah. Sangat salah sampai boleh menjadi fitnah kepada sasaran dakwah iaitu mad'u itu sendiri.
Saya tak pandai berkata-kata dengan mereka. Jadi, langkah terakhir saya sebelum BFG back for good ialah menulis surat. Saya akan sampaikan segala isi hati dan pesanan terakhir dalam surat tersebut tanpa perlu saya banyak berkata-kata.
Sesungguhnya saya sangat sayangkan mereka kerana Allah. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kesilapan saya sepanjang saya berukhuwah dengan mereka. Semoga jua Allah merahmati mereka, dan sedarkan mereka bahawa dunia ini amat memerlukan mereka untuk bangkit bersama-sama.
***
Moga Allah bimbing kita ke Jannah.
Sesungguhnya saya sangat sayangkan mereka kerana Allah. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kesilapan saya sepanjang saya berukhuwah dengan mereka. Semoga jua Allah merahmati mereka, dan sedarkan mereka bahawa dunia ini amat memerlukan mereka untuk bangkit bersama-sama.
***
Moga Allah bimbing kita ke Jannah.
"Umi, kalau akak meninggal dalam perjalanan pulang dan akak tak sempat bagi hadiah ni akak masih dapat pahala kan?" tanya saya sambil tangan sibuk membungkus kotak.
Umi hanya tersenyum memandang.
Syurga itu tempat abadi yang kita mahu nikmati bersama. Syurga itu juga motivasi kita.
Semestinya kita mahu masuk ke sana bersama orang yang tercinta bukan?
Sangat sentap video ini. Mungkin jugak korang tak berdakwah dan biarkan dia dalam kejahilan. PANGG!! tertampar di situ ok.
p/s: Actions do speak louder than words..rite?
Sangat sentap video ini. Mungkin jugak korang tak berdakwah dan biarkan dia dalam kejahilan. PANGG!! tertampar di situ ok.
p/s: Actions do speak louder than words..rite?