06 February 2009

Iman kita~


Iman seperti pohon yang mempunyai 7 dahan:


*Dahan yang berpangkal pada hati, buahnya ialah kemahuan kepada yang benar dan sihat.

*Dahan yang berpangkal pada lidah, buahnya ialah berkata-kata yang benar.

*Dahan yang berpangkal pada 2 kaki, buahnya ialah suka mendatangi solat berjamaah.

*Dahan yang berpangkal pada 2 tangan, buahnya ialah sedekah dan derma.

*Dahan yang berpangkal pada mata, buahnya ialah titisan air mata taubat penyesalan.

*Dahan yang berpangkal pada perut, buahnya ialah makanan yang halal dan tanpa syubhat.

*Dahan yang berpangkal pada jiwa, buahnya ialah meninggalkan nafsu syahwat.

Al Quran Pembela Di Akhirat Kelak



Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

05 February 2009

Kuasa Umi kita semua..



Salam semua..
Hari ini, hari pertama saya menulis dalam blog nih.

Bukan semua perkara kita mampu buat. Obviously.

Apatahlagi yang ada kaitan dengan mak,umi,ibu kita semua.

Hulwa adik bongsu saya, mula2 tak nak pergi tadika. saya pon mula la memujuk sebagai kakak yang sulung. Dia x nak dekat pon, siap tendang2 lagi. Xmudah menglah agy, pegi la dapor amek vitagen kesukaan dy. Xlut jugak taktik. Last2, umi dtg n mula ckp "Jom uwa gi gosok gigi". tanpa sebarang bantahan Hulwa bangun.

Punya liat nak bangun tadi siap kene tendang. alek2 umi datang terus bangun.
Macam mane la plak ari esok.
Subhanallah, ape la ak nk bwat spy Hulwa x meragam.

Nampak x, bkn senang jd sorg ibu,umi o mak. Lebih2 lagi yg bekerjya. They're Superwoman btol.

Umi demam, sbb tuh x g keje arini. Bley la hantar adekku yg comel itu.

Jadi apa yang boleh disimpulkan kat sini.

Syurga tuh ad kat bwh telapak kaki ibu..

????

tp kita sume kene la jadi anak yg soleh n solehah dolu..

Senang ker??uhhh tidak sekali-kali..