25 October 2009

mahabbah antara kita~

 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah  بسم الله الرحمن الرحيم


Insan dicipta untuk berkasih sayang. Allah jua amat suka andai dua orang itu bertemu dan mereka berkasih sayang kerana Allah. Kasih sayang yang terjalin itu membentuk satu ikatan yang amat kuat. Ikatan itu bukanlah ikatan yang dimurkai Allah yakni hubungan antara seorang adam dan seorang hawa tanpa ikatan yang sah. Namun, sebuah ikatan ukhuwwah yang dibina atas dasar persahabatan yang utuh. Resam kehidupan itu selalu menyaksikan ukhuwwah itu mulai longgar.
Mulalah air mata manusia mengalir dek kesedihan. Hati manusia mula gundah dek keresahan. Manusia jua mula akan sedar kekhilafannya dek kelemahan diri. Lantas manusia mula mencari dan bertanya "apakah kesalahan diri ini?''. Manusia terlupa yang selama ini, hatinya sering merasakan yang dia mampu untuk membaiki setiap kesalahan yang pernah dilakukannya. Namun manusia alpa untuk berdoa dan meminta pada Allah Yang Maha Mendengar. Mungkin badai yang menghentam ukhuwwah itu dihantar untuk mengukuhkan lagi tembok persahabatan.
Setiap kali pertemuan dan persahabatan yang dijalin dalam hidup pasti akan wujud masalah dan musykilah. Tanpa manusia sedar, kasih sayang telah dibajai di dalam hati menjadikan bunga ukhuwah itu makin mekar mewangi. Malahan, ada doa untuk kita sama-sama amalkan agar ukhuwah persahabatan mahupun mahabbah kekeluargaan antara kita semakin erat dan kukuh.
Doa Pelembut Hati~


Surah Thoha ayat 1-5

  • Sejarah ayat ini adalah ayat yang dibacakan oleh adik Saidina Umar sewaktu beliau masih belum memeluk Islam. Saat beliau mendengar bacaan adiknya, sepanas-panas hati seseorang pemimpin yang digeruni menjadi sejuk dan lembut lantas terus memeluk agama Islam dek terpana dengan keindahan kalam Allah.
Doa Penguat Ukhuwah~
Doa Rabithah
اللّهم اِنّكَ تَعلم اَنّ هَذِهِ القُلُوبِ قَدِ اجْتَمَعَت عَلىَ مَحَبَّتِك وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِك ؛ وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ ؛ وَتَعَاحَدَتْ عَلَى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ ؛ فوثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا [×3 ] وَأَدِم وُدَّهَا وَحْدِهَا سُبُلَهَا وَاٌمْلَأَهَا بِنُورِكَ الّذِي لَا يَخْبُوا وَاُشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الاءِيْمَانِ بِكَ ؛ وَجَمِيلِ تَوَكُّلِ عَلَيْهَا بِمَعْرِفَتِكَ ؛ وَأَمِتْهَــــا عَلَى الشّهَادَةَ فِي سَبِيلِك ؛ إِنّكَ نِعْمَ المَوْلَى وَ نِعْمَ النصير ؛ اللّهم آمين ؛ صلّى اللّهم عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِك وَسَلِّمُ
Setiap kali sebelum baca, bayangkan muka orang itu dan boleh juga disebut namanya sekali. Baca doa rabithah tersebut, dan apabila tiba ayat فوثق اللهم رابطتها...... fawaththiqillahummarabitotaha, diulang sebanyak tiga kali. Sebaik-baiknya dibaca selepas setiap kali solat. Atau boleh juga dibaca sewaktu membaca Al-Mathurat.
Manusia itu adalah gambaran si penulis yang penuh dengan kelemahan dan sering melakukan kesilapan. Sejuta kemaafan buat semua yang prnah mengenali diri ini dan pernah disakiti hatinya kerana perbuatan saya. Hanya mampu saya memohon ampun dan maaf atas segalanya. Selebihnya, hanya pada Allah saya memohon agar segala kerahmatan dilimpahkan buat semua.
Mungkin selepas ini takkan pernah kita berjumpa lagi. Moga Allah pertemukan kita di syurgaNya kelak.
أنا متـأسفة
أحبكم في اللـــــــه

19 October 2009

bersahabat bukanlah mudah..



السلام عليكم~

Andai seseorang sahabat membuat kebaikan, ukirlah di atas batu agar ia tersemat di hati dan kekal sebagai memori terindah,
namun, seandainya seorang sahabat membuat kesalahan, tulislah ia di atas pasir agar ia hilang ditiup angin kemaafan.


Satu pengajaran buat diri tatkala badai telah melambung pantai indah persahabatan. Seharusnya ada kepercayaan yang kukuh antara kita. Jangan pernah pendam sendiri andai kejayaan sudah diperolehi. Apatah lagi berdarah luka di hati. Hulurkanlah pada sahabat di sisi. Di situlah makna persahabatan terungkap. Semua perkongsian sama digarap. Bukannya sendirian diri meratap.

Terkadang kita sendiri yang merasakan diri kita disisihkan. Walhal, perkara sebenar jauh sekali sebegitu. Usahlah sesakkan dadamu dengan fikiran yang menyerabutkan. Puas kita bersangka yang bukan, sedang hakikat bukan apalah yang kita sangkakan.

Sudah-sudahlah meragui persahabatan yang sudah diikat. Sekali kita berkasihan, selamanya biarlah bertahan. Sesebuah hubungan itu memerlukan perngorbanan. Jangan biarkan syaitan merosakkan ukhwah kita bersama. Sahabat, teman mahupun kawan datang dan pergi setiap masa. Hanya hati yang kudus dan ingatan yang tulus memautkan kita bersama. Moga setiap masa yang sudah kita luangkan bersama kekal indah dan tidak pernah dipadam dalam memori jiwa.


Ku perhatikan laut,
Lalu ku berdoa agar ukhuwah kita tidak sepertinya,

Pasang dan surut silih berganti
Tidak juga seperti buih-buihnya yang rapuh dan tidak kekal,

Lalu ku berdoa lagi agar di antara kita seperti Sungai Nil,
Yang tetap mengalir hingga ke saat ini.

17 October 2009

عيد الميلاد!..بمعنى عيد العجوز (,")


~السلام عليكم~


حقيقة قد نسيت قليل بقليل عن الدراسة, اما الأن أشعر مهارتي بالتصالية او الكتابة في اللغة العربية نقصا بكثيرة جدا!. كنت في بيتي من خلال اثنان وخمسون أيام جد اقل الأنشطة عن اللغة الجنة لتحسين مهارتي. و بعد ذالك, سنلتحق بجامعة في بلاد العرب!


ياللّه,,,, حسنى...حسنى...


فاسمح لي يا أصدقأي , أريد ان أكتب هذه القطعة باللغة الفرقان.


الحمدللّه رب العالمين , كان في البارحة, 15/10/2009 ,اضاف عمري الى ثمانية عشر. حصلت كثير الكلام التهنيئة خاصة من خلال "الوجه الكتاب" من الأسرتي والأصدقأي ايضا..


جزاكم اللّه خيرا جزأ على الدعاء منكم.

  • 14/10/2009
  • En Yuzri (HEP IKIP)
  • Nadhirah SB (BTN ULU SEPRI)
  • 15/10/2009
  • Syed Sulaiman (KIBA)
  • Nasrah Hawa (KIBA)
  • Alia Ramley (SMART+KISAS)
  • Hamizah Zainal (sepupu)
  • Yahya (KISAS)
  • Yusra Iliyani (KIBA)
  • Farhanah (KIBA)
  • Afifah+Sarah+Hafsha+Solehana+Jaziha (KIBA)
  • Aishah (KIBA)
  • Ummi <3>
  • Alif (KIBA)
  • Anis Alyani (KIBA)
  • Wan Nur Dyana (KIBA)
  • Haslina (KIBA)
  • Fadzlin Sakina (KIBA)
  • Siti Hanisah (KIBA)
  • Nor Salmiah (KIBA)
  • Fasihah Amirah (KIBA)
  • Farahin Hamid (KISAS)
  • Syahiran Suraini (KISAS)
  • Syarafina Malek (KISAS)
  • Zati Lini (KISAS)
  • Ammar Rosli (rakan Blogger)
  • Nurul Nazierah (KISAS)
  • Mahirah (KISAS)
  • Azarul Zaman (KISAS)
  • Ahmad Saifullah (KISAS)
  • Luqman Ashaari (KISAS)
  • Muhammad Firdhaus (BTN)
  • Farihah Naser (KISAS)
  • Wahdaty Najiehah (KISAS)
  • Zaim Lalilu (KIBA)
  • Hakim Rahman (KIBA)
  • Siti Hajar (SMART)
  • Adilah Zulkifly (SMART + KISAS)
  • Shaymak Abdullah (KISAS)
  • Ahla Najwa (SMART)
  • Nora Nabilah (KIBA)
  • Mak Ndak <3>
  • Mok Teh <3>

    و في نفس الوقت حصلت الأنباء الجديد من المغرب!

حصل الطلاب الجدد بريد الإلكتروني من الطلاب في المغرب عن الأشياء المهم لنا. أنا و شرفي و يسرى سنلتحق في نفس الجامعة,اسمها "جامعة الحسن الثاني, محمدية في دار البيضاء. ولكن, ما زلنا لا ندري بعد التاريخ الصحيح لنا نطير في الهواء,

إنشاء اللّه, نصبر وننتظر قليلا حتى نحصل الإتصال من مؤسسة بهنج..

فلربَّما...

في هذا الأسبوع سنعرف معاً


إنتظروا~


انا متأسفة موجود خطأَ كثيرا جدا..

تفضل بالإصلاح الخطأ....