17 October 2011

Perkongsian sebuah Kehidupan


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


     Erti hidup itu pada memberi. Terkadang kita inginkan sesuatu perkara selalu mengikut kemahuan diri, tapi kita lupa ada sebahagian daripada milik kita itu perlu dikongsi. Selamanya takkan boleh kita hidup dalam bersendirian. Setiap milik kita sudah Allah takdirkan akan ada bahagiannya untuk perkongsian. Sememangnya payah pada mulanya untuk kita berlapang dada dalam membantu. Mulut berkata "tak mengapa", hati agak payah mengiyakan ikhlas pula. Pelik bukan? Kita mahu menolong dan ada niat untuk meringankan beban orang lain. Tetapi seakan ada bisikan halus yang akan menyelinap ke dalam diri dan akan membisikkan kata-kata yang akan melunturkan niat murni kita dalam menghulurkan bantuan. Ya, Encik Syaitan Laknatullah beserta konco-konconya yang lain takkan pernah berhenti menarik-narik keikhlasan hati kita dalam beribadah bertukar menjadi sesuatu yang sangat berbeza dari niat asalnya.

     "The world is not all about you. Always you have to take time and think about others too".

28 September 2011

The Dawah Show



 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah



They always inspired me to become a good Muslim day by day.
Thank You Allah for this Iman and Islam.
Alhamdulillah. :)

25 September 2011

Tudung


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah




"Kak Siti - kak Siti, semua ustazah kat SMART pakai tudung macam ni taw sekarang" teruja sungguh kawan umiku menunjukkan tudung lycra berawning labuh. "Akak ambillah satu.." Dihulurkan tudung itu kepada umi dengan harapan Cikgu Biologi berspek mata dihadapannya akan memakai tudung itu nanti. 


Umi ada bercerita kepada ayah. Saya hanya memasang telinga. "Si Asmira tu tanya, Kak Siti tak pakai ke tudung yang saya bagi tu". Jawab umi sambil tersenyum, "Akak pakai waktu kat rumah je" 

**
Pagi tadi, sambil menggosok tudung bulat berwarna ungu milik umi, saya bertanya kepadanya "Umi pernah bosan tak pakai tudung ni". Umi sekadar geleng kepala. "Rasa bosan tu tak pernah..tapi.." Umi terhenti sebentar. "Umi rasa tak cantik ke?" saya mencelah. "Tak cantik macam orang lainlah"


Tetiba Umi bercerita lagi "Ada sorang ustaz kat sekolah Umi cakap kat umi, "Dalam banyak-banyak cikgu kat sekolah ni, Cikgu Siti sorang yang tak berubah-sama je macam dulu". "Kenapa? Isteri dia ustazah juga kat sekolah tu ya? Mesti ustazah tu pakai tudung fesyen zaman sekarang kan mi?" saya menduga. Umi mengangguk pula.



"Ayah memang tak bagi umi pakai tudung tu", sambung umi lagi.