Tanggal 29-08-2009, telah terpapar berita mengenai Yayasan Pahang dan KIBA di Mingguan METRO. Terpampang juga muka seorang pelajar bersama Dato' Adnan Yaakob, iaitu anak kepada Cikgu Taufiq yang telah menamatkan Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) pada hari Jumaat lepas.
Kenapalah agaknya husna tulis tentang diri sendiri??
Syok sendiri agaknya..
~Aasifah~
~Ana mutaasifah~
Ma'alish
Izinkan saya membuat pembetulan pada laporan yang telah ditulis,
"Peluang diberikan YP ini akan saya gunakan sebaik mungkin bagi mencapai cita-cita menjadi penterjemah bahasa Arab," katanya bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Indera Mahkota, di sini.
Seingat saya, encik yang menyoal saya tempoh hari tanya mengenai pekerjaan umi dan ayah, saya pun jawablah, ayah bekerja sebagai guru di SMK Tg Panglima Perang Tg Muhamad, umi pula guru di SBPI Kuantan. Tak silap saya, tidak pula ditanya mengenai sekolah lama saya, KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, KLANG atau mungkin salah saya menjawab soalan agaknya?.
Tapi memang seingat saya, tak pula disoal apakah nama sekolah lama saya.
Maka, telah bertubi-tubi SMS masuk ke dalam hand phone
*bertukar nombor Upax
termasuklah mesej dari KISASIAN, Che Farhan. Sememangnya, sama sekali bukan niat saya untuk tidak mengaku KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, sebagai sekolah saya. Namun apakan daya, ralat dan kesalahan dalam penulisan sememangnya tidak dapat dipisahkan.
Maka melalui penjelasan ini, amatlah saya berharap semua persoalan dijawab dengan terang dan jelas.
wallahua'alam..
1 comment:
bongek r metro ni
Post a Comment