17 June 2010

Debaran dalam penantian...

 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah

Assalamualaikum dan salam mahabbah buat semua..

Semalam, hari yang sangat menggembirakan buat semua pelajar Malaysia di Mohammedia. Alhamdulillah, keputusan semester kali ini bagi pelajar Dirasat Islamiyah dah keluar, dan semuanya lulus seperti yang diharapkan. Tahniah buat Kak Sarah yang comel, Yusra yang bergaya, Ustaz Said yang berkaliber, Ustaz Shahir yang best dan Ustaz Sobri yang rajin. Mabrouk a3laykoum jamia3n!!!.

Perkara yang sama diharapkan juga buat kami pelajar Dirasat Arabyah hari ini. Keputusan semester kali ini bagi pelajar Dirasat Arabyah, Ilmu Ijtima3, dan Dirasat Faransyah tak ditampal lagi. Debaran penantian bersambung lagi sehingga petang nanti. >_<"

Doakan kami di sini ya, dapat lulus dengan pangkat mustahsan dalam semester kali ini! Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami. Hanya kepadaMu kami menyembah dan Hanya kepadaMu tempat kami meminta pertolongan. Cukuplah Allah sebaik-baik penolong kami. Kerana hanya kepadaMu tempat kami bertawakkal. (◡_◡✿)

Bihusni wat tawfiq buat semua sahabat seperjuanganku yang lain. Semoga dipermudahkan urusan kalian juga.

Bissalamah~ (◠‿◠✿)

13 June 2010

Panas dunia apalah sangat..

Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah

Assalamualaikum pembaca sekalian..

Dah lama sangat rasanya tak menulis di El-Hanounah, hinggakan ada permintaan untuk mengemas kini post terbaru daripada dua orang kakak kesayangan saya, Kak Sarah dan Kak Shahirah. Maka digagahkan diri jua menulis sesuatu. Sebelum tu, saya ucapkan ahlan bikoum buat pembaca yang sudi singgah El-Hanounah. Siap ada tag terbaru lagi daripada cahayamylife. Insya allah, nanti saya jawab tag nya tu ya.
Post kali ini, suka saya nak bercerita tentang suasana permulaan musim panas di sini. Teringat pula cuaca panas di Malaysia, cuaca di sini panas kering dan teriknya sampai tak boleh nak buka mata !. Bak kata kak Sarah, ini baru permulaan kehangatan musim panas. Tunggulah sampai bulan 7 nanti, terbakar segala kulit yang terdedah dek cahaya matahari. Walaupun baru muqaddimah, panasnya menyengat juga hinggakan kawan sekuliah saya siap bawa payung ke jamia3h. Setiap kali berjalan melintas orang Morocco, terkekeh mereka gelakkan kawan saya.
Rupanya mereka pelik tengok orang Malaysia berpayung di tengah panas. Walhal, di Malaysia
sesuatu yang sangat biasa kan?. (^_^)


Bagi mereka, musim panas hanya sementara, menikmatinya juga bukanlah lama. Waktu yang pendek ini jugalah membolehkan “sotong-sotong kering’’ dan “ikan kering’’ bersidaian di tepian pantai di Mohammedia. Berbondong-bondong juga budak lelaki baya-baya adik saya keluar ke pantai berseluar pendek takat lutut untuk bermain bola.