13 June 2010

Panas dunia apalah sangat..

Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah

Assalamualaikum pembaca sekalian..

Dah lama sangat rasanya tak menulis di El-Hanounah, hinggakan ada permintaan untuk mengemas kini post terbaru daripada dua orang kakak kesayangan saya, Kak Sarah dan Kak Shahirah. Maka digagahkan diri jua menulis sesuatu. Sebelum tu, saya ucapkan ahlan bikoum buat pembaca yang sudi singgah El-Hanounah. Siap ada tag terbaru lagi daripada cahayamylife. Insya allah, nanti saya jawab tag nya tu ya.
Post kali ini, suka saya nak bercerita tentang suasana permulaan musim panas di sini. Teringat pula cuaca panas di Malaysia, cuaca di sini panas kering dan teriknya sampai tak boleh nak buka mata !. Bak kata kak Sarah, ini baru permulaan kehangatan musim panas. Tunggulah sampai bulan 7 nanti, terbakar segala kulit yang terdedah dek cahaya matahari. Walaupun baru muqaddimah, panasnya menyengat juga hinggakan kawan sekuliah saya siap bawa payung ke jamia3h. Setiap kali berjalan melintas orang Morocco, terkekeh mereka gelakkan kawan saya.
Rupanya mereka pelik tengok orang Malaysia berpayung di tengah panas. Walhal, di Malaysia
sesuatu yang sangat biasa kan?. (^_^)


Bagi mereka, musim panas hanya sementara, menikmatinya juga bukanlah lama. Waktu yang pendek ini jugalah membolehkan “sotong-sotong kering’’ dan “ikan kering’’ bersidaian di tepian pantai di Mohammedia. Berbondong-bondong juga budak lelaki baya-baya adik saya keluar ke pantai berseluar pendek takat lutut untuk bermain bola.





Tak kurang “merpati-merpati’’ berduaan di atas batu bertenggek mesra bercumbuan di khalayak ramai. Aduhai!. Kalau di Malaysia, di balik semak, di sini di hadapan khalayak. Bertudung berjelabah berpelukan mesra.

Geram sangat rasa hati. Kami yang duduk berdekatan ni terganggu dengan aksi-aksi percuma itu mulalah membuat bising. Bernasyidlah kami dan berselawat atas nabi dengan riangnya. Moga-moga mereka dapat mendengar kebisingan kami itu.
Oh allah...
Sebenarnya tak pelik bukan?. Sama sahaja senarionya di Malaysia. Di balik semak atau di balik tangga pula.

Sewaktu kami mula-mula sampai dulu, setiap kali naik teksi dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain, pak cik teksi mesti cakap “Budak perempuan Malaysia ni, memanglah bagus-bagus, dihormati, bertudung semuanya!” dan juga “Perempuan kat Morocco ni kebanyakannya tak bertudung, pakai seksi2!” dan pelbagai lagi kebaikan kita yang disebut dan keburukan mereka dinyatakan. Kalau saya, saya balas semula “Sama saja Malaysia dan Morocco, tak ada bezanya pun, ada yang bertudung dan ada yang tidak”. Mula-mula saya pelik kenapa kebanyakan pakcik teksi berkata sedemikian. Rupanya, terserlah dan terdedah serta terbuka segala jawapan pada musim matahari ini. Kebanyakan anak perempuan Morocco rupanya bertudung untuk menahan sejuk dari masuk ke telinga. (=_=”) boleh pulak!
Sebenarnya tak pelik bukan?. Sama sahaja senarionya di Malaysia. On Off tudung sebab panas pula.

Panas di dunia apalah sangat bukan? Panas di neraka kelak tak terbayang dek akal!

Sedangkan seringan-ringan hukuman di neraka, daripada Nu'man Bin Basyir r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya siksaan penghuni neraka yang paling ringan ialah seorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua bara api neraka yang panasnya akan mendidihkan otak di kepalanya. ( Riwayat Bukhari & Muslim )
Samaada lelaki mahupun perempuan, sama sahaja tiada bezanya. Aurat kita perlulah dipelihara sebaiknya.
Aurat kita sesama muhrim, aurat kita sesama bukan muhrim. Kita kena jaga semuanya. Apatah lagi dengan mereka yang bukan Islam.

Labuhkan tudung menutup dada, memakai stoking, pakai pakaian yang longgar, semuanya di atas kemampuan kita kan?

Allah tak zalim kepada hambaNya.

Siapa kata dengan menutup aurat kita tak mampu memakai pakaian yang lawa?
Cuba niatkan semula di dalam hati kita, “Ya Allah, aku berniat untuk berdakwah kepada mereka melalui pakaianku ini, moga Kau rahmati usahaku dan hariku”. Double Prosperity dah dapat.
Insya Allah, kalau betul-betul ikhlas dan kena pada caranya. =)

Terkadang memang rasa berat nak buat setiap perkara yang telah difardhukan. Tipulah kalau saya sendiri tak rasa begitu, tapi kita kenalah ingatkan diri kita selalu yang semuanya yang telah difardhukan kepada kita sebenarnya adalah untuk kebaikan diri kita sendiri. Allah ada berfirman yang bermaksud “Kalau kamu dan sesiapa sahaja di atas muka bumi ini seluruhnya ingkar, maka hal yang demikian itu tidaklah merugikan Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” Surah Ibrahim ayat 8.

Kita susah di dunia sekejap sahaja bukan? Nanti kita berehat sepuasnya di akhirat~

Sekian sahaja untuk kali ini, nanti kita berjumpa lagi !
Bissalama~

4 comments :

iejah rahman said...

tetamu dari mesia??? sape ye..

husna tawfiq said...

emak senior saya kat sini..
dia dtg melawat anaknya.. :D

AdiZufly said...

Ya Allah, memang panas kan summer?
Tapi betullah, panas akhirat beyond imagination...

Panas sangat sampai manusia ditenggelami peluh sendiri~

Sama-samalah muhasabah..

zAhrauna said...

well said dear..
Sama-sama muhasabah.. :)