11 April 2011

Fasa remaja yang susah..

 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah
بالقول والعمل ، أنتم الأمل
(With words and action, You are the hope)

سلمهم يا رب ، سلمهم يا رب
(Grant them peace Oh Lord, grant them peace Oh Lord)

بالعلم والقلم ، يدفع الألم
(Through knowledge and the might of the pen, Pain will be pushed aside)

لا تنسني أنا ضميرك ، لا تؤذني أنا شبابك
(Don't forget me for I'm your conscience, Don't harm me I'm your youth)

Siapa kata fasa remaja adalah fasa yang mudah untuk diredah? Terlalu banyak ujian dan mehnah yang perlu ditongkah. Meski susah dan payah, terus kita wajib gagah melangkah. Fasa hidup baru mula dijengah, dengan sifat ingin tahu kita mencuba segala yang di hadapan mata tersembah. Kadang-kadang kita tersungkur, terjelopok dek langkah yang salah. Namun kita bangkit semula dengan penuh gah. Ya! Bukankah kita muslim yang tabah, mengejar Redha Allah itu jangan pernah lelah. Kelak semua akan dinilai ditolak tambah, disoal ditanya sebanyak mana di dunia ini telah kita beribadah?

Fasa remaja adalah sebuah fasa yang menentukan peribadi seorang insan di masa hadapan. Susah bukan?
Jikalau baik usia mudanya, baiklah jua usia tuanya.

Lalu persoalan lain mula timbul, "Adakah ini bermakna, jika usia remaja milikkku sudah teruk dan buruk, buruklah jua usia tuaku?"

Bukankah Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Menerima Taubat hambanya. Bertaubatlah. Sekecil mahupun sebesar mana khilaf kita kepadaNya, hanya Dia yang akan menilainya. Bukan manusia. Pulanglah pada Yang Esa, kerana Dia yang Maha Mengetahui segala.

Oh Allah, Fasa remaja ini bagiku amatlah payah!



  1. Aku adalah seorang muslimah hamba Allah. Aku wajib menjaga ibadah.
  2. Aku adalah seorang umat Nabi Muhammad. Aku ingin menjadi sebaik-baik ummat.
  3. Aku adalah seorang anak. Aku ingin menjadi anak yang solehah.
  4. Aku adalah seorang kakak. Aku perlu menjadi contoh yang terbaik.
  5. Aku adalah seorang sahabat, rakan, teman. Aku mestilah sentiasa menjaga hak-hak dalam berukhuwah.
  6. Aku adalah seorang pelajar. Aku wajib laksanakan tanggungjawab saya sebagai pelajar.
  7. Aku adalah harapan agama, harapan umat dan negara. Aku wajib menjadi sebaik-baik insan.
  8. Aku adalah seorang remaja. Aku wajib memperbaiki peribadi supaya tak tersasar arah nanti.

Oh Allah, Kelak akan aku melangkah suatu fasa yang amat berbeza.

  1. Kelak akan aku menjadi seorang isteri. Menjadi Sayap kiri mujahid itu yang diimpikan.
  2. Kelak akan aku menjadi seorang ibu. Mendapat zuriat soleh solehah yang diharapkan.
  3. Kelak akan aku mula bekerja. Suri rumah tangga pun sebuah tanggungjawab juga.
  4. Kelak akan aku menyumbang tenaga buat agama. Tak mahu ketinggalan dalam barisan.

Oh Allah. Menjadi seorang remaja memang payah, susah. Tetapi hidup Rasulullah itu bukankah lagi mencabar usia remaja baginda?. Usia remaja para sahabat dahulu dihabiskan dengan beribadat. Berjuang, berperang menegakkan sebuah kalimat tidak hirau lelah dan penat.

Namun mengapa kini, kami mengeluh? Kami seakan lupa, lalai dan alpa?

Perjuangan kami kini sememangnya berbeza corak cabarannya, namun sama hebat asakannya.

Islam itu akan bangkit semula pada akhirnya. Bukankah Allah sudah janji pada kita? Yang tinggal hanyalah pilihan sama ada kita mahu menyumbang pada kebangkitan Islam itu ataupun tidak. Janganlah di akhir nanti, semua orang bersorak meraikan kemenangan atas perjuangan orang lain laksanakan. Kita duduk berpangku memeluk lutut, kerana dahulunya dalam berjuang kita tidak turut ikut.

Ya Allah, Kau bukakanlah hati-hati, tunjukilah kami jalan di saat kami dibuai kejahilan.

Ya Allah, sedarkanlah kami sewaktu kami lalai dibuai dihanyut nafsu cinta dunia.

Ya Allah, ketukkanlah pintu hati kami supaya kami sama-sama berdiri dalam sof menaikkan agamaMu.

Ya Allah, pilihlah kami di antara syabab dan fatayat yang Rasulullah banggakan.


Ya Allah, kami ini lemah hanya Engkau yang Maha Perkasa, Permudahkanlah Ya Allah.

Ya Allah, biarlah di Hari Pembalasan nanti, bangkitkanlah kami dalam barisan mereka yang syahid dalam menegakkan kalimahMu Ya Allah.

Dear me,

Enjoy your youth in a fantastic most bless way. You are the one who choose the road in front of you. There is nobody would force to do this and do that anymore. You are the one who going to make yourself either useful or useless toward others. Yes. Allahu Akbar! Let us rise my youthful Moslem's Brothers and Sisters. We are the hope, we are the future.

I'm trying my best in profiting my youth teenage life in a good and blessed way. And you?

6 comments :

yana said...

Bicara anti membuka fikiran ana.. :)

zAhrauna said...

barakallahu fik sis yana.. ^^

wana said...

salam ukhti. saya selalu membaca tulisan2 anti. terima kasih kerana banyak membantu menguatkan iman di kala lemah dan goyah. harap dapat mengenali anti dengan lebih baik agar dapat menjadi sahabat dunia dan akhirat. syukran :)

zAhrauna said...

wsalam ukht wana..syukran lillah..
sama-sama kita sentiasa cas iman.. semoga bermanfaat utk dikongsi bersama.. saya amat berbesar hati dapat berkenalan dengan saudari juga..^^

wana said...

alhamdulillah syukur membaca respons sis. sis ada fb atau email? mudah utk saya bertanya kalau ada kemusykilan atau ada apa2 perkongsian. bukan apa, saya tidak ramai kawan2 disekeliling saya yang arif agama dan dapat membantu saya utk lebih dekat pada Nya. jadi, insyaAllah dgn bersahabat dgn sis, diri saya lebih rasa kuat dgn ada sahabat disisi yang sentiasa memperingatkan agar sentiasa berada di jalan Nya:)

zAhrauna said...

sis wana.. boleh klik kat link Pemilik Hati yang ada kat side bar.. ^^ ada maklumat serba sedikit ttg saya.. saya biasa-biasa sahaja orangnya sis..