6 Mei 2010..
hari ini merupakan hari yang mungkin tak akan pernah saya lupa..
air mata turun laju sepanjang jalan
pulang ke rumah dari jamiah hari ni..
hari ini saya ada kelas madah Al-Quran Wa Tafsir bersama Ustazah
Kahli..
Kami belajar tentang pengumpulan quran dan penurunan wahyu..
Di akhir kelas, ustazah memberi laluan kepada pelajar untuk
membentangkan tugas yang telah ditetapkan..
Tajuk yang dibentangkan Yusuf dan Mohamad bertajuk "Kesan
Al Quran kepada Bahasa Arab"..
Selesai pembentangan, ustazah memberi komen terhadap isi yang
dibentangkan,
Komen pertama ustazah kepada Yusuf
" Bacaan Alquran bukan sahaja di dalam solat, malah, di
luar solat juga"
Komen kedua ustazah kepada Mohamad pula
" Penurunan AlQuran dan kesannya kepada bahasa Arab bukan
meluas dalam jajahan Arab, tetapi, Jajahan Islam kesuluruhannya. Siapa Arab?
Arab adalah suatu bangsa keturunan Nabi Muhammad s.a.w, bertutur dalam bahasa
arab. Siapa pula Muslim? Muslim itu adalah orang yang masuk ke dalam Islam, samaada
dia arab dan bukan arab. Tidak semestinya, Arab itu Islam. Ada ramai Arab di
luar sana beragama Kristian dan Yahudi." ustazah membetulkan fakta itu.
Saya betul-betul bersetuju dengan pendapat ustazah, sambil
menunjukkan muka yang bersungguh dan menganggukkan kepala.
Sungguh sebenarnya agak terkilan juga ketika itu, mungkin
Mohamad tersalah tulis fakta, tapi saya agak terasa dengan fakta tersebut.
Seolah-olah, Islam itu hanyalah untuk Arab.
Usai ustazah memberi komen kepada mereka berdua, ustazah memberi
peluang kepada kami yang lain untuk memberi pendapat masing-masing.
Ada yang menambah pendapat, ada juga yang bertanya.
Hari ini, kurang penyertaan yang diterima kerana pembentangan
hari ini merupakan pembentangan pertama untuk subjek ini.
Tiba-tiba, Ustazah memandang tepat ke arah saya dan bertanya.
"Awak ingin tambah sesuatu?"
"Saya?" Jawab saya.
"Ya, awak" kata ustazah.
Saya pun tak pasti apa yang terluncur di mulut saya ketika itu.
Tapi inilah yang saya jawab kepada ustazah.
"Pada pendapat saya, umat Islam di Malaysia secara umumnya,
kami belajar cara untuk membaca Al Quran sejak dari kecil. Kami boleh membaca
Al-Quran. Malangnya, kami tak faham apa-apa yang tertulis di dalam Al-Quran.
Melainkan dengan terjemah. Jadi, untuk kami faham Al Quran dengan baik, kami
mestilah mempelajari Bahasa Arab terlebih dahulu."
Semua orang memandang ke arah saya. Ustazah bertanya lagi.
"Kamu semua membaca Al-Quran dengan Bahasa Arab atau dengan
bahasa kamu?"
"Bahasa Arab" jawab saya.
"Jadi ada terjemah Alquran dalam bahasa kamu."
"Ya ustazah"
Ustazah meminta lagi kepada mereka yang lain untuk memberikan
pendapat masing-masing. Sebenarnya, saya mahu menambah sesuatu, hati saya
sangat tak tenteram dengan jawapan yang mudah dari saya.
Saya mahu menambah, bahawa Al Quran itu mendorong kami yang
bukan berbangsa Arab untuk lebih mendalaminya dengan mempelajari Bahasa Arab.
Tapi mulut ini, seakan terkunci.
Oh. Saya tak tahu perasaan sedih untuk apa yang sedang saya
tanggung dan rasa sekarang ini.
*************************************************************************
Bila diingatkan kembali, ada seorang kawan saya pernah kata,
"Kamu baca AlQuran, tapi kamu tak faham???
Kesiannya..."
Subhanallah, geram sangat rasa di hati.
Mahma kami tak faham apa yang kami baca tapi kami ada juga
terjemah yang membantu kami faham Al Quran.
Sedih.
Sedih, apabila orang Arab yang beruntung dapat memahami Al-Quran
dengan baik, tapi tidak mengamalkannya.
Sedih.
Sedih, apabila orang kita membaca Al-Quran tapi tak faham dan
tak nak cuba memahami terjemahannya.
Kedua-duanya tak mahu cuba mentadabbur Al-Quran dengan
sebaiknya. Sedangkan Al Quran itu diturunkan sebagai petunjuk buat manusia.
Buat umat Islam.
UMAT ISLAM =muslimin=kita
Sungguh sayang, seribu kali sayang.
Kita kena berubah untuk mencari keredhaan Allah.
قـول الحق تبارك وتعـالى في سـورة الرعـد : (إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ
مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ)
Kita adalah umat yang terpilih sebagai umat yang terbaik.
كما قال عز وجل: (كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ
بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ
أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ
الْفَاسِقُونَ)" سورة آل عمران
Biarlah kita ini, bukan bangsa Arab sekalipun, kita telah
terpilih menjadi muslim.
قال صلى الله عليه وسلم
(( لا فرق بين عربي أو أعجمي إلا بالتقوى
...))
Itulah nikmat yang terbesar sekali,
iaitu nikmat IMAN dan ISLAM.
Sesungguhnya allah hanya melihat taqwa dalam diri kita.
قال سبحانه وتعالى "يأيها الناس انا خلقناكم من ذكر وأنثى وجعلنكم
شعوبا وقبائل لتعارفوا إن أكرمكم عند الله أتقكم أن الله عليم خبير" الحجرات
Terasa diri sangat hina. Kerana kurangnya usaha untuk mencari
rahsia di sebalik kalam Allah.
Orang yang bukan Islam juga lebih mengkaji Alquran daripada
kita.
************************************************************************************
Usai kelas, saya terus keluar dari dewan kuliah tanpa
mengucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan yang lain. Laju saya berjalan
mahu meninggalkan tempat itu. Sambil laju air mata turun untuk sebab yang tidak
saya pasti.
pelbagai perasaan digaul dengan persoalan di dalam hati.
adakah saya tersalah cakap? apakah yang perlu saya balas untuk
soalan sebegitu? adakah saya rasa terhina? saya tak tahu..
Hati saya terus bertekad untuk memartabatkan lagi Bahasa Arab
sepulangan saya nanti.
Mohon doa kalian untuk saya terus kuat di sini. Mengutip segala
pengalaman untuk dijadikan kekuatan.
Moga Allah sentiasa memberi hidayah kepada kita semua dan semoga
mati dalam Islam itu milik kita.
Semoga kita akan teruskan usaha mentadabbur AlQuran dengan
sebaiknya.
اللهم انصر الإسلام والمسلمين في كل مكان و في كل زمن