Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah
20 September 2010, Bradaah.
Berjalan ke kuliah pagi ini terasa lain. Mungkin sudah lama saya tak bersua muka dengan teman-teman. Sambil berjalan, sambil menyusun ayat-ayat yang pasti akan saya gunakan pabila berjumpa mereka nanti. Ah, saya memang masih belum bersedia untuk
ke kelas agaknya. Berkira-kira mahu ke sana. Nahu qawaid belum dibaca, patutnya petik jari sudah sedia.
Allah, saya masih ada amanah lagi yang belum dilunaskan. Sijil ijazah kak Sarah dan ustaz-ustaz lain masih belum dapat lagi. Sifat Rasulullah yang itu bukan senang untuk dilaksanakan. Sungguh walau sekeping sijil yang mahu diminta. Setinggi awan rasanya sijil itu mampu terbang. Tinggi dan payah untuk kami dapatkannya.
Tapi bukan alasan harus diberikan. Kelak di akhirat segala amanah dipersoalkan. Segala jenis amanah yang kita pikul kelak akan ditanya.
Saat itu adakah kita bersedia?
Adakah kita tergolong dalam golongan munafik?