Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah
20 September 2010, Bradaah.
Berjalan ke kuliah pagi ini terasa lain. Mungkin sudah lama saya tak bersua muka dengan teman-teman. Sambil berjalan, sambil menyusun ayat-ayat yang pasti akan saya gunakan pabila berjumpa mereka nanti. Ah, saya memang masih belum bersedia untuk
ke kelas agaknya. Berkira-kira mahu ke sana. Nahu qawaid belum dibaca, patutnya petik jari sudah sedia.
Allah, saya masih ada amanah lagi yang belum dilunaskan. Sijil ijazah kak Sarah dan ustaz-ustaz lain masih belum dapat lagi. Sifat Rasulullah yang itu bukan senang untuk dilaksanakan. Sungguh walau sekeping sijil yang mahu diminta. Setinggi awan rasanya sijil itu mampu terbang. Tinggi dan payah untuk kami dapatkannya.
Tapi bukan alasan harus diberikan. Kelak di akhirat segala amanah dipersoalkan. Segala jenis amanah yang kita pikul kelak akan ditanya.
Saat itu adakah kita bersedia?
Adakah kita tergolong dalam golongan munafik?
الدليل قوله صلى الله عليه وسلم: (آية المنافق ثلاث: إذا حدث كذب، وإذا وعد أخلف، وإذا اؤتمن خان) البخاري ومسلم
Hadith Nabi Muhammad tentang sifat-sifat orang munafik.
- Apabila berkata dia akan berbohong/berdusta
- Jika dia membuat janji atau kesepakatan dia akan mengingkarinya
- Apabila dia diberi kepercayaan/amanah dia akan mengkhianatinya
Ketiga-tiga sifat ini senang untuk dikenal pasti kehadirannya tatkala kita menerima sebuah jawatan mahupun tanggungjawab atau kepercayaan. Hingga terlaksana sepenuhnya janji, amanah dan tiada dusta dalam perkara yang kita sudah laksanakan barulah dapat kita menarik nafas lega.
Mari kita re-check dan muhasabah diri sama-sama. Yok!
- Anda pernah berbohong? Tipu sunat?... Mari kurangkan, memang susah pada mulanya. Nanti lama-lama jadi mudah. قل الحق ولو كان مرا. Berkata benarlah walau sebenarnya ia pahit.
- Janji itu adalah sebuah harapan yang telah kita berikan kepada sesorang mahupun sebuah organisasi. Maka janganlah pernah kita memungkiri janji.
- PENGKHIANAT???!!!! Aku seorang pemungkir amanah? Mahu dilabel sebegitu? Tidak bukan?
-Hamba Allah
-Umat Nabi Muhammad
-Muslim sedunia
-Anak Umi Ayah
-Kakak
-Pelajar
-Teman sepersatuan
-Teman serumah
Banyak sangat sampai tak tertulis sebenarnya. OHHH!!! Beratnya amanah itu.
Ingat.. bahawa Allah tahu kamu boleh. Justeru kenapa kamu mahu mengalah begitu sahaja?
Rasulullah pun mahu umatnya menjadi lebih baik saban hari. Bukan menjadi lebih buruk.
Ya Allah, kami memohon kepadaMu berilah kami kekuatan dalam menempuh hari-hari kami untuk melaksanakan segala amanah dan janji yang telah kami berikan kepada mereka yang lain. Sesungguhnya kekuatan itu datangnya hanyalah daripadaMu.
{ jadual masih belum tertampal, pelajar baru sudah sampai, pelajar lama tak nampak2 }
( =.='')
buat Kak Sarah, Ustaz Pokchek, Ustaz Sobri dan juga Ustaz Shahir.
Kelas perancis sebulan saya dah habis, beraya sakan pun sudah. Saya baru sampai Mohammedia semula. Bersendirian untuk 2minggu sebelum Yusra balik. Saya memang tak sempat nak buat apa-apa lagi pasal sijil semua. Saya dah ke jamiah hari ni, tapi Boesba3 memang sibuk dengan pelajar baru. Sampai makan tengah hari pun ramai lagi. Syarafi kata, minggu lepas pun sama. Insya Allah, kami akan usahakan juga dalam masa yang terdekat ni. Maaf seribu kali maaf kalau buat semua tertunggu-tunggu. Banyak juga kena buat sebelum adik-adik sampai. Nak tahu, sakhonah rosak, dapur gas tinggal sebelah je boleh guna, kali ni, mesin basuh pulak tertanggal pemutarnya. Kena cari muallim baiki semua benda tu. Susah juga bila semua senior tak ada. Lebih susah bila bersendirian. Tak sabar rasanya nak tunggu Yusra sampai. Semoga selamat senantiasa. Akhir kalam, doakan kami semua kuat kat sini. Kami pulak dapat adik walaupun masih berstatuskan adik buat senior2 kami.
Yang kena tinggal,Mohammedian's-senior-to-beHusna~
No comments:
Post a Comment