Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah
بالقول والعمل ، أنتم الأمل(With words and action, You are the hope)
سلمهم يا رب ، سلمهم يا رب
(Grant them peace Oh Lord, grant them peace Oh Lord)
بالعلم والقلم ، يدفع الألم(Through knowledge and the might of the pen, Pain will be pushed aside)
لا تنسني أنا ضميرك ، لا تؤذني أنا شبابك(Don't forget me for I'm your conscience, Don't harm me I'm your youth)
Siapa kata fasa remaja adalah fasa yang mudah untuk diredah? Terlalu banyak ujian dan mehnah yang perlu ditongkah. Meski susah dan payah, terus kita wajib gagah melangkah. Fasa hidup baru mula dijengah, dengan sifat ingin tahu kita mencuba segala yang di hadapan mata tersembah. Kadang-kadang kita tersungkur, terjelopok dek langkah yang salah. Namun kita bangkit semula dengan penuh gah. Ya! Bukankah kita muslim yang tabah, mengejar Redha Allah itu jangan pernah lelah. Kelak semua akan dinilai ditolak tambah, disoal ditanya sebanyak mana di dunia ini telah kita beribadah?
Fasa remaja adalah sebuah fasa yang menentukan peribadi seorang insan di masa hadapan. Susah bukan?
Jikalau baik usia mudanya, baiklah jua usia tuanya.
Lalu persoalan lain mula timbul, "Adakah ini bermakna, jika usia remaja milikkku sudah teruk dan buruk, buruklah jua usia tuaku?"
Bukankah Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Menerima Taubat hambanya. Bertaubatlah. Sekecil mahupun sebesar mana khilaf kita kepadaNya, hanya Dia yang akan menilainya. Bukan manusia. Pulanglah pada Yang Esa, kerana Dia yang Maha Mengetahui segala.
Oh Allah, Fasa remaja ini bagiku amatlah payah!