DI HARI PEMAKAMANMU
Kandaku,
siapalah aku
untuk menghalang
pemergianmu...
kerana
hakikatnya
kau pergi
menemui
Kekasih Sejati dan Hakiki...
Tuhan Yang Esa.
Cheras Indah
15 MAC 2012.
Nukilan ayahanda kepada kekandanya tercinta. Al - Fatihah buat Mak Long Mariah.
---
Minggu ini basah dihujani lebat linangan air mata.
Mengapa air mata ini tidak mahu berhenti? Bukankah mereka yang pergi berjumpa Illahi?
Terkilan sungguh rasa hati tak sempat berjumpa dengan Mak Long sewaktu di Malaysia tempoh hari. Tak sempat berjumpa adik-adik saudara yang saya kasihi. Tuhanku, kurniakanlah kekuatan dan kesabaran kepada mereka dalam menempuh hari-hari mendatang. Mereka masih kecil, masih terlalu muda Ya Allah.
Sungguh kekuatan itu milik-Mu Tuhan. Milik-Mu Tuhan. Milik-Mu Tuhan.
Dua orang Ibu telah dipanggil pergi berjumpa Illahi. Selepas ibu angkat yang dirindui pergi kini ibu saudaraku pula menyusuli. Biarlah air mata yang tumpah ini sentiasa mengingatkan aku masih punya bonda yang belum cukup untuk aku berbakti kepadanya. Biarlah air mata yang berlinang ini sebagai tazkirah kepada diri bahawa ajal itu tidak mengenal waktu dan ketika. Biarlah air mata yang jatuh ini sebagai peringatan bahawa Allah itu Maha Kuasa setiap nyawa itu milik-Nya. Mereka pergi dalam husnul khotimah. Mereka pergi dalam redha.
Moga perginya kita nanti jua dalam Iman dan Islam. Moga 'kelak' di sana kita akan berjumpa lagi.
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً فَادْخُلِي فِي عِبَادِي وَادْخُلِي جَنَّتِي
Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku. (QS. 89:27-30)
إنا لله و إنا إليه لراجعون
اللهم وسع عليها قبرها واشرح صدرها و ثبتها عند السؤال واعنها على الاجابة
اللهم ارحمها وارفع عنها
اللهم بدل سيئاتها حسنات وضاعفها المئات والالف
اللهم ارحمها ~ اللهم ارحمها~اللهم ارحمها
اللهم اغفر لها وارحمها وعافها وأعف عنها وأكرم نزلها ووسع مدخلها واغسلها بالماء والثلج والبرد
" آميـــن "
Hati di sini membisikkan doa semoga dalam setiap langkah mereka di bawah penjagaan-Nya
Sedang hati-hati di sana sentiasa mendoakan agar diri ini sentiasa dibawah lindungan Yang Esa.
Saling bercinta atas redha Yang Maha Pemberi Cinta. Aku cintakan mereka sentiasa.