30 August 2009

kiba 09 sudah berakhir..

assalamualaikum pemula bicara..

Jazakallahu khayran jazak buat pengunjung-pengunjung Light of Kindness atas kesudian untuk melawat blog yang sudah lama tidak disentuh ini. Dengan segala kudrat dan masa yang ada, akan digagahi jua jari-jari dan dan diri ini untuk mencoret kenangan-kenangan serta pengalaman diri sebagai tatapan bersama.
Sejuta kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi, akhirnya tamat jua sesi 4 bulan kami bersama. Benarlah pepatah arab mengatakan "fi kulli bidayah, nihayah". Sesungguhnya hati ini benar-benar berat untuk meninggalkan sekalian sahabat di KIBA. Masing-masing membenarkan masih terlalu awal untuk kita berpisah, masih terlalu singkat perkenalan ini. Mukhayyam Arabiy Awwal dan Mukhayyam Arabiy Thani sememangnya penjalin ukhuwwah antara pelajar-pelajar YP dan MARA. Bukan, tiada istilah sebenarnya bagi pelajar YP mahupun MARA, yang wujud hanyalah pelajar-pelajar KIBA 09.

Al-khusuf Barihah (gerhana semalam) dan Mizollatul Rahmah (payung kerahmatan) sememangnya meninggalkan memoir indah pada diri. Bukan mudah hidup dalam majmuah, dan bukan payah mencari mudah. Asal ada kesefahaman, dan apa yang penting, "kerjasama!". Segala perancangan dan pekerjaan dapat diselesaikan dengan sangat mudah. Tipulah kalau tiada ketidakpuasan hati dalam kerja berkumpulan. Mesti maujud, walakin kita cuba atasi bersama.

Sebahagian masa dihabiskan dengan hidup bermajmuah, tapi tidak sesekali dilupakan hidup
saya sebagai seorang adik kepada kakak-kakak dan 'abang-abang' dan sebagai seorang sahabat buat kawan-kawan yang sangat dirindui. Asytaqu jiddan lakum!.

Jemaah Maghribi, seramai 5 orang akan berlepas ke Maghribi biiznillah selepas raya.banyak lagi yang mahu dicoretkan. Isbiru wa intaziru~
Sa aktubu lakum kullu min khibroti huna..
ma'assalamah wa ilal liqo'
salam..


1 comment:

Unknown said...

yes2..
ade muke ak..heh~