14 May 2011

Saya tak nak ketinggalan.. :)

 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


Assalamualaikum wbt buat semua,
Semalam, 9 Mei 2011 selesai sudah satu lagi rutin usrah kami dengan Kak Aini untuk minggu ini. T & T (tilawah dan tadabbur) pilihan adalah Surah As-Soff, muka surat 551. 
Bak kata seorang sahabat bernama Noraini, surah ini penuh dengan ruh. Benar, surah ini sangat penuh dengan teguran Allah buat hamba-hambanya. Tersirat asbab nuzul yang mengisahkan tentang golongan Muhajirin dan Ansar dalam mengejar pahala, kisah Nabi Musa  bersama pengikut baginda dan sebagainya.

Namun, ada satu ayat dalam surah ini yang sangat menarik perhatian kami. Sepertiga waktu dalam usrah semalam dihabiskan mengupas maksud tersirat melalui pemahaman kami dalam ayat keempat daripada Surah As-Sof.
Dah baca terjemahan ayat tersebut?
Berperang? Perlu ke kita keluar berperang? Kena pergi Palestin ke kalau macam tu?

Saya pasti ada di antara pembaca yang merasa gerun dengan ayat tersebut. 
Seolah-olah kita wajib menjadi tentera untuk membela agama.

Oh tidak sama sekali :) 



Maksud yang saya dapat faham daripada ayat tersebut adalah : Sesungguhnya Allah sangat suka (mengasihi) hamba-hambaNya yang pergi membela agamaNya secara berjemaah/berkumpulan /beramai-ramai (dalam barisan yang teratur seperti sebuah bangunan yang tersusun rapi). 


Allah sangat suka kalau kita bergerak dalam berkumpulan untuk menyampaikan risalahNya.


***

Ingat tak kisah 3 orang anak lelaki yang selalu bertikam lidah dan selalu bergaduh?. Ayah mereka sangat risau dengan keadaan ini sehinggalah sewaktu ayah mereka sakit nazak, sempat Si Ayah menunjukkan satu contoh yang sangat mudah untuk mereka dalam bersatu-padu. 

Sebatang ranting diberikan kepada mereka bertiga dan disuruhnya mereka mematahkan ranting tersebut. Oh, sangat mudah macam "makan kacang" mereka mematahkan ranting yang sebatang.

Namun, apabila diberikan pula kepada mereka seberkas ranting untuk dipatahkan, mulalah berkerut-kerut dahi dan berpeluh-peluh tiga beradik itu cuba mematahkan ranting-ranting tersebut. Sekuat mana mereka mencuba akhirnya mereka tidak berjaya juga.

Setelah itu barulah mereka sedar yang Si Ayah mahu mengingatkan mereka tentang kepentingan bersatu-padu dalam kehidupan. 

Samalah kalau kita bersendirian, kita ibarat sebatang ranting yang mudah dipatahkan, kita akan mudah kalah. Tetapi kita akan lebih kuat seperti seberkas ranting yang diikat apabila kita sentiasa bergerak secara berkumpulan, sangat susah untuk dikalahkan.

***

Sekarang mari kita cuba kaitkan ayat ini dengan situasi semasa yang hangat diperkatakan. 
Vloggers. 

Anda mesti kenal Saudara Anwar Hadi kan? ewwwwww.. :D




Tak sah jugak kalau tak pecah perut tonton video Matluthfi kan?.





Kalau anda kenal mereka berdua, anda mesti kenal Saudara Aiman Azlan juga. 






Saya dah lama simpan hasrat untuk menulis post mengenai Vloggers Malaysia yang semakin ramai di YouTube. Siapalah yang tak kenal dengan MatLuthfi90, IniAnwarHadi juga AimanAzlan90 kan? Hampir semua remaja mengenali mereka. 

Mereka Malaysian Vloggers yang mula mendapat perhatian ramai dengan pendekatan fresh, kreatif, berjenaka sambil terselit mesej penting yang cuba disampaikan dalam setiap video mereka. 

Jadi, apa kaitannya ayat tersebut dengan vloggers ni? Tak faham lah.. 


Ok, usaha-usaha mereka dalam membuat vlog bukan semata-mata untuk menjadi bahan gelak ketawa kita sahaja. Hampir semua vlog yang mereka usahakan mempunyai unsur dakwah, perghh.. pahala berterusan tu selagi orang tonton vlog mereka dan memberi kesan di hati-hati mereka. Cemburu gila.


Saya tak nafikan banyak lagi contoh-contoh remaja Muslim di luar sana yang bergerak menyampaikan dakwah dalam jemaah khas seperti ISMA, ABIM dan sebagainya. Saya sangat kagumi perjuangan yang dibawa.




Namun, apabila kita melihat dari sudut yang berbeza, mereka (vloggers) juga membawa satu risalah yang sama. Mereka juga mendekati masyarakat dalam satu jemaah, berdakwah, tetapi menggunakan uslub yang berbeza.


Dan hakikatnya mereka juga sedang bergerak dalam barisan yang rapi bagaikan sebuah bangunan yang kukuh dalam membela agama Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Vlogging.


Nah,. mari kita lontarkan soalan tersebut kepada diri kita.
Pernah tak kita cuba untuk menyampaikan risalah dakwah? 

Apakah usaha kita dalam memberi sumbangan kepada agama Allah? 

Adakah kita juga bergerak dalam sebuah jemaah?

Tepuk dada, tanya iman kerana anda sahaja yang boleh menjawab setiap persoalan. 

Yakinlah bahawa kelak Islam akan menang jua. 
Bukankah kita rantai penyambung perjuangan Rasulullah?
Tetapi jika kita memilih untuk memutuskannya (keluar) dari rantai tersebut, 
ketahuilah rantai itu tidak akan putus. 
Kerana perjuangan itu tidak memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan perjuangan.


Janganlah di akhir nanti, kita bersorak meraikan kemenangan atas perjuangan yang orang lain laksanakan. Kita hanya duduk berpangku memeluk lutut, kerana dahulunya dalam berjuang kita tidak turut ikut.

Ayuh, kita kena pastikan diri kita tidak ketinggalan dalam turut serta dalam perjuangan yang sememangnya menjanjikan kemenangan. :)

Wallahu A3lam.


Pesanan khas buat diri sendiri supaya menjadi insan bermanfaat kepada orang lain juga.



4 comments:

Najwa Najihah said...

Husna, jazakillah. Terkesan rasanya.

NourlHousna Tawfiq said...

Al3afu najwa.. :)

-li.zue- said...

jealous.

seronoknya ko kat sana.
sambil grab ilmu hidup,
sambil grab ilmu akhirat. :)

Sha-na.Szied said...

salam ^^
hijau gile macam taman arr..
letak shoutbox weyh senang borak!
sebab ko nye page nih da kosong sangat heheh ^^
mne entry undi tu baii heheh

jayyid hada entry