28 September 2009

Alkisah raya di Kuantan 1


Hari ini, hari jumaat, 25 Ogos 2009. Semua orang sibuk sungguh mengemas rumah. Kepulangan kami ke rumah dari Batu Pahat semalam pada pukul 3 petang, disambut dengan kedatangan empat orang anak kecil sejam kemudiannya yang mahu beraya. Rumah masih belum berkemas sangat. Agak terasa larat menerima tetamu pada waktu-waktu begini. Namun, kami mengalukan jua kedatangan mereka. Keempat-empat mereka semuanya lelaki. Ilham dan rakan-rakan (kurang ingat nama la) datang beraya dari lorong 14 Sungai Isap Damai ke rumah kami di lorong 10. Mereka berempat berjiran. Meskipun tak pernah kenal dan jumpa pun sebelum ini, mereka sangat mengagumkan diri ini. Bukan mudah untuk berjumpa dengan mereka yang sangat tulus dan berani untuk ke rumah jiran yang tidak dikenali. Mungkin ada yang beranggapan, memang biasalah nak duit raya. Mungkin ada juga yang kata, budak-budak zaman sekarang memang kurang rasa malu dan macam-macam lagilah. Bagi saya, sangat bagus mereka diajar sebegitu, pergi merapatkan ukhuwah sesame jiran walaupun tak kenal antara satu sama lain, alangkah bagusnya lagi, jikalau ibu bapa mereka juga turut serta. Betul tak?

2 comments :

choco_taurusz said...

klu cam tu... nk dtg mntak duit ry dr hus gak r... leh..?? hehe

husna tawfiq said...

hoho..
hajar..
silalah ke rumah ini setelah pulang dari kampus uia dan setelah bertarung dengan peperiksaan. harapnya bolehlah kuar pegi jalan2 lagi! ameeeennnnnnnnnnn.. :>