بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ini 1/10/2009, kawan-kawan kiba MARA dah bertolak semalam tepat jam 11:45 malam. Pagi tadi dapat mesej jam 5:10 pagi daripada seorang sahabat, katanya dah sampai di India tadi. Mungkin transit sebentar.
Sekarang, pelajar KIBA yang masih belum terbang di angkasa, adalah pelajar Maghribi. Pelajar-pelajar Urdun dah masuk kuliah di IKIP pada 28/9 lepas. Pelajar-pelajar Mesir pula dah lama sampai pada raya ke empat.
Ada juga dapat khabar berita, kami akan berlepas pada 4/10. IKIP pula menjangkakan tarikh tersebut adalah 9/10. Kami memang menantikan tarikh yang tepat untuk ke sana. Tak kisahlah cepat atau lambat, asalkan dapat tarikh yang sudah ditetapkan. Tertunggu-tunggu sampai boleh dikatakan bak menanti dipinang orang agaknya. Bilalah aku nak kahwin?. Lebih kurang sama kan? hehehe...
Apa-apa pun persediaan masih dalam proses mengemas dan membeli. Baju yang dibawa punyalah banyak. Rasanya 20 kg masih tidak mencukupi. Betul!. Kawan-kawan MARA boleh bawa sampai 35 kg. Kawan-kawan JPA pun lebih kurang sama. Pelajar-pelajar YAYASAN PAHANG, dibenarkan hanya 20 kg. Masih musykil, tapi mungkin disebabkan faktor-faktor yang munasabah, beg kami telah dihadkan beratnya.
Memandangkan beg yang beratnya tidak boleh melebihi had, saya dan umi bercadang rempah-ratus dihantar kemudian sahaja. Sampai sahaja di sana, terus dapatkan alamat dan umi bolehlah kirimkan rempah-ratus selepas mengirim anaknya.
Harapannya, kami dapat tarikh fly secepat mungkin. Kalau diizinkan Allah, dan harapnya doa dikabulkan, nak sangat tarikh penerbangan kami jatuh pada 9/10. Lambatnya???. Saya masih nak ke KISAS, SMART dan AL-IRSYAD. Melampau tak permintaan saya? Kalau tarikhnya sudah diberitahu, mungkin reda sikit ombak risau di jiwa kami. Walakin, andai terpaksa pergi awal, apakan daya saya seorang pelajar biasa. Hanya dapat mengharap restu guru dari jauh. Aduhai...sabarlah ya menanti panggilan itu.

اذا كنت في المغرب,فلا تستغرب~
iza kunta fil maghrib, fa la tastaghrib
Maksudnya
~Jika Kamu Berada di Maghribi, Maka Janganlah Kamu Pelik~

Pepatah arab mengenai Maghribi. Terlalu banyak agaknya kejutan, dan perka yang unik yang bakal kami lalui di sana. Mesti banyakkan bersabar, berdoa dan solat perlu di jaga. Masya Allah. Kuatkanlah diri kami semua. Ameen.
2 comments:
husna,
gud luck k..
da kompem tarikh fly, bgtw ea.. :)
nice blog... wat an improvement..!!
keep it up...!! thumbs up...!!
Post a Comment