27 December 2009

Maghribi menjadi pilihan?

 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah

Assalamualaikum buat semua. Catatan ini saya tulis pada tahun 2009. Sila baca di link ini untuk update terbaru mengenai maklumat pengajian di Maghribi. 


Tajuk post kali ini saya karang khas buat adik junior K.I yang bernama Amirah khasnya (rasanya junior rumah khalid kan?) dan buat adik-adik lepasan SPM 09 amnya. Maaf ya Amirah, baru sekarang ada masa nak menulis. :)

Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, antara negara-negara Timur Tengah yang pasti menjadi pilihan kebanyakan pelajar Malaysia untuk melanjutka pelajaran selepas SPM adalah Mesir dan Jordan. Akak pasti negara Maghribi atau dalam bahasa penjajah kita dikenali sebagai Morocco atau Maroc masih kurang diperkatakan dalam kalangan pelajar sebagai destinasi melanjutkan pelajaran. Akak pun begitu juga sebelum ini. Walaubagaimanapun, Maghribi juga sebuah negara yang pasti menawarkan sebuah kelainan buat mereka yang mahu melanjutkan pelajaran ke sini.

Pelajar-pelajar Malaysia di Maghribi tidak hanya tertumpu di sesebuah universiti sahaja, malah kami dipisahkan ke beberapa universiti yang terdapat di Maghribi. Antaranya ialah Universiti Hassan Thani di Mohammedia (tempat akak belajar), Universiti Hassan Thani Ain Chock di Casablanca, Universiti Ibnu Tofail di Kenitra, Universiti Mohammad Al-Khomis di Rabat, Universiti Benabdillah di Fes, dan lain-lain universiti
. Begitulah bertebarannya pelajar-pelajar Malaysia di bumi Maroc ini. Namun begitu, jika hendak dibandingkan pelajar Jordan apatah lagi Mesir masih sedikit bilangan pelajar Malaysia di bumi Andalus ini, bilangan kami masih sedikit kira-kira 100 lebih sahaja pelajar-pelajar Malaysia di sini.

Mari kita beralih pula kepada bentuk tajaan pelajar-pelajar Malaysia di Morocco.

Kebanyakan pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di Morocco ditaja oleh yayasan negeri atau majis agama negeri. Sebagai contoh, pelajar Selangor ditaja oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), pelajar Negeri Sembilan juga ditaja oleh Majlis Agama Negeri Sembilan (MAINS) pelajar Pahang pula ditaja oleh Yayasan Pahang. Bagi pelajar-pelajar dari negeri lain, akak kurang pasti macam mana, tapi ada juga yang datang persendirian yakni tajaan FAMA (pelajar persendirian). Borang permohonan adik boleh cari di internet mahupun iklan-iklan di surat khabar.


Antara soalan-soalan mayshur orang ramai tentang Maghribi adalah seperti berikut...

-->1. Morocco ni kat mana sebenarnya?tak pernah dengar pun..
=Morocco/Maghribi terletak di benua afrika, bukannya timur tengah. Kedudukan negara ini adalah di bahagian utara benua afrika bersempadan dengan France. Dan berhampiran dengan Spain. Morocco panggilan nama dalam western name dan maghribi dalam kata arab. Jadi, kedua2nya makna sama..tapi, bukan Moscow! Jangan ade yang tak tahu..ehhe.
2.Sana ada berapa musim ye?
=Morocco ada 4 musim. Musim panas(6,7,8), musim luruh(9,10,11), musim sejuk(12,1,2) dan musim bunga(3,4,5). Sekarang musim sejuk di Morocco.
3. Morocco ada salji tak?
=Ada.Tapi di beberapa tempat di utara dan tanah tinggi saja iaitu Oukamaiden, Marrakech dan Ifran, Fes. Setiap tahun persatuan akan mengadakan rehlah salju ke tempat2 ini. InshaAllah
4. Nak kena beli baju sejuk kat Malaysia ke?
=Tak perlu, cukup beli sehelai, sebab kat sini banyak dijual dan murah2. InshaAllah, nnt smua pljr akan di bawa membeli brg keperluan masa sampai kat sini.
5. Apa bahasa perhubungan kat sini?
=Bahasa utama adalah bahasa arab fushah dan bahasa kedua adalah bahasa france, manakala bhs perhubungan seharian atau bahasa pasar ialah bahasa Darijah Maghribiyyah,
6. Kat universiti pulak, guna bahasa apa?
=Bahasa arab fushah kamilah.
7.Perlu tak bawa laptop?sana ada internet ke?
=Laptop atau komp agak penting juga , sebab kedudukan pelajar yang berjauhan antara satu sama lain menjadikan internet sebagai medan penghubung untuk brmesyuarat, berbincang, ceramah, tazkirah dan kelas2 online juga tempat menyebarkan berita dan maklumat terkini. Dan yang paling penting, tempat mencari bahan untuk bahas dll. Cyber cafe banyak kat sini.Tapi untuk permulaan ini, kalau rasa tak mampu, tk perlulah bawa. Terpulang pada individu. Kos/Bil internet sebulan untuk SEBUAH rumah dalam 150dh=rm70. Gunalah 24 jam pun, harga tetap sama.
8.Mata wang Morocco?Tukaran dalam rm?kenapa kena tukar kepada Euro?
=Mata wang Morocco :Dirham. Tukarannya, rm1=2 dirham+. Kena tukar kepada euro sebab RM tak boleh digunakan juga ditukarkan ke sini. Boleh juga tukar kpd US dolar tapi nilai tukaran US dolar jatuh, jadi rugi kalau tukar kepada US dolar.
9.Beza masa Malaysia dengan Morocco.?
=8 jam, cntoh, Morocco jam 1pg, Malaysia jam 9 pg.

Begitulah soalan-soalan yang selalu ditanya mengenai Maghribi.

Selalulah peka dan cakna tentang pengumuman yang dibuat. Jangan lupa juga hebahkan pada kawan-kawan yang lain. Lebih-lebih lagi selepas pengumuman keputusan SPM dikeluarkan. Percayalah, waktu itu kamu semua akan menyelongkar segala bentuk tajaan yang ditawarkan. Kalau dapat keputusan yang lawa, Alhamdulillah, insyaAllah jalan untuk adik-adik selepas ini akan menjadi lebih mudah. Tapi kalau kurang lawa, tak mengapa dan jangan bersedih, rezeki Allah itu sangat melimpah untuk hamba-hambaNya. Ingat tu.. :). Sekarang masih ada masa, banyakkan berdoa. Doa itu juga salah satu usaha kita. Lepas dah doa, tawakkal. Apa-apa juga yang kita dapat selepas itu kita terima dengan hati yang terbuka.

Nasihat akak bagi sesiapa yang mahu menyambung pelajaran dalam jurusan agama mahupun dalam jurusan Bahasa Arab, akak harap kamu semua dapat mantapkan asas dalam berbahasa. Supaya mudah bagi kamu semua bila sampai di sini. Tinggal belajar bahasa ammiah bagi mereka yang ke Mesir dan juga bahasa darijah bagi yang mahu ke Maghribi.

Bagi adik-adik yang dimurahkan rezeki mereka dan dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara, pasti akan ada persediaan buat kamu semua. Jadi manfaatkan kursus yang ditawarkan sepenuhnya. Insya Allah, nanti mudah bagi kamu semua di kemudian hari.

Berbelah bagi?
Belajar di dalam negara atau di luar negara kedua-duanya ada pro dan kontranya.

Buat kawan-kawan yang ada baca post kali ini, sudi-sudikanlah kiranya melontarkan pendapat masing-masing buat rujukan adik-adik kita.



26 comments:

kebun said...

salam,nk tnye,blh ke g sne thn nie gne sijil spm 08?
n besenye pergi bln brape?brape kos kasar untuk kesana?
sistem kt sne bersistematik x?
mhn jwpn segera..syukran yee

NourlHousna Tawfiq said...

wsalam..en kebun,
boleh bg serba sdikit butir pribadi mksdnya, brapa umur en kebun thun ni?

kebanyakan jamiah disini mulakan semester bru pada bulan 10..

kos kasar utk kesini lebih kurang rm10,000

sistem disini pula semakin bersistematik lebih baik dr dahulu.

kebun said...

o,ok..umur saye thn nie 20 thn..tp sy nk amek b.a disne insyallah..
klu nk mntk tajaan,slalunye dgn sape slaen yysn negeri?
1 lg perkara muhim sy nk tnye,,
kt sne ade prog x?mksd sy,yg bertrbiyah..cnth;usrah n prog2 yg berunsurkn trbiyah..

luqman said...

hrm..bt adik2 yg baru habis spm..mcm husna ckp,teruskan berdoa..Di samping itu,bolehla buat sikit2 research ttg tajaan yang ada..mantapkan bahasa inggeris dan mahirkan bahasa arab bg sesiapa yg nk ke timur tengah..

pilihlah bidg yg sesuai dgn kita..ingt,pilihan anda akan menentukan masa depan anda..

study luar negera ni byk klebihan antaranya dapat menambahkan keimanan bila tgk keajaiban allah di negera org..

semoga berjaya!!

NourlHousna Tawfiq said...

en kebun..
utk maklumat yg lbh jelas, rsnya boleh la en lawat blog nih ya..
http://ekramhakim.blogspot.com/2009/11/respon-tentang-pengajian-di-kuliah.html

NourlHousna Tawfiq said...

1.sistematik x jamiah morocco..(?)
pndgn sy, jordan lebih sistematik, tp sini lebih sistematik dr mesir. 2.usrah kami mmg sdg berlangsung

Anonymous said...

salam..usrah tu bwh ape?

NourlHousna Tawfiq said...

wsalam..
usrah kami dibawah Biro Kerohanian..
ada nuqaba' yang telah dilantik bagi setiap wilayah..
alhamdulillah, usrah kami berjalan dengan lancar.. :)

Unknown said...

salam..
igin bertanya ttg keaadaan sy..
sy seorg lepasan plajar dr KUIS, mgambil jurusan sains komputer..
sy brminat untuk blajar b.arab di morroco..
bgaimana sy hendak pergi ke sana secara persendirian?
sblum ini sy pernah nk apply mggunakan spm tahun 2005 di bwh majlis agama..tetapi majlis agama tidak membenarkn kerana ia telah lapuk, hanya spm terkini sahaja dipilih..
bagaimanakah caranya sy hndak mgambil ijazah sarjana muda di sana?
n bagaimana nk masuk ke universiti2 di morroco melalui cara persendirian..??maksud sy,perlukah untuk menyertai kelas2 b.arab di luar??

ekramhakim~ said...

Waalaikumussalam wbt.

1. Untuk makluman pihak saudara, segala penerimaan pelajar Malaysia ke Universiti-universiti di Maghribi yang diiktiraf oleh JPA adalah dengan menggunakan sijil SPM terbaru sahaja.

2. Jika saudara berhasrat untuk menyambung pelajaran ke sini secara persendirian, saudara mestilah menghantar borang melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Saudara boleh membuat rujukan di sini. http://jpt.mohe.gov.my/menupelajar.php‎

3. Pilihan terbaik adalah saudara menduduki peperiksaan SPM semula untuk memperbaharui sijil SPM saudara.

4. Jika saudara berminat untuk mempelajari kelas-kelas Bahasa Arab secara persendirian di sini, banyak kelas-kelas luar yang boleh diambil. Institut Bahasa Arab di sini adalah dengan pembiayaan persendirian dan tiada apa-apa kaitan dengan Universiti-universiti kerajaan.

Jika ada sebarang pertanyaan, insyaALLAH saya sedia untuk membantu. Sekian, terima kasih=)

Unknown said...

tq very much...
rasa mcm mls pula nk ambil spm lagi skali..rasa umo dah lanjut,hehe..
cukupla skadar blaja di kelas2 luar..
pohon jasa baik saudari,nk email ataupun email kwn2 saudari yg lain untuk bertanya lebih lanjut apabila tibanya saya disana nnt..insyaAllah sy hendak berangkat ke sana pada bulan 10 ni...
moga Allah membalas jasa baik saudari..
thnx again ;)

NourlHousna Tawfiq said...

salam saudara dazed
marhaban bik fi maghrib!..
saya cdgkan saudara add id ym saudara ikram hakim..
id nya ekramhakim..
dia lbh berpengalaman daripada saya.. allahu yubarik fik.. moga dipermudahkan segala urusan.. 

Unknown said...

salam...
maaf id ym diberi is not valid..
pls help me out

NourlHousna Tawfiq said...

salam..
maaf sy lmbt bls..
saya tak perasan lgsg reply en kebun..

id ym saudara ikram hakim
(ekramhakim)

id ym saya
(zahrauna)

CAHAYA PUTERI said...

salam
kak husna
subhanallah
jazakillah:)
ana amirah
ana dah apply jais hari tu tp xdpt.
skarang sedang tunggu keputusan kpt. tp xtau la kalo tahun ni first year kpt hantar sbb hari tu akak kata kpt x hantar student ke maghribi.
doakan ye;)

Anonymous said...

salam,
sy nk tny sikit maklumat,sy umur 19(2010)sy skrg bljr di pust asasi uia(dulu matrik uia)sy spm tahun 2008, kputusn agak cemerlang,bolehkah sy apply melalui kpt dgn sijil mtrik?spm 2008 layak lg ke utk buat pmhonan?harap dpt membntu,

Anonymous said...

salam,
sy nk tny sikit maklumat,sy umur 19(2010)sy skrg bljr di pust asasi uia(dulu matrik uia)sy spm tahun 2008, kputusn agak cemerlang,bolehkah sy apply melalui kpt dgn sijil mtrik?spm 2008 layak lg ke utk buat pmhonan?harap dpt membntu,

Anonymous said...

alhamdulillah,entry akk sgt brmkne buat saye..jazakillah:)

Anonymous said...

akk,minx izin tuk share dis in4,ye:)syukran...

Anonymous said...

nk tnye klau pointer rendah...kene tendang drpad u tak..hehe

Unknown said...

salam..bagaimana cara kalau sy nak hantar anak saya utk belajar bahasa di sana dgn tajaan sendiri..boleh ke beti bantuan ttg intitusi bahasa di sana dan rumah sewa sepanjang di sana.boleh tak sy dapat no contack ustazah utk pertanyaan lebih lanjut.email sy annisabeauty72@gmail.com

NourlHousna Tawfiq said...

wsalam Puan Anisa.. Saya ada hantar emel pada Puan untuk maklumat lebih lanjut.. mohon cek inbox mail.. maaf juga lambat hantar..

019 997 0947 num saya untuk Puan hubungi

Anonymous said...

assalamualaikum, tumpang tanya. bagaimana saya nak hantar anak saya belajar di maghribi? (tajaan sendiri) saya lihat dia sangat berminat dalam pengajian bahasa arab dan pengajian islam. dia ada basic kalam arabiy fushah sikit sikit. kheyr inshaAllah. shukran laki.

Unknown said...

Assalamualaikum.. sye mrupakan pelajar maahad.. tpi sye xboleh sgt brbahasa arab.. agak2 boleh tak sye pergi kt sni ?? Sye tringin sgt..

NourlHousna Tawfiq said...

Ms Smiley boleh semak di fb Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi atau ke website k-pmmm.blogspot.com

Anonymous said...

Assalamualaikum saya nak tanya.. Biasanya kemasukan university bagi pelajar masters program dalam bulan berapa ye?