Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah
Erti hidup itu pada memberi. Terkadang kita inginkan sesuatu perkara selalu mengikut kemahuan diri, tapi kita lupa ada sebahagian daripada milik kita itu perlu dikongsi. Selamanya takkan boleh kita hidup dalam bersendirian. Setiap milik kita sudah Allah takdirkan akan ada bahagiannya untuk perkongsian. Sememangnya payah pada mulanya untuk kita berlapang dada dalam membantu. Mulut berkata "tak mengapa", hati agak payah mengiyakan ikhlas pula. Pelik bukan? Kita mahu menolong dan ada niat untuk meringankan beban orang lain. Tetapi seakan ada bisikan halus yang akan menyelinap ke dalam diri dan akan membisikkan kata-kata yang akan melunturkan niat murni kita dalam menghulurkan bantuan. Ya, Encik Syaitan Laknatullah beserta konco-konconya yang lain takkan pernah berhenti menarik-narik keikhlasan hati kita dalam beribadah bertukar menjadi sesuatu yang sangat berbeza dari niat asalnya.
"The world is not all about you. Always you have to take time and think about others too".
Ada manusia yang hanya memikirkan kepentingan diri mereka sahaja. Sehinggakan mereka menafikan hak orang lain yang berada bersama mereka. Terlalu ego untuk mengakui bahawa mereka juga perlu berkongsi nikmat dan kemudahan yang diberikan Allah itu dengan yang lain. Satu ayat yang betul-betul membuatkan saya rasa tertampar dan meninggalkan kesan yang mendalam pada diri sewaktu saya mengadu kepada seorang sahabat apabila saya bersetuju untuk berkongsi, "Kalau nak tolong, jangan banyak mengeluh pula.." . Ya, kalau anda sudah bersedia untuk membantu seseorang dalam kesusahan bermakna anda sudah bersedia untuk berkongsi tenaga dan usaha anda bukan? Jadi mengapa perlu mengeluh mengadu di hari kemudian?

Orang kita sentiasa suka berlapik bahasa. Sampaikan maksud yang tersirat tak pernah tersampai maknanya. Jikalau anda sudah bersedia dan mampu untuk membantu lillahi taala, teruskan. Jikalau anda sudah bersedia namun tak mampu lagi untuk berkongsi sepenuh hati, bisik pada hati semua ini aku lakukan kerana Allah, aku ingin membantu mereka kerana Allah. Insya Allah, lama-kelamaan keikhlasan itu akan datang walaupun pada mulanya kita rasa perkongsian itu seakan tak adil buat diri kita. Jikalau pula anda tak bersedia dan tak mampu lagi untuk berkongsi dan membantu orang lain, hanya katakan TIDAK. Mereka akan faham bahawa anda juga ada keperluan yang harus diutamakan juga. Janganlah pula anda mengungkit-ngungkit bantuan yang telah dihulurkan. Amat buruklah sifat itu, malulah kita dengan diri yang bongkak untuk memberi sedangkan Allah Maha Kaya lagi Maha Memberi segalanya. Siapa pula kita untuk berbangga diri?
Setiap hari kita akan sentiasa lalui perkara yang berbeza, berunding dengan pelbagai karenah manusia. Tidak akan pernah kita mampu memuaskan hati orang lain, dan semestinya orang lain takkan pernah mampu memuaskan hati kita. Cubalah untuk memberi, kelak Allah akan membalas dengan sesuatu yang tidak pernah kita sangkakan pada masa hadapan. Percayalah! Semakin banyak anda memberi, semakin tenang dan bahagia itu menyelimuti diri. Bak pesan Nabi Muhammad Tercinta s.a.w "اليد العليا خير من اليد السفلى" , tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Sharing is caring while some says Sharing is loving.
Kehidupan itu sememangnya sebuah perkongsian.
Kehidupan itu sememangnya sebuah perkongsian.
No comments:
Post a Comment