26 November 2011

Masalah


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


Semalam air mata bertakung tak dapat dibendung. Habis melimpah mengalir deras di pipi. Kekuatan diuji selepas lama diri hanyut dengan duniawi. Terima kasih wahai Tuhan.
Dah lama rasanya hati keras membatu. Tak diuji, asyik dipuji, hakikatnya hati lembik bak jeli.




Aku akan buktikan. Aku boleh!

Meleleh air dari hidung keluar, tersedu-sedan saya di belakang. Huda cuba memujuk. Ustazah buat dek teruskan mengajar di hadapan. Terjegil mata ustazah di hadapan sebentar tadi selepas aku membuat kesalahan. Niat aku hanya ingin menterjemahkan nas Chomsky berkaitan dengan The Concept of Language. Tersalah sebut kalimah yang seharusnya aku marfu'kan, telah aku majrurkan tanpa aku sedari. Oh Tuhan, waktu itu terasa diri sangat bodoh!. Tolonglah husna, minggu ini sahaja dah dua orang pensyarah tegur kesalahan nahu yang kau lakukan,. dan masih kau terus buat kesilapan yang sama. Aiyeeeh. Tabarakallah 3lik! note:sarcasm

"Dah masuk sem yang kelima, tapi masih buat banyak sangat kesalahan tatabahasa"

"Kenapa jadi Mafhumi lLughah??" aku yang lampi tak dapat tangkap apa yang ustazah cuba cakap.

Subhanallah.

Mulanya aku berjalan seperti biasa ke kuliah. Aku katakan pada diri, tiada siapa yang dapat membantu dirimu selagi mana kamu tidak mahu berubah. Mengadu kepada mereka takkan mengubah apa-apa. Sombong, pada diri aku berbohong. 

Kelmarinnya, Sanaa dan Samirah sudah tekad tukar takhasus. Tanpa mereka sedari, mereka berlalu pergi tinggalkan aku sendiri. Selepas hampir sebulan berada dalam bidang Linguistik, mereka beralih ke bidang Sastera dek sifat pensyarah-pensyarah yang mereka rasakan sangat tidak profesional dalam pengajaran. Allahu Akbar!

Sebenarnya aku rasa agak terkesan dengan tindakan mereka. Sehinggakan das tembakan Ustazah Tugani hari semalam telah memecahkan empangan air mata yang penuh kekecewaan dalam jiwa. Macam-macam terjadi minggu ini. 

Selepas Saidah dan Fatihah tinggalkan aku untuk Sastera pada permulaan semester, kini Sanaa' dan Samirah pula berpaling arah mereka. Tak tahan agaknya dengan karenah pensyarah yang takkan pernah kami tahu corak pemikiran mereka. Aku mengadu pada mereka, aku katakan kamu semua Sumber Kekuatanku dalam pelajaran. Susah untuk aku lalui hari-hari tanpa kawan di sisi.


Mereka katakan, "Kamulah sumber kekuatan diri kamu wahai husna", "Kami memang akan sentiasa bersama kamu walaupun kami berlainan bidang.", "Awak boleh lakukan!"

Ah. Mudah sangat engkau bergantung pada manusia! Oh husna. Sungguh Allah itu Maha Kuasa, dan hanya kepadaNya sebaik-baik tempat pergantungan. Nah dulu, engkau hanya bergantung kepada Sanaa untuk belajar dan mengulang kaji. Engkau terlalu selesa dalam zon yang biasa. Tidak mahu keluar dari kepompong yang sama mencuba sesuatu yang berbeza.

Sekarang, pabila Allah tarik satu nikmat, aku gelisah bagaikan esok noktah penamat. Sebenarnya, Allah mahu tunjukkan jangan selalu bergantung kepada manusia, bergantunglah kamu pada Yang Esa. Allah mahu tunjukkan, sebelum kamu mengadu pada manusia, mengadulah kamu pada Yang Esa.

Aku tahu, Dia sangat sayangkan aku. Dia mahu aku sentiasa mengadu. Merayu, memohon ampun atas khilaf yang selalu aku lakukan. Aku tahu, dengan hanya bersedih takkan membuatkan aku lebih baik pun. Aku perlu baiki diri. Belum terlambat sebenarnya untuk aku sedari. Ah.. memang setahun berbaki takkan pernah mencukupi bukan? Adakah perlu itu menjadi alasan?

Oh Allah, tidak kami meminta selain daripadaMu agar dipermudahkan segala urusan.

Oh Allah, hanya kami meminta agar dikurniakan kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian.

Sahabat..ujian itu berkait dengan iman. Ujian itu daripada Allah untuk membuatkan kita dekat kepadaNya, terselit kifarah dan juga maghfirah.

Aku terlalu angkuh, aku ingat aku kuat untuk menyimpannya seorang diri. Sedangkan aku punya sahabat.

Yang paling penting, walau bersendirian, aku masih ada Tuhan.
Ampunkan dosaku wahai Pencipta.



Ibu angkat, penjagaku sejak dari kecil meninggal dunia, hari Rabu lepas. Al-fatihah buatnya.
s!b: maafkan saya. bahasa agak kasar. saya jawab sendiri soalan yang saya cari.


1 comments :

Indra Putra Bin Asrar said...

Allahu yusahhil ... Alfatihah dan takziah juge. Teruskan bersemangat demi Ummah.