29 December 2011

Tong Gas



Bismillah as-solaatu was salaamu a'la Rasoulillah.. 
quick update..

Sesungguhnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu saling melengkapi.
Masing-masing punya kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.

Contohnya, kekuatan lelaki memang tak sama dengan perempuan.

Seorang lelaki mampu angkat 1 tong gas dengan bergayanya dipikul di atas bahu.
Lain pula halnya bagi budak perempuan.
Dua orang diperlukan untuk mengangkat 1 tong gas dengan langkah-langkah cermat di atur.
Takut jalan laju-laju terlepas dari tangan terhempap atas kaki. Adoi, kan sakit!

Dah dua kali perkara ini terjadi sepanjang keberadaan saya di sini.

*Fail putar penutup gas yang ketat*
Tong gasnya ada, tapi kalau tak boleh bukak, macam mana nak masak.. betul tak?

Kali pertama waktu Yusra di Malaysia dan saya berseorangan di rumah. Terpaksalah saya jumpa Maryam Si Penjaga Kedai, adu pada dia saya tak dapat buka tong gas. Dia panggilkan seorang Pak Cik Arab bukakan tong gas di luar rumah sebab dah lewat malam hari.


Kali kedua pula terjadi sebentar tadi. Sesungguhnya tong gas itu telah di angkat oleh saya dah Yusra berdua. Berat. Boleh pula penutupnya tersangat ketat. Time musim periksa jugalah perkara-perkara yang memerlukan bantuan mereka bernama Ikhwan diperlukan. Tak sampai hati nak ketuk pintu, tinggalkan sahaja pesanan ringkas di YM masing-masing dengan harapan ada yang masih online.
Alhamdulillah, ada yang respon

Muhd : Saya masuk ya.. mana dapurnya?

Kak Na : Tu dapurnya.

Muhd : Kak Na tak yah masuk dapur k.

5 saat kemudian.....

Muhd : Dah bukak dah..

Kak Ya : Cepatnya bukak. Macam tak caya je.

Kak Na : Bengkak kemerahan tangan kita nak bukak. Dia bukak sekejap je.

Bukankah Allah dah nyatakan dalam Al Quran, Surah An-Nisa ayat 34,


Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.



Dan saya sangatlah bersetuju dengan sayapemalu terutamanya pada minit 8:47

"Banyak lagi benda-benda remeh yang sebenarnya mendatangkan kemanisan dalam kehidupan kita..macam tolong akhowat pindah rumah, tolong angkat washing machine, tolong repair paip jamban yang pecah, tolong baiki paip dapur yang bocor..."

Ketahuilah wahai kamu yang bernama lelaki, mereka yang bernama perempuan sangat menghargai kamu yang sanggup bersusah payah menolong mereka lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan kudrat dan keringat.

Maka, ringan-ringankanlah tulang anda, Allah suka, dan dapat pahala.. ^^ sweet pun ya juga.

Permudahkanlah urusan orang lain, kelak urusanmu pula dipermudahkanNya. 


1 comment:

Adam Abdillah said...

Segala puji bagi Allah, yang telah menjadikan manusia berlainan jenis ... Lelaki dianugerahkan Allah kekuatan pada fizikalnya, dan wanita dianugerahkan Allah kekuatan pada emosinya ... kerana itu, wanita biasanya lebih tabah menghadapi kerenah anak-anak, lebih sabar dalam menghadapi kesukaran hidup jika baik didikannya ... Ya Allah, betapa indahnya ketentuan yang engkau telah tetapkan dengan lengkap ikatan yang halal maka dua makhluk berbeza kekuatan saling melengkapi antara satu sama lain ...