22 May 2015

22 Perkara Perlu Tahu sebelum Sambung Master



Disklaimer: Ini adalah pengalaman saya mengambil Master di UIA, boleh jadi sama boleh jadi berlainan dengan Universiti lain. Kawan-kawan seperjuangan, kalau ada nasihat tambahan, komenlah ya!

Saya menulis post ini atas kesedaran dan keinsafan yang melanda diri berkali-kali apabila sudah berada setahun setengah dalam dunia Sarjana.

Ya, dengan ini, saya menarik semula kata-kata hati saya yang berbunyi, "Ah, bukankah senang je sambung Master?.. Macam belajar waktu Degree lah kan?.."

Saya yang naif melangkah masuk ke dalam dunia Postgraduate dengan harapan semuanya akan baik. Teruja nak masuk alam baru. All is well katanya. Tanpa saya ketahui, banyak ranjau dan dugaan perlu saya lalui. Air mata dan air peluh mencurah-curah demi mendapat ilmu kehidupan. (Hiperbola).

Jom, saya senaraikan beberapa perkara yang "Kenapa aku tak tahu sebelum ini?'' atau "Kenapa tak ada orang ingatkan aku?".

Oh ya, saya menulis berdasarkan tahap pengetahuan dan pengalaman, boleh jadi salah dan banyak kurangnya. Tapi, setakat ini senarai ini belum pernah lagi diceritakan kepada sesiapa sebelum ini.

1. Kita boleh sambung belajar dalam bidang yang lain selain bidang waktu Degree.

2. Anda perlu hadiri penerangan oleh pihak Universiti. Mohon khatamkan buku penerangan. Sungguh!. Ini contoh bukunya.

Setiap proses dalam pembikinan  kajian memerlukan masa yang lama. Mohon semak buku ini dan rancang sebaiknya.

3. Anda bersendirian. Semua orang akan buat assignment sendiri. Bentang di hadapan kelas sendiri. Belajar sendiri. Sebab anda dah mula masuk ke alam kajian bersendirian. Tak dinafikan, masih boleh study group lagi bila dah dekat waktu peperiksaan.

4. Ada terlebih banyak sangat waktu yang panjang. Bayangkan dalam satu semester hanya ada 4 subjek. Satu subjek 3 jam seminggu. Setiap minggu ada satu kelas sahaja. Kalau ambil full time memang banyak masa.

5. Banyak buang masa. Kalau dahulunya kita seorang yang kurang berdisiplin, ketahuilah peluang untuk anda berlengah juga tinggi. Nak nak lagi, yang full time study dan tidak bekerja. Oh Allah.

6. Assignment dan presentation setiap minggu. Oh saya cakap banyak masa kan tadi? Sebenarnya tak banyak. Kena tampar diri, dan sepak diri selalu moga moga selalu sedar diri bahawa banyak lagi kerja yang ada.

7. Ada 3 pilihan mode pembelajaran yang boleh dipilih mengikut kesesuaian masa dan kebolehan masing-masing.

Mode Full Research : Kajian Sepenuhnya. Boleh sambung Ph.D terus sebab ada kajian.

Mode Coursework : Belajar semua subjek yang diwajibkan bagi sesuatu kos dan menulis artikel/mini research untuk mendapatkan sijil Sarjana. Perlu buat kajian terlebih dahulu, baru boleh sambung Ph. D

Mix mode : Belajar beberapa sahaja subjek ditambah dengan penulisan thesis untuk mendapat sijil Sarjana. Boleh sambung Ph.D terus. (saya ambil mode ini)

Full time study : 2 - 3 tahun
Part time study : 2 - 4 tahun

8. Kita boleh tukar mode pembelajaran di sepanjang perjalanan menggapai segulung ijazah Sarjana. Tak semestinya kita tetap dengan pilihan pertama kita.

9. Bagi yang ambil coursework sahaja, saya tak risaukan sangat pasal kemampuan anda. Akan tetapi, bagi yang ambil Research. MOHON MULA TULIS PROPOSAL AWAL. Pastikan anda mulakan pada semester satu lagi.

10. Cari tajuk kajian pada semester satu dan cari Supervisor. Rajinkan diri berkenalan dan minta pendapat para pensyarah. Dulu, saya rendah diri, saya rasa takut nak berjumpa dengan pensyarah. Tapi hakikatnya, mereka tersangat supportive. Percayalah.

11. Awak akan mahu habis seawal yang mungkin. Finish what you've started. Awak akan fikir nak cari kerja selalu tapi belajar tak habis lagi, jadi kena siapkan juga!.Saya akui saya dah terlambat sebab akhir semester 2 baru cari supervisor dan mula menulis pada semester 3, tapi saya kena pecutkan diri saya sehabis mungkin.

12. Pergi kursus menulis dan format thesis.

13. Ambil short sem untuk terus menulis research proposal atau sambung menulis.

14. Walaupun kamu ambil Full Time, cuba lah cari kerja untuk membuatkan kita lebih sibuk untuk susun masa sebaiknya. Mungkin ada yang tak setuju, tapi bukti yang saya lihat pada kawan sekelas yang jadi guru ganti sangat perform dalam penulisan mereka. Sebab apa? Sebab mereka lebih termotivasi. Wallahi!

15. Rajinkan diri ke perpustakaan. Mohonlah seret badan anda banyakkan bahan bacaan. Cuba pergi perpustakaan universiti lain. Seronok!.

16. Selain daripada bekerja untuk membayar duit yuran, anda boleh memohon pinjaman MARA atau PTPTN. Biasiswa kerajaan MyBrain pun ada. Penerangan untuk cara memohon banyak boleh di google.

17. Kalau ada duit lebih, bolehlah beli printer sendiri. Kalau dah tak nak guna lagi, boleh jual semula. Printer penting juga sebenarnya untuk siapkan thesis.

18.  Keluarlah dari bilik dan join program universiti. Walaupun kitalah yang paling tua, banyak lagi ilmu yang boleh kita dapat selain daripada pengalaman. Bersenam, berenang dan lain lain akiviti selain daripada belajar dan membaca. Luangkan masa bersama manusia lain dan alam.

19. Disiplin. Fokus.

20. Jangan malu bertanya dan minta bantuan. Usahakan. Berkawanlah dengan kawan yang lebih baik dan pandai.

21. Selalu baiki niat dan kembalikan semangat "Kenapa aku mahu sambung belajar?". Ada yang mahu capai cita cita, ada yang mahukan untuk kepuasan diri, ada yang atas permintaan ibu bapa. Apa pun, kalau hilang diri, cepat-cepat cari.

22. Anda mungkin menangis kerana terasa susah sangat fasa hidup yang baru ini. Anda mungkin rasa hilang (lost) beberapa kali. Anda rasa mahu putus asa. Tetapi pengalaman ini akan menjadi suatu titik tolak baharu dalam kehidupan anda. Anda akan lihat kebaikan yang banyak hadir selagi mana anda senyum dan bersangka baik dengan ujian dari Tuhan. Eh, kalau tak rasa susah belajar, awak belum belajar taw.

Mohon bertabah my dear postgraduate friends~

Masha Allah, tuan punya post sebenarnya sedang bercakap dengan diri sendirinya terlebih dahulu  . Nanti, saya sambung lagi kalau ada idea datang. Buat masa sekarang, inilah yang dapat saya senaraikan. Saya doakan urusan kalian semua dipermudahkan Allah.

Salam sayang,
#hakakmaster 

14 comments :

Lukman Al Hakim said...

nice sharing. indeed. byk kena baca untuk master.

wawa said...

saya pun sama. sangat lemah semangat dan rasa down ..huhu.tabah la hati.doakan saya jua. belajar ni banyak dugaan.

Nur Hafizah Kamarudin said...

Terima kasih...sy sedang cari kekuatan utk sambung..mungkin tahun dpn.. (:

Zack Zakiy said...

Salam, saya nak tanya.. kan sekrang peluang pekerjaan sgt rendah.. ditambah pula nak yg ada pengalaman jer.. jadi berguna ke sy smbg master memandgkan sy boleh dpt tajaan kalau full time.sy keliru sebab pergi kerja pun ikut kelulusan yg diminta shj.. jd x perlu pun bawa master tu.. ke macam mana?

Mus said...

Saya ada pengalaman gak amek master, memang exactly macam apa yg dinyatakan dalam artikel ni. Rasa down, tenggelam, but at the end.. PUAS.. lepas bersusah payah, naik gunung, turun, down.. inilah erti sebenar MASTERS

Yellow Kiwi said...

saya dh kerje 9tahun di private uni.plan nk further tp sentiasa ada halangan n semangat tak kuat.ada tak course part time utk sciense sbb mcm syg nk resign.lgpun peluang pekerjaan skrg agak kurang banyak

Ainul Nawawi said...

huhuhuh...plan nk sambung master.masih dalam proses meneliti..tapi saya nk buat full time tak tau la mampu ke x..hanya berserah pada Dia..

muslimah sejati said...

Tq.. nice sharing.. sy pun pelajar partime master.. dan sedang bekerja.. dan pengalaman pahit, bila pernah terfikir nak stop study sebb x ckup masa.. tp, Allah bantu dan sy tetap teruskn belajar..harap Allah permudahkan urusan sehgga dapat genggam skrol master.. InsyaAllah..

KeyL@ said...

sgt membantu.. skrg saya student degree part-time.. agak sibuk,bak kata org mcm xde life.. hahaha mmg kne korban masa lepak,shopping dan sbagainya. So mmg ade plan nk smbung master.. hihi tq for info.. :)

Aishah said...

saya ada terniat juga nak sambung Master tapi sebelum2 ni saya jadi goyah sikit pendirian nak sambung Master sbb kawan2 lain semua dah kerja. Saya baca jugak sesetengah blog kata Master susah. Saya sendiri takutt nak sambung atau tak. Tapi saya cuba jugak la mohon tapi mohon satu U je. tapi bila kita mohon tu, adakah posibble kena reject? sbb saya tak dapat feedback dari U yang saya minta untuk Master. 😔 saya target utk sambung U yang sama waktu saya degree, dan tak terfikir nak cuba mohon U lain. Tapi bila tak ada feedback ni, saya nak try U lain, tapi semua dah tutup untuk intake bulan Sept ni. 😓

Nurul Husna Mohamad Tawpik said...

@Aishah

Saya cadangkan awak mohon lagi sekali sebab saya pun pernah direject permohonan bbrp kali juga, akhirnya, saya dapat masuk UIA selepas setahun percubaan. Semoga yang terbaik buat sister

Dewi naoli said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Anonymous said...

salam sis... sy nk tny, sy ni band muet band 3 je... bole ke nk smbung master kat uia ni...?

Nurul Husna said...

@anonymous wsalam, semua pelajar luar yang baru masuk uia perlu untuk jalani ujian bahasa inggeris semula.. uia tak ambil muet sebagai syarat.. jadi bagi saya tak de masalah untuk sambung.