Bismillahi as-solatu was salamu a'la Rasoulillah
Saidah Fathi dan Saidah Jayid. Dua besties saya di sini. Kebetulan sahaja nama mereka sama. Tapi merekalah sumber kebahagiaan saya sama seperti makna nama mereka.
Lately kalau nak jumpa Saidah Jayid mahu pun Saidah Fathi, mesti masing-masing sibuk dengan "teman" mereka sampaikan kita dilupakan.. haish.. = = '' Ya lah.. sorang dah 7 tahun bercinta, sorang lagi tengah dilamun cinta.Ok. Fine. Tak kisah pun sebenarnya pasal "teman" mereka itu. The random things yang saya nak cakap tulis adalah berkaitan ayat-ayat romantis dalam sms.
Kullama. Everytime. Setiap kali. Saya baca sms diorang (which diorang yang nak tunjukkan ok!) mesti saya nak termuntah punyalah. Bukan literally, tapi betul-betul nak termuntah. Satu gelojak yang kuat datang dari perut memaksa diri untuk terbatuk-batuk memaksa sesuatu untuk keluar. Tapi sebenarnya loya semata.
Seriously, ayat-ayat cinta dalam Bahasa Arab sangatlah manis sampaikan boleh kena jumpa doktor gigi sebab gigi berlubang ataupun masuk wad sebab kencing manis akibat high amount of sweetness consumed! Oh Tuhan. Walaupun dalam Bahasa Darijah tetap kalimah-kalimah tersebut tidak selayaknya dilafazkan buat masa ini.
Kalimah
7ubbi (hubbi) = cintaku [agaknya hubby tu omputih amek dr orang Arab kan?]
ya ahla min 3asl = wahai si manis yang lebih manis daripada madu
qalbi = hatiku
wardi = bunga ros ku
Dan lain-lain ayat pemanis mulut yang tak sempat saya baca sebab dah tertolak henset tu ke mereka. Tak larat nak baca takut termuntah betul-betul. Kalau dah namanya perempuan pastikan cair dek kata-kata cinta bersulam rindu itu. Bluerkk.
"Oh COME ON Husna!! You are exaggerating~ ~ " kata Saidah Fathi si budak English Department.
"Deary, I dont mind if these words were said if a halal relationship is going on. But the fact is that you are not even married that whats me feel like ewww" balas saya. Geli-geliman dibuatnya.
Sangat random penulisan saya kali ini, cuma nak kata, Bahasa Arab itu sangat puitis bahasanya tapi sayang kalau kita tak faham bahasa ini apabila membaca surat-surat cinta daripada Sang Pencipta.
وأقول:مسكين من لا يعرف العربية..قد يواجه صعوبة في فهم كلام رب الناس
They said : Poor him. He doesn't know English. It must be tough for him to understand others.
But I say : Poor him. He doesn't know Arabic. It must be tough for him to understand God's words
Mereka berkata: Kasihan sesiapa yang tidak tahu Bahasa Inggeris, pasti dia menghadapi kesusahan dalam memahami kata-kata manusia.
Tetapi saya kata: Kasihan sesiapa yang tidak tahu Bahasa Arab, pasti dia menghadapi kesusahan dalam memahami kata-kata Tuhan manusia.
They said : Poor him. He doesn't know English. It must be tough for him to understand others.
But I say : Poor him. He doesn't know Arabic. It must be tough for him to understand God's words
Mereka berkata: Kasihan sesiapa yang tidak tahu Bahasa Inggeris, pasti dia menghadapi kesusahan dalam memahami kata-kata manusia.
Tetapi saya kata: Kasihan sesiapa yang tidak tahu Bahasa Arab, pasti dia menghadapi kesusahan dalam memahami kata-kata Tuhan manusia.
Tapi kalau baca pun tidak, masakan kita nak faham kalimah cinta Sang Pencipta kalau step pertama untuk membaca pun kita tak mulakan? Lebih memalukan lagi, kalau dah belajar Bahasa Arab dah reti baca dengan bertajwid tapi masih malas nak selongkar kalam suci Tuhan. Shame on you lah beb~ ~ (panggg..!! terkena lempangan kat muka sendiri)
Maka cubalah kita kirimkan “sms” atau titipkan “surat” ke penghuni langit dan saksikanlah sendiri, apakah ada penghuni langit yang sudi atas dasar kasihNya pada kita- membalas “sms” atau “surat'' itu?
Yok kawan-kawan, baca surat cinta Sang Pencipta.
Rasulullah pernah bersabda :
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar (membaca) al-Quran dan mengajarnya.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
p/s: men mesej-mesej ngan suami time dia outstation mesti lagi sweet kan? ^^