Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah
Seinfiniti kesyukuran itu hanyalah buat Allah tanpa mengira waktu dan ketika kita di dunia. Berjalan pulang ke rumah hari ini seperti hari-hari sebelumnya juga. Ringan bagaikan berjalan di atas awan. Tiap kali sesuatu tugasan mahupun imtihan dapat dilaksanakan dengan baik walaupun keputusannya masih belum diketahui, selalu akan ada satu perasaan yang amat menenangkan menyusup genap ruang kalbu. Hati terasa amat tenang, dada terasa sangat lapang . Subhanallah.
Waktu itu berkali-kali harus diingatkan semula pada diri. Inilah ujian bagi mereka yang mendapatkan kesenangan. Sesungguhnya rasa tenang itu adalah antara nikmat yang kita selalu lupa untuk mensyukurinya. Lihat dan bandingkan keadaan saudara seakidah kita yang sentiasa dalam keresahan, kerisauan dan ketakutan ditindas kuffar. Dibandingkan pula dengan keadaan kita maka sememangnya Allah ingin melihat sama ada hambaNya mahu bersyukur ataupun tidak. Sejauh mana hambaNya kembali berterima kasih atas nikmat pemberianNya.
Namun, bersyukurlah jua wahai diri andai ujian menimpa, keresahan jiwa melanda atas kesusahan dalam urusan dunia. Sungguh Allah mahu melihat sejauh mana kamu kembali merayu mengadu kepadaNya. Meminta bantuan dan pertolongan atas nama kesabaran.
Sentiasalah kita membaiki tanggapan terhadap Sang Pencipta. Kerana "Sesungguhnya Allah berfirman: "Aku sebagaimana prasangka hambaku kepada-Ku. Aku bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku." [HR.Turmudzi]

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
Sentiasalah kita membaiki tanggapan terhadap Sang Pencipta. Kerana "Sesungguhnya Allah berfirman: "Aku sebagaimana prasangka hambaku kepada-Ku. Aku bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku." [HR.Turmudzi]
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
الحمدلله على كل حال مهما كان الحال
No matter what happens, never forget to say Alhamdulillah.
Praise be to Allah.
(✿◠‿◠)
Ya Allah, Permudahkanlah urusan keluargaku, urusan sahabat-sahabatku, serta urusan umat Islam keseluruhannya, sebagaimana Engkau telah memudahkan urusanku. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment