Bismillahi as-solatu was salamu a'la Rasoulillah
Assalamualaikum wbt.
Minggu lepas akhirnya kami sempat berdating lagi selepas sebulan lamanya tak berjumpa. Walaupun tak semua dapat join, tapi seronok sebab at least dapat juga cas iman sama-sama. Ayat TnT kali ini adalah berkaitan dengan Ibadur Rahman atau maksudnya Hamba Yang Maha Pengasih.
Jadi apakah ciri-ciri seorang Hamba Yang Maha Pengasih?
Agak-agak kita ada tak sifat-sifat IbadurRahman?
Agak-agak kita ada tak sifat-sifat IbadurRahman?
Sungguh Allah itu sangat mengasihi hamba-hambaNya yang beriman dan Dia berikan ciri-ciri tersebut untuk kita ambil sebagai pedoman. Yok, cuba tengok ada tak sifat-sifat yang disebutkan dalam Surah Al-Furqan Ayat 63-77 pada diri kita dan kita cuba amalkan segala yang tersurat dan tersirat daripada ayat tersebut.
Dan ayat yang paling terkesan pada saya adalah ayat yang ke 68-70. Allah cakap bagi mereka yang menyembah selain daripada Allah, membunuh jiwa yang tidak berhak untuk dibunuh dan juga mereka yang berzina akan digandakan azab bagi mereka pada Hari Kiamat nanti. Sama bukan dengan situasi zaman sekarang?. Zina berleluasa, pembunuhan bayi merata-rata, golongan murtad ada dimana-mana. Morocco, Malaysia, UK? Sama sahaja. Situasi ini sudah menjadi norma
Tapi Allah tenangkan hati-hati mereka yang telah berbuat dosa dengan ayat yang seterusnya, ayat 70, Allah kata "Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Betapa agungnya Allah Yang Maha Mengasihani walau selangit tinggi, sebesar gunung mahupun sebanyak pasir dilautan dosa-dosa yang telah kita lakukan, tetap Allah akan terima taubat kita dan menghadiahkan syurga dan redhaNya. Kalau ada mereka yang telah terlanjur berbuat zina atau anda kenal dengan mereka yang berbuat sedemikian, cuba baca balik ayat ini.
Sungguh Allah sedang memberi amaran bagi mereka yang membunuh, berzina dan menyembah selain daripadaNya akan mendapat azab, namun Allah cakap pula dengan kita, bahawasanya walaupun manusia mungkin membenci kita dan memandang hina atas dosa yang telah dilakukan, ketahuilah Allah tetap memberi peluang kepada kita untuk bertaubat dan akan menggantikan segala kejahatan dengan kebaikan. Sungguh Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Apalagi yang kita mahukan selain daripada keampunan Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan bukan? Utamakanlah pandangan Tuhan daripada pandangan manusia.
Dan siapa kita untuk menghukum manusia lain andai dia pernah melakukan dosa?
Kita bukannya Tuhan yang mampu mengampunkan dan menghukum manusia mengikut kehendakNya. Jadi, betulkan persepsi pandangan anda kepada mereka yang pernah terlanjur melakukan dosa, bantu mereka kenal Allah. Pimpin mereka mengenal kembali keindahan Islam sebagai cara hidup. Biarkan masa lalu berlalu dan bergerak kehadapan dengan penuh keyakinan serta taubat iaitu kembali semula kepada Pencipta kita. Sungguh Allah Maha Menerima Taubat.
Dan ayat yang paling terkesan pada saya adalah ayat yang ke 68-70. Allah cakap bagi mereka yang menyembah selain daripada Allah, membunuh jiwa yang tidak berhak untuk dibunuh dan juga mereka yang berzina akan digandakan azab bagi mereka pada Hari Kiamat nanti. Sama bukan dengan situasi zaman sekarang?. Zina berleluasa, pembunuhan bayi merata-rata, golongan murtad ada dimana-mana. Morocco, Malaysia, UK? Sama sahaja. Situasi ini sudah menjadi norma
Tapi Allah tenangkan hati-hati mereka yang telah berbuat dosa dengan ayat yang seterusnya, ayat 70, Allah kata "Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Sungguh Allah sedang memberi amaran bagi mereka yang membunuh, berzina dan menyembah selain daripadaNya akan mendapat azab, namun Allah cakap pula dengan kita, bahawasanya walaupun manusia mungkin membenci kita dan memandang hina atas dosa yang telah dilakukan, ketahuilah Allah tetap memberi peluang kepada kita untuk bertaubat dan akan menggantikan segala kejahatan dengan kebaikan. Sungguh Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Apalagi yang kita mahukan selain daripada keampunan Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan bukan? Utamakanlah pandangan Tuhan daripada pandangan manusia.
Dan siapa kita untuk menghukum manusia lain andai dia pernah melakukan dosa?
Sifat-sifat yang dikemukakan di sini adalah sifat-sifat yang dimiliki oleh orang-orang yang beriman setelah menunaikan berbagai kewajiban yang diwajibkan kepada mereka. Seperti yang termaktub pada Surah al-Furqaan ayat 63-77, sifat - sifat yang dimaksudkan tersebut adalah:
- Bersifat dengan sifat tawadhuk
- Selalu mengucapkan ucapan-ucapan yang baik
[63] Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
- Orang beriman yang suka bertahajjud di malam hari
[64] Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,
- Orang yang merasa takut akan azab dan seksa Allah
[65] Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan
[66] Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk”;
- Orang yang sentiasa bersederhana dalam membelanjakan hartanya.
[67] Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
- Menjauhkan diri daripada Syirik kepada Allah
- Tidak melakukan pembunuhan
- Menjauhkan diri daripada perbuatan zina
[68] Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;
[69] Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,
- Bertaubat dengan sebenar-benar taubat atas dosa yang pernah dilakukan.
[70] Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[71] Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;
- Menjauhkan diri daripada penyaksian palsu
- Tidak mengerjakan perbuatan yang tidak berfaedah
[72] Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak memberikan persaksian palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.
- Senang menerima nasihat yang baik
[73] Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.
- Mendoakan kebaikan bagi keluarga dan keturunan
[74] Dan juga mereka (yang diredha Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
[75] Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,
[76] Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.
[77] Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): “Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu”.
Semoga kita sentiasa kuat dalam mengamalkan setiap ilmu yang kita peroleh dan sentiasa berpesan atas kebenaran dan kesabaran. Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment