28 September 2011

The Dawah Show



 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah



They always inspired me to become a good Muslim day by day.
Thank You Allah for this Iman and Islam.
Alhamdulillah. :)

25 September 2011

Tudung


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah




"Kak Siti - kak Siti, semua ustazah kat SMART pakai tudung macam ni taw sekarang" teruja sungguh kawan umiku menunjukkan tudung lycra berawning labuh. "Akak ambillah satu.." Dihulurkan tudung itu kepada umi dengan harapan Cikgu Biologi berspek mata dihadapannya akan memakai tudung itu nanti. 


Umi ada bercerita kepada ayah. Saya hanya memasang telinga. "Si Asmira tu tanya, Kak Siti tak pakai ke tudung yang saya bagi tu". Jawab umi sambil tersenyum, "Akak pakai waktu kat rumah je" 

**
Pagi tadi, sambil menggosok tudung bulat berwarna ungu milik umi, saya bertanya kepadanya "Umi pernah bosan tak pakai tudung ni". Umi sekadar geleng kepala. "Rasa bosan tu tak pernah..tapi.." Umi terhenti sebentar. "Umi rasa tak cantik ke?" saya mencelah. "Tak cantik macam orang lainlah"


Tetiba Umi bercerita lagi "Ada sorang ustaz kat sekolah Umi cakap kat umi, "Dalam banyak-banyak cikgu kat sekolah ni, Cikgu Siti sorang yang tak berubah-sama je macam dulu". "Kenapa? Isteri dia ustazah juga kat sekolah tu ya? Mesti ustazah tu pakai tudung fesyen zaman sekarang kan mi?" saya menduga. Umi mengangguk pula.



"Ayah memang tak bagi umi pakai tudung tu", sambung umi lagi.

24 September 2011

Dimanakah kita?



 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


Sungguh di dalam kehidupan kita tidak pernah ada satu kebetulan, semuanya suratan yang sangat mempesonakan.

Sungguh mempesonakan sehingga kesan pahatan pengalaman yang diperoleh dalam perjalanan kehidupan itu, mampu kita kongsikan bersama yang lain dengan harapan supaya dapat dijadikan pedoman.

Setiap derap kaki yang kita atur menuju destinasi kerja mahupun belajar dikira langkahnya oleh dua peneman setia Raqib dan Atid. Kemana kita halakan kaki kita, segala perkara yang dilaksanakan kita dicatat dengan cermat tanpa pernah lepa. Itulah tugas mereka.

Namun, bukan semua yang dizahirkan itu dapat direkod ke dalam buku amal kita. Lintasan hati, cetusan rasa, bisikan rahsia, umpatan cerca, niat yang buruk mahupun mulia hanya Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar segalanya. Lantas bisiklah kata cinta kepadaNya, pintalah semahunya kepadaNya, adulah sepuasnya hanya kepadaNya. Kerana Dia yang paling setia. Maka, setialah kamu kepadaNya.