25 September 2011

Tudung


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah




"Kak Siti - kak Siti, semua ustazah kat SMART pakai tudung macam ni taw sekarang" teruja sungguh kawan umiku menunjukkan tudung lycra berawning labuh. "Akak ambillah satu.." Dihulurkan tudung itu kepada umi dengan harapan Cikgu Biologi berspek mata dihadapannya akan memakai tudung itu nanti. 


Umi ada bercerita kepada ayah. Saya hanya memasang telinga. "Si Asmira tu tanya, Kak Siti tak pakai ke tudung yang saya bagi tu". Jawab umi sambil tersenyum, "Akak pakai waktu kat rumah je" 

**
Pagi tadi, sambil menggosok tudung bulat berwarna ungu milik umi, saya bertanya kepadanya "Umi pernah bosan tak pakai tudung ni". Umi sekadar geleng kepala. "Rasa bosan tu tak pernah..tapi.." Umi terhenti sebentar. "Umi rasa tak cantik ke?" saya mencelah. "Tak cantik macam orang lainlah"


Tetiba Umi bercerita lagi "Ada sorang ustaz kat sekolah Umi cakap kat umi, "Dalam banyak-banyak cikgu kat sekolah ni, Cikgu Siti sorang yang tak berubah-sama je macam dulu". "Kenapa? Isteri dia ustazah juga kat sekolah tu ya? Mesti ustazah tu pakai tudung fesyen zaman sekarang kan mi?" saya menduga. Umi mengangguk pula.



"Ayah memang tak bagi umi pakai tudung tu", sambung umi lagi.
"Nah, tengok! Kenapa ustaz tu tak halang je isteri dia pakai tudung tu. Semuanya kembali kepada suami dan anak-anak." kata saya.

"Anep pun marah sungguh huda dengan umi sentuh 'tudung' tu. Akak memang tak minat." saya menambah.

**

"Kan cantik akak pakai tudung labuh macam ni" puji Anep sewaktu saya memakai tudung labuh Umi.

"_______________" saya.



**

Sewaktu berjalan di Istana Topkapi bersama banjiran pelancong dari pelbagai negara. Saya, Shahidah dan Kak Masitah sahaja yang bertudung. Nak-nak lagi Kak Sitah berniqab. Sungguh saya tak terasa tergugat mahupun janggal. Malah terasa macam artis sekejap. Ala-ala kena stalk paparazi gituh. Ramai pelancong lain curi-curi tangkap gambar kami. Allah itu Maha Merancang segalanya. Saya ditegur seorang pak cik Portugese yang sejak dari mula rupanya berjalan dengan kami. Disuakan jarinya ke arah Kak Sitah "Terrorist?". Terbeliak juga mata saya, jurang beza bahasa antara kami membolehkan saya menjawab "No-no-no, ordinary just like me" 

Islamophobia. Saya hanya mampu memberi senyuman, menjawab sebaiknya setiap soalan yang diberikan.

Sama sahaja soalan yang diberikan pak cik Portugese dan soalan pak cik teksi di Maghribi.

"Semua perempuan di Malaysia memang pakai tudung macam ni ya?"

Soalan yang membuatkan saya tersenyum seketika sebelum memberi jawapan yang sesuai.

Kepada mereka berdua saya menjawab." Sama sahaja pakcik. Perempuan di Malaysia dan Maghribi tiada bezanya. Ada yang pakai macam saya. Ada juga yang tak."

Terasing. Terlalu sedikit.

Apabila berjalan di dalam negara pula, saya terasa sangat asing.

**

Saya akan selamanya kagum dengan mereka yang bertudung labuh bulat. Mereka tidak terjejas gugat langsung dengan perubahan zaman serta pakaian yang berputar di sekeliling mereka. Jangan disalah anggap pula kata-kata saya. Sedang saya sendiri hanya mengenakan tudung bidang 55-60 yang biasa. Inikan lagi mereka. Sungguh kuat iman mereka menepis pujukan duniawi. Tabarakallah!

Pernah suatu ketika dahulu, mahasiswi lepasan universiti-universiti negara Barat pulang ke tanah air mengenakan tudung labuh berlitup. Sedang mahasiswi lepasan universiti dari Timur Tengah pulang dengan tudung selempang biasa.

Bingung dan selalu diperbahaskan.

Yang paling penting para bidadari sekalian, kita tutup aurat kita dengan sebaiknya. Pelihara mahkota yang diberikan Allah untuk di hadiahkan pada yang selayaknya. Labuhkan hijabmu menutupi perhiasanmu. Longgarkan pakaianmu jangan dibungkusnya ketat-ketat. Tutupilah kakimu jangan didedahkannya. Biar panas seketika di dunia, jangan berpanas berpeluh di akhirat sana.^^

**
Bak status Aiman Azlan dalam Facebook "Theres no point in dressing modestly if you're not going to act modestly" - Salam Seeker

Konklusi : Isu ini memang takkan pernah habis dikupas. 



Yok! Utamakanlah pandangan Pencipta, daripada pandangan manusia.



9 comments :

Anonymous said...

salam ukhti,
emm mmg benar pndapt antum,kalau di m'sia sndiri mmg terasa asing sgt kalau pakai tdung labuh.org pandang mcm kite x ckup kain.apkh yg benar itu pelik?huh.

Anisa said...

Assalam.
Metode yang cukup jelas. Mudah-mudahan lebih ramai yang membaca dan dapat menimbulkan kesedaran.

Salam ziarah

zAhrauna said...

>cik anon
wsalam wbt..
Islam itu datangnya sudah di anggap pelik.. Jadi tidak hairanlah, mereka yang ikut cara Islam akan dianggap "lain" oleh sesetengah orang,.

asal tak pelik di mata allah, sudah cukup ^^

>>Anisa
Wasalam wbt..
terima kasih sudi ziarah..
ameen,, mudah-mudahan ramai yang dapat manfaatnya.. ^^

CikTomyam said...

salam..entry yang bagus..

like bebanyak..
CT pun ada pernah wat entry pasai bertudung nie dulu

jemputlah datanag blog CT yer..^^

Anas Bin Baharuddin said...

“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing itu"

Zety said...

Assalamu'alikum..
terima kasih kerana berkongsi.. padat dan mantap.. betul-betul membuka mata. Banyak lagi yang perlu ana pelajarai.. harap ada Ilmu yang lain untuk di perkongsikan. amin.

zAhrauna said...

CT
>w'salam wbt..
terimakasih sudi ziarah CT.. ^^

Anas
>barakallahu feek..!

Zety
waalaikumussalam.. sama-sama kasih utk zety.. byk lagi perlu saya sendri pelajari.. kita belajar sama-sama k! ^^

Sha-na.Szied said...

una... tabarakallahualyk!! :)
<3 youu

Adam said...

Sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita solehah ... Jika seseorang mempunyai harta yang sangat bernilai, pastinya akan dipelihara dari tatapan orang ramai atas dasar ingin mengelakkan rasa hasad dengki wujud dalam hati yang melihat untuk memiliki harta si pemilik ... Demikianlah aurat bagi wanita, sesungguhnya adalah harta yang sangat bernilai yang hanya layak ditatap setelah halal hubungan ... Itulah yang terindah ...