11 September 2011

Percaya untuk Berjaya


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


Perkongsian oleh seorang sahabat dalam usrah pada hari ini. Percaya untuk Berjaya. 
Ramai manusia yang tidak berjaya apabila mereka tidak percaya yang mereka boleh berjaya. 


Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)



Itulah cara Rasulullah memotivasikan umat Islam sewaktu perang tersebut dengan menjanjikan sebuah kemenangan ke atas Kota Konstatinopel akan ditawan umat Islam pada suatu hari nanti. Akhirnya umat Islam menang jua Perang Khandaq tersebut motivasi daripada Rasulullah. 




Maka, percayalah pada diri anda bahawa anda akan berjaya. Percayalah bahawa dengan usaha yang gigih kejayaan pasti milik kita. Percayalah bahawa dengan cinta kepada Allah dan Rasulnya syurga itu milik kita. Percayalah Al Quds kembali akan menjadi milik kita.


Percayalah juga Allah tidak akan memungkiri janjiNya kepada hamba-hamba. 
إن الأبرار لفي نعيم  ؛ وإن الفجار لفي جحيم  14-82:13
82-13: Sesungguhnya orang yang baik-baik itu benar-benar berada dalam kenikmatan.
82-14: Dan sesungguhnya orang-orang yang derhaka benar-benar berada dalam neraka Jahim. 



No comments: