04 September 2011

siapa gerangan diri nanti.


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


mencari gali potensi diri untuk digunakan sebaiknya,
biar berbeza haluan kita, namum matlamatnya tetap sama.


tanya sama diri, apa yang ingin aku jadi suatu hari nanti?


jangan terhenti setakat di dunia,
biar hasilnya kelak dapat dituai di akhirat sana..


selamat pulang ke kuliah buat semua.. :)



Tulisan saya kali ini mungkin agak membosankan untuk sesetengah orang. Tapi saya ingin berkongsi fikiran ini dengan semua. Fikiran yang mungkin boleh dibahaskan bersama. Mari tanya diri : 



Siapakah anda, dimanakah anda, apakah sumbangan anda kepada masyarakat 5 - 10 tahun dari sekarang?







  •  Setkan minda untuk tidak menjadi terlalu terikat dengan keduniaan.Jadikan akhirat sebagai matlamat. Letakkan dunia dalam genggaman.


    قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيلٌ وَالْآَخِرَةُ خَيْرٌ لِمَنِ اتَّقَى وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا " . " النساء: 77 
    Terjemahan : Katakanlah: “Kesenangan di dunia hanyalah sementara dan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dianiaya walau sedikit pun.”

    Kelak semuanya akan ditinggalkan kecuali amal kebajikan yang akan mengikut kita kemudian. Apabila akhirat dalam ingatan, pasti dunia akan datang dengan senangnya.

    • Wajiblah untuk kita berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.
    Saya memilih Bahasa Arab sebagai major dalam bidang saya. Wajiblah bagi saya untuk berjaya dalam bidang tersebut supaya dapat saya sumbangkan kepada agama dan masyarakat kelak. 


    Sama juga bagi anda!. Mari berjaya untuk ummah. :D

    • Kita mestilah berusaha menjadi kaya seperti para sahabat pada zaman Rasulullah s.a.w 
    Terjemahan : Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan kamu berjuang di jalan Allah dengan harta-harta kamu dan jiwa raga kamu. Itulah yang sebaik-baiknya buat dirimu seandainya kamu mengetahui.

    Ada orang lain kata pula, tak perlulah jadi kaya takut meninggi diri pula. 


    Tapi tahukah anda, berapa ramai jutawan dan bilionwan dalam kalangan Muslim? 
    1 dalam 10. Sedikit. Sangat sedikit.
    Berapa banyak pula negara-negara termiskin di dunia itu Negara Islam? 
    Banyak. Negara Dunia Ketiga kebanyakan penduduknya Muslim.


    Para sahabat Rasulullah dahulu kala, sedang Rasullulah dalam kesempitan dalam menyebarkan dakwah, sekejap sahaja bantuan di hulurkan. Petik jari, beratus-ratus ekor unta diinfaqkan kepada Islam. Berguni-guni kepingan emas dihulurkan bagi membebaskan umat Islam daripada cengkaman kuffar. 


    Macam mana mahu tolong agama Allah sedang kita dalam kemiskinan. Kita mesti jadi kaya!




    well..these are the things that i can think as for now..mungkin ada betulnya, mungkin banyak salahnya..bolehlah kongsi pendapat anda.. ini sekadar picisan idea biasa,. motivasi buat diri mahu lebih maju ke hadapan.. 




    Banyak lagi perkara-perkara baik yang perlu kita baiki untuk masa hadapan yang lebih cerah. Kita perlu berusaha mengembalikan Khilafah Islamyah yang suatu ketika dahulu berdiri megah. Jangan biarkan diri ketinggalan dalam usaha tersebut ya~!

    sekian daripada saya. wassalam


    No comments: