30 August 2009

METRO::KISAS::RALAT


assalamualaikum w.b.t.



Tanggal 29-08-2009, telah terpapar berita mengenai Yayasan Pahang dan KIBA di Mingguan METRO. Terpampang juga muka seorang pelajar bersama Dato' Adnan Yaakob, iaitu anak kepada Cikgu Taufiq yang telah menamatkan Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) pada hari Jumaat lepas.

Kenapalah agaknya husna tulis tentang diri sendiri??

Syok sendiri agaknya..

~Aasifah~
~Ana mutaasifah~
Ma'alish

Izinkan saya membuat pembetulan pada laporan yang telah ditulis,

"Peluang diberikan YP ini akan saya gunakan sebaik mungkin bagi mencapai cita-cita menjadi penterjemah bahasa Arab," katanya bekas pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Indera Mahkota, di sini.

Seingat saya, encik yang menyoal saya tempoh hari tanya mengenai pekerjaan umi dan ayah, saya pun jawablah, ayah bekerja sebagai guru di SMK Tg Panglima Perang Tg Muhamad, umi pula guru di SBPI Kuantan. Tak silap saya, tidak pula ditanya mengenai sekolah lama saya, KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, KLANG atau mungkin salah saya menjawab soalan agaknya?.


Tapi memang seingat saya, tak pula disoal apakah nama sekolah lama saya.

Maka, telah bertubi-tubi SMS masuk ke dalam
hand phone yang dah
*bertukar nombor Upax

termasuklah mesej dari KISASIAN, Che Farhan. Sememangnya, sama sekali bukan niat saya untuk tidak mengaku KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, sebagai sekolah saya. Namun apakan daya, ralat dan kesalahan dalam penulisan sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Maka melalui penjelasan ini, amatlah saya berharap semua persoalan dijawab dengan terang dan jelas.

wallahua'alam..

kiba 09 sudah berakhir..

assalamualaikum pemula bicara..

Jazakallahu khayran jazak buat pengunjung-pengunjung Light of Kindness atas kesudian untuk melawat blog yang sudah lama tidak disentuh ini. Dengan segala kudrat dan masa yang ada, akan digagahi jua jari-jari dan dan diri ini untuk mencoret kenangan-kenangan serta pengalaman diri sebagai tatapan bersama.
Sejuta kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi, akhirnya tamat jua sesi 4 bulan kami bersama. Benarlah pepatah arab mengatakan "fi kulli bidayah, nihayah". Sesungguhnya hati ini benar-benar berat untuk meninggalkan sekalian sahabat di KIBA. Masing-masing membenarkan masih terlalu awal untuk kita berpisah, masih terlalu singkat perkenalan ini. Mukhayyam Arabiy Awwal dan Mukhayyam Arabiy Thani sememangnya penjalin ukhuwwah antara pelajar-pelajar YP dan MARA. Bukan, tiada istilah sebenarnya bagi pelajar YP mahupun MARA, yang wujud hanyalah pelajar-pelajar KIBA 09.

Al-khusuf Barihah (gerhana semalam) dan Mizollatul Rahmah (payung kerahmatan) sememangnya meninggalkan memoir indah pada diri. Bukan mudah hidup dalam majmuah, dan bukan payah mencari mudah. Asal ada kesefahaman, dan apa yang penting, "kerjasama!". Segala perancangan dan pekerjaan dapat diselesaikan dengan sangat mudah. Tipulah kalau tiada ketidakpuasan hati dalam kerja berkumpulan. Mesti maujud, walakin kita cuba atasi bersama.

Sebahagian masa dihabiskan dengan hidup bermajmuah, tapi tidak sesekali dilupakan hidup
saya sebagai seorang adik kepada kakak-kakak dan 'abang-abang' dan sebagai seorang sahabat buat kawan-kawan yang sangat dirindui. Asytaqu jiddan lakum!.

Jemaah Maghribi, seramai 5 orang akan berlepas ke Maghribi biiznillah selepas raya.banyak lagi yang mahu dicoretkan. Isbiru wa intaziru~
Sa aktubu lakum kullu min khibroti huna..
ma'assalamah wa ilal liqo'
salam..


12 July 2009

Setelah 2 bulan...

salam buat semua..
pertamanya maaf buat hamizah sepupuku, sebab tak ucap selamat hari jadi pada 4/7/2009..
maaf sangat-sangat-sangat...
bukannya berniat nak lupa, tak sengaja...
sudah 2 bulan tak sentuh blog ni.. dah bersawang banyak sangat..
insya allah ada masa nanti saya tulis sesuatu ea..
kitorang baru balik dari mukhayyam yang sangat-sangat-sangat best..
best sbb apa ea???
sebab kumpulan "al khusuf barihah", kumpulan saya dapat nombor satu...
sangat seronok..
nak cerita macam-macam tapi takde masa sangat..
xpe2..
nanti ada satu blog khas tentang kehidupan kitorang di KIBA>>>
nantikan ea...
buat kawan2 yang tgh buat persediaan..
belajar betul2 taw..
nanti kita naik flight same2...
ma'a taufiq wan najah~

23 May 2009

Hayaati fid Daurah~

salam..

sudah 2 minggu di daurah..
daurah mukassafah lillughatul arabiyah..
atau nama melayunya..
kursus intensif bahasa arab..
~KIBA~

balik cuma sekejap untuk urusan yayasan pahang..

maka tidak tersentuhlah blog ini walaupun ada wifi di cherating bay resort tersebut..
rupanya, memang betul duduk di resort..
bukan hanya pendaftaran..
selama 4 bulan ini..
hidup baru bermula dengan kawan-kawan yang tersangat baru..
semuanya belum pernah jumpa lagi sebelum ini..
kebanyakannya dari kuliyah sultan abu bakar, dan maahad tahfiz negeri pahang..
cuma,
seorang budak bernama husna dari kolej islam sultan alam shah
dan seorang lagi sarah athirah dari sbpi temerloh..
mereka tersesat~
hehe..
bukan-bukan, kami xsesat,cuma rezeki ada di situ..

alhamdulillah..
alhamdulillah..
alhamdulillah..

segala pujian bagi allah..
kami semua sangat bersyukur sebab diberi kesempatan menjadi batch pertama yang dapat tinggal di resort, dan bukannya di kolej ikip..
terima kasih buat yayasan pahang..

apa bezanya???
banyak bezanya..
tinggal di apartment lengkap dengan sofa, television, meja kopi, dapur kecil, meja makan, tandas, katil, almari percuma di dalam bilik yang beraircond..
makan di restoran 3 tingkat siap berkolam renang di tepinya..
belajar di dalam qa'ah yang juga berhawa dingin,
bersama-sama pensyarah yang berkelulusan mesir, jordan, maghribi dan juga uia..

ustaz rashimi dari mesir
ustaz syed abdul razak dari jordan
ustazah ainaa mardhiah dari maghribi
ustazah aidaa farkhana dari uia
serta
ustaz kamel aghrabi, dan ustazah bushra yang belum kami sempat kenal..

nikmat bagaikan mencurah-curah..
tapi memang sengaja diberi sedikit disturbance untuk kami semua..
jangan dilupa kawad pada setiap petang..
dikelola bekas tentera encik zakaria dan encik abdul rahim..
atau..
pak ya dan pak him..
kecuali hari rabu, sabtu dan ahad sahaja tiada kawad..
xlah gemuk sangat nanti,, bolehlah kurus sikit~

kalau nak diceritakan, ukhwah kami dalam masa 2 minggu sangat rapat..
muslimin 13 orang, muslimat 17 orang..
sampaikan macam-macam kenangan yang dicipta..
bayangkan,
kami masuk 11/5 yang lepas..
tapi 16/5 hari guru lepas,
kami dengan jayanya buat satu kejutan buat semua ustaz dan ustazah..
ustaz, ustazah tinggal dengan kami

sabtu malam ahad,xde kuliyah..
mula-mula nak buat kejutan dalam kuliyah tapi xde kelas..
maka, bertukarlah lokasi ke tempat letak kereta depan rumah-rumah kami..
kerja muslimat..
kek, lilin, belon siap dibeli..
makanan supper siap diambil..
maka rancangan muslimin pun bermula..

rancangan at-the-hawk mereka..
1) buat-buat lemas dalam kolam???
2) buat-buat histeria dalam bilik???
3)buat-buat tobur askari (kawad) tengah-tengah malam..

muslimat pilih no3 memandangkan no1 dan no2 agak mustahil untuk dibuat..
biar betul muslimin ni???
tapi muslimin kata takut ganggu pelawat yang lain malam-malam buta..

akhirnya, rancangan rumah kena pecah masuk pencuri dipilih..
muslimatnya pun berbondong-bondonglah ke rumah rais kami,
syed sulaiman, untuk kejutan tersebut..
tapi rupanya ustazah aina dan isteri ustaz rashimi dah nampak kami dari beranda,..
serius, ingatkan dah kantoi..

maka berjalanlah juga misi mencuakkan para ustaz..
muslimin ketuk pintu ustaz razak,
"ustaz.. rumah syed kena pecah lah!"
ustaz dengan muka yang penuh kerisauannya berjalan ke rumah syed,,
nasib baik kami tahan ustaz sebelum masuk..
dalam rumah ada kek yang sangat besar~
kantoilah nanti..

panggillah mereka pula ustaz rashimi..
berjalanlah ustaz ke arah rumah syed dengan jawwalluhu.. (handsetnya)
alamak...ah sudah...
ustaz buat panggilan ke siapa ya???

maka bersama-sama ustazah aina dan kakak tadi juga dipanggil..

sampai-sampai rumah syed,
1..2..3..

SELAMAT HARI GURU!!!

maka terkenalah semua ustaz dan ustazah..

geram juga mereka..
siap diberi amaran lagi..
siap lah korang nanti, kitorang kenekan balik..
adoyaiii...

apa-apa pun, mereka sangat terharu dan kata mereka itulah asyaddu kejutan..
alhamdulillah, semua berjalan dengan baik..
rasanya ukhwah kami pun makin baik..
ustaz shimi nampak perubahan dalam diri kami semua berbanding hari pertama..
alhamdulillah~

tapi, gara-gara kami..
pengurus dan 5 orang pekerja bergegas ke tempat kejadian KONONNYA ada kecurian..
ustaz rashimi lapor pada pengurus resort rupanya...
rupanya tiada apa-apa yang berlaku..
macam manalah boleh lupa bahangian penting???
maafkan kami~
aasiffna..

pembelajaran pun diteruskanlah seperti biasa,
tapi nyata berbeza, kami lebih banyak didedahkan dengan cara hidup orang arab..
pendedahan yang lebih banyak melalui hiwar, aflam, suar mutaharrik dan ghaniu arabi..
perbualan, filem, kartun dan lagu-lagu arab..
semuanya dilakukan bersama-sama pasangan ataupun majmua'h masing-masing..

aktiviti kami setiap hari..

7.00am = futur

8.30am = tobur sobahi

9.00am = dirasah 1

11.00am = dirasah 11

1.00pm = ghada' wa solatizzuhr

2.30pm = dirasah 111

4.00pm= solatulasr wa istirahah

5.30pm = tobur askari

6.30pm = a'shak wa solatilmaghrib wa solatili'syak

9.15pm = nasyatot

11.00pm = lailah saidah


dengan bangganya dipersembahkan lagu daurah kami..

~Nahnu Syabab~


LIRIK LAGU NAHNU SYABAB BESERTA TERJEMAHANNYA
نَحْنُ الشَبَابُ لناَ الغدُ
ومجدُهُ مُخَلَّدُ

Kami pemuda (generasi muda) yang mempunyai masa depan
dan kelebihannya berkekalan

السَفْحُ والجَدَاوِلُ والحَقْلُ والسَنَابِلُ
Mata air, anak sungai, sawah padi, padang

وما بَنَى الأَوَائِلُ نحن له مَعَاقِلُ
Dan apa jua yang dilakukan (dibina) oleh orang terdahulu bg kami adalah satu kekuatan (strongholds)

والنُّوْرُ في عُيُونِنَا الدِينُ فِي قُلُوبِنَا
Agama tersemat di hati kami dan cahaya terpancar di mata kami

والحَقُّ في يَمِينِنَا والغَرُّ في جَبِينَنَا
Kebenaran terletak di sebelah kanan kami (berada dalam tangan kami) dan cahaya putih berseri-seri terserlah di wajah kami

lagu nahnu syabab yang dinyanyikan setiap kali tobur sobahi dan tobur askari..

lagu biladul urbi..


lagu terkenal di arab.. yamyat rajul mahzum


dan wadili salami




nampak seperti kami hidup mewah bukan???
tidak semewah kawan-kawan jpa mungkin..
tapi ternyata, kami juga ada ujian..
yang akan melayakkan kami melanjutkan lagi pelajaran atau tidak..

lakin insya allah.. khilali hazihid daurah sa-adrusu bijiddin wa sa-ahsulu kullu ilmun mufiid lana wa kullu khibr min asaatizah..

li usrati wa asdiqaai..
tabaarakallahu a'laikum..
doakan kejayaan buat diri ini selalu..

buat kawan-kawan medic mid east mara yang akan bersama-sama kami kelak..
ahlan wasahlan ila dauratuna..
insya allah, sanakuuna usratun kabiiratun..

10 May 2009

Sayonara Semua~

salam..
hari esok dah nak tinggalkan rumah..
huuu..
sedihnya, tinggalkan umi, ayah dan adik-adik..
xpe..
tinggalkan rumah pun nak tuntut ilmu..
no more drama+movie marathon..mysoju
no more playing around..

husna nak pergi mana ea???

hari rabu lepas, umi dapat panggilan dari yayasan pahang,..
masa tu umi ada kursus kat terengganu..
puan kerani tu cakap yang saya dapat tawaran ke morocco..
adilah pun dapat tawaran ke mesir..

sekarang ni sangatlah kusymil..
adilah dan sarah atikah, anak pakcik Sarochi..
dah dapat surat tawaran,.
tapi saya tak dapat pulak..

sangat pelik..
ingatkan semalam akan ada posmen datang hantar..
tapi masih tak ada..
sebab tuh tak nak tayang lagi di blog..

pakai redah saje esok..

lokasi : Cherating Bay Resort
masa : 9.00 am
bawa : sijl-sijil
barang-barang keperluan

pendaftaran kat cherating,
kalau xhadir esok..
bermaksud xterima tawaran tu..

ayah dah tepon ustaz khairul anuar..
ustaz kata kalau dah dapat panggilan, maksudnya dapat..
katanya lagi ustazah aina mardhiah..
lepasan morocco yang akan ajar kami nanti..

konfius~
masih musykil..
sebenarnya belajar bahasa tuh kat resort tu???
bukan ke belajar di IKIP..
KIBA..
kursus intensif bahasa arab..
belajar selama 4bulan..
dan ke morocco bulan9 nanti..

betul ke ni???

semuanya akan jelas keesokan hari..

jadi..
di kesempatan buat terakhir kalinya,,
ampun maaf buat semua kawan-kawan..
halalkan segala ilmu, makan minum..
minta doa semua,
insya allah..
semoga allah permudahkan segala urusan kita dalam menuntut ilmu..

minna-gambatte-omedetto
(everybody, do our best, and congrats~)

sehingga ketemu lagi
next post lah..bila ea??

bye-bye..

wassalam..