06 May 2011

Pilihan Ideal Kami bukan Paksaan tetapi Pujukan



 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah

Dengan nama Allah kami mulakan kalimah. 
Maaf buat kalian ternanti-nanti, disebabkan muraqabah yang berderet pada minggu ini telah membantutkan sedikit mood  perjalanan promo raih undi.
Maaf sekali lagi..
Kami mahasiswi Malaysia dari pekan Mohammedia akan membentangkan calon-calon pilihan kami berdasarkan perbincangan yang telah kami jalankan setelah berbulan lamanya.
Sebelum kami bentangkan Kabinet Bayangan AMT pilihan hati, calon-calon yang berada di”atas” ini sememangnya sedia masyhur terkenal dalam kalangan mahasiswa Malaysia di Maghribi dengan personaliti yang hebat.  
Cekap, rajin dan berdedikasi dalam menjalankan tugas tidak perlu lagi kita persoalkan.
Malah kita tidak nafikan, mereka sangat diperlukan oleh persatuan untuk kita sama-sama memanipulasikan kebolehan,tenaga dan yang paling penting fikrah  bernas mereka dalam mengendalikan PMMM.

Diharapkan melalui pimpinan mereka pada masa akan datang, 
Mahasiswa Malaysia di Maghribi bakal berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, sebaris dengan pimpinan pelajar Mesir dan  juga Jordan.

03 May 2011

Hanya kerana Sepasang Wedges Hitam

 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah
  
Anda rasa anda sudah menutup aurat dengan sebaiknya? Alhamdulillah, Tahniah! Teruskan usaha anda dalam menurut perintah Allah. Post kali ini saya akan menceritakan kisah mengenai kesederhanaan dalam berpakaian.

   Saya akan selamanya kagum dengan sahabat-sahabat yang berpakaian Salafi. Mereka terlalu cantik untuk diungkapkan dengan kata-kata. Mungkin bukan semua akan bersetuju dengan pendapat saya, tetapi itulah definisi yang selayaknya diberikan kepada mereka. Saya kagum dengan cara mereka berpakaian, tiada langsung rasa keduniaan dalam pakaian mereka. Sopan, merendah diri, hati mereka tidak terikat dengan dunia. Labuh kainnya, lebar ukurannya, gelap warnanya melitupi seluruh kecantikan yang dimiliki mereka. Tiada satu perhiasan jelas terzahir di pakaian mereka.