Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah
Dengan nama Allah kami mulakan kalimah.
Maaf buat kalian ternanti-nanti, disebabkan muraqabah yang berderet pada minggu ini telah membantutkan sedikit mood perjalanan promo raih undi.
Maaf sekali lagi..
Kami mahasiswi Malaysia dari pekan Mohammedia akan membentangkan calon-calon pilihan kami berdasarkan perbincangan yang telah kami jalankan setelah berbulan lamanya.
Sebelum kami bentangkan Kabinet Bayangan AMT pilihan hati, calon-calon yang berada di”atas” ini sememangnya sedia masyhur terkenal dalam kalangan mahasiswa Malaysia di Maghribi dengan personaliti yang hebat.
Cekap, rajin dan berdedikasi dalam menjalankan tugas tidak perlu lagi kita persoalkan.
Malah kita tidak nafikan, mereka sangat diperlukan oleh persatuan untuk kita sama-sama memanipulasikan kebolehan,tenaga dan yang paling penting fikrah bernas mereka dalam mengendalikan PMMM.
Diharapkan melalui pimpinan mereka pada masa akan datang,
Mahasiswa Malaysia di Maghribi bakal berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, sebaris dengan pimpinan pelajar Mesir dan juga Jordan.
Kabinet Bayangan Barisan AMT bagi Sesi 2011/2012
PRESIDEN
Muhammad Fakhruddin Arrazi Bin Misni
TIMBALAN PRESIDEN
Abdul Azim Bin Mohd Isa
SETIAUSAHA KEHORMAT
Mohammad Mustaqim Bin Mohammad Musa
TIMBALAN SUK 1
Mohammad Farid Bin Abd Rasid
TIMBALAN SUK 2
Noraini Binti Abdul Muaziz
BENDAHARI AGUNG
Naim Sidqi Bin Mustaffa
TIMBALAN BENDAHARI AGUNG
Shahirah Nadiah Binti Shaharuddin
Adakah anda nampak perbezaan yang cuba kami bawakan di sini?
Ya, kami ketengahkan kepada anda calon-calon yang berbeza daripada emel sahabat-sahabat Rabat bagi jawatan Timbalan SUK2 dan Timbalan Bendahari Agung.
Bukan bermaksud untuk mengenepikan, atau menidakkan cuma menampilkan calon yang berlainan.
Ayuh, Mari kita berkenalan dengan mereka.
Saudari Noraini di sebelah kiri bersama sahabat dari wilayah Mohamedia |
SAUDARI NORAINI BINTI ABDUL MUAZIZ
Mahasiswi Casablanca yang memegang beberapa jawatan seperti Timbalan Exco Perhubungan Antarabangsa, Naqibah, dan Ketua Akhowat Casa.
Merupakan tulang belakang bagi program PROSISMA 2011 dan bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal mahasiswi baru Casablanca.
Seorang yang matang dalam membuat keputusan, cemerlang dalam pembelajaran, lantang menyuarakan pendapat dan seorang yang peramah dengan masyarakat tempatan (kebolehan berkomunikasi)
TSUK 2 juga merupakan Ketua bagi akhowat dan kami yakin akan kebolehan serta pendekatan beliau yang berhikmah dalam setiap tindakan.
Personaliti beliau yang sangat disenangi orang ramai tidak mengira usia dan kaum. Senior yang dikagumi, junior yang dikasihi.
Sifat penyayang yang sangat terserlah |
SAUDARI SHAHIRAH NADIAH BINTI SHAHARUDDIN
Saudari Shahirah Nadiah bersama anak buah kesayangannya.
Salah seorang ALP dalam pimpinan yang lepas.
Seorang yang penyabar, tabah, tegas dan yang paling penting berani menanggung risiko dalam menguruskan hal-hal kewangan
Sentiasa aktif dalam menyertai aktiviti-aktiviti persatuan walau perjalanan jauh dari Fes terpaksa ditempuh ke Rabat
Mempunyai pengalaman yang luas tentang selok-belok perniagaan yang melibatkan duit yang banyak khususnya dalam bidang Kargo diantara Maghribi dan Malaysia.
Seorang kakak yang disayangi ramai dek sifat penyayang, prihatin dan lemah-lembut kepada adik-adiknya.
Bagi pemancing-pemancing undi yang lain, mereka berdua harus BERTANDING dan BERSAING merebut jawatan yang satu.
Tidak perlu diBANDING BEZA mereka berdua.
Sedangkan kita MAMPU memilih mereka BERGANDING BAHU BERSAMA.
Akhir kalam daripada kami, pilihan tetap berada di tangan anda. Kami hanya melontarkan suara akal dan pilihan hati dalam memilih qudwah yang hasanah buat kami.
Sekian, Selamat Mengundi buat semua.
No comments:
Post a Comment