08 May 2011

Kembali memujuk...




 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


Assalamualaikum wbt..

Salam mahabbah, Salam Muraqabah dan Salam Intikhabah.. ehh..masih boleh raih undi kan?

Ya, saya kembali lagi untuk memujuk anda  dan sekali-kali tidak memaksa anda untuk sama-sama berfikir  bersama-sama saya secara mendalam siapakah calon-calon yang perlu kita naikkan sebagai ahli AMT bagi persatuan kita.

Sebagai ahli PMMM selama 2 tahun di Maghribi, saya melihat taklifan AMT ini sangat besar peranannya dalam menguruskan hal ehwal mahasiswa kita. 

Saya belum pernah menemuramah pihak AMT secara eksklusif sebelum ini mengenai kerja-kerja yang mereka lakukan, tetapi terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan buat PMMM, melayan permintaan kami meminta adik dan sebagainya, dan kami akan sentiasa berterima kasih kepada mereka di atas usaha mereka tersebut.

Terima kasih. Allah sahaja yang dapat membalas segalanya.


  Namun menurut pemerhatian saya, di awal perlantikan mereka yang bertuah ini sebagai AMT mereka akan terus bertungkus lumus untuk merancang yang terbaik sahaja buat PMMM.

Seperti yang saya tegaskan di emel saya lepas,

"Malah kita tidak nafikan, mereka sangat diperlukan oleh persatuan untuk kita sama-sama memanipulasikan kebolehan,tenaga dan yang paling penting fikrah  bernas mereka dalam mengendalikan PMMM."

dan juga,

"Diharapkan melalui pimpinan mereka pada masa akan datang, Mahasiswa Malaysia di Maghribi bakal berdiri sama tinggi, duduk sama rendah, sebaris dengan pimpinan pelajar Mesir dan  juga Jordan."

Saya amat berkeyakinan dengan kebolehan, serta kemampuan gabungan mereka-mereka yang saya calonkan ini dalam mentadbir barisan pimpinan.  

Semua orang sedia maklum, insan bertuah yang telah dipilih Allah untuk memegang jawatan AMT sentiasa perlu bekerja dengan rakyat tempatan. 

Apabila saya maksudkan rakyat tempatan, semua orang sememangnya sedia maklum yang kita memang sangat sudah sedia faham tentang fitrah semula jadi mereka dalam bekerja bukan?

Calon-calon yang diketengahkan pihak peraih undi serta pemancing yang lain memang sama hebat, sama berkebolehan, tidak dinafikan!

Namun, gabungan insan-insan yang berkebolehan ini.. 

PRESIDENMuhammad Fakhruddin Arrazi Bin Misni TIMBALAN PRESIDENAbdul Azim Bin Mohd Isa SETIAUSAHA KEHORMATMohammad Mustaqim Bin Mohammad Musa TIMBALAN SUK 1Mohammad Farid Bin Abd Rasid TIMBALAN SUK 2Noraini Binti Abdul Muaziz BENDAHARI AGUNGNaim Sidqi Bin Mustaffa TIMBALAN BENDAHARI AGUNGShahirah Nadiah Binti Shaharuddin

.... pada pandangan saya, sangat luas pengalaman yang dimiliki mereka dalam bekerja dengan masyarakat tempatan.  Percayalah!khoteerrr

Pada pengamatan saya juga, melalui pengalaman bekerja, mendengar kisah-kisah lama, dan setelah hidup bersama mereka (errr..akhowat ya!) sememangnya mereka telah membuktikan kesungguhan mereka dalam melaksanakan setiap pekerjaan dihadapan mereka.

Sesungguhnya mereka ini juga adalah insan-insan yang sangat amanah, cekap, mempunyai pengalaman luas dan fikrah yang bernas serta dapat memimpin kita semua dengan baik, Insya Allah.

Sekian sahaja pujukan yang ingin saya bentangkan.

Terima kasih sudi luangkan masa membaca pujukan saya. Barakallahu fik.

Wassalam.


v
v
v





Mesti anda sudah termakan pujukan saya bukan?  

p/s:adinda mahligai Ville ABU tenanti-nanti pancingan Kekanda-Kekanda di Istana FBI dan Hayy Askari pula .=)





No comments: