03 May 2011

Hanya kerana Sepasang Wedges Hitam

 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah
  
Anda rasa anda sudah menutup aurat dengan sebaiknya? Alhamdulillah, Tahniah! Teruskan usaha anda dalam menurut perintah Allah. Post kali ini saya akan menceritakan kisah mengenai kesederhanaan dalam berpakaian.

   Saya akan selamanya kagum dengan sahabat-sahabat yang berpakaian Salafi. Mereka terlalu cantik untuk diungkapkan dengan kata-kata. Mungkin bukan semua akan bersetuju dengan pendapat saya, tetapi itulah definisi yang selayaknya diberikan kepada mereka. Saya kagum dengan cara mereka berpakaian, tiada langsung rasa keduniaan dalam pakaian mereka. Sopan, merendah diri, hati mereka tidak terikat dengan dunia. Labuh kainnya, lebar ukurannya, gelap warnanya melitupi seluruh kecantikan yang dimiliki mereka. Tiada satu perhiasan jelas terzahir di pakaian mereka.
   
Masing-masing dengan corak pemakaian yang melambangkan peribadi dan juga corak dakwah yang ingin disampaikan. Kalau wanita di Malaysia, kita biasa mengenakan tudung labuh, tudung bidang 60 mahupun tudung-tudung yang ada dipasaran kini. Semuanya atas keselesaan masing-masing, walaupun masih ramai yang masih tidak cukup menepati syarat, saya yakin mereka sedang berusaha ke arah tersebut. Bagi saya pula, saya selesa bertudungkan tudung bidang bersama baju kurung, jubah ataupun blouse labuh bersama skirt labuh. Insya allah, pakaian yang saya rasa cukup menutup aurat dan boleh dikatakan sopan.

Cukup menutup aurat sudah pasti menjauhkan kita daripada mata-mata yang liar diluar sana kan?. Fikir saya bersendirian atau mungkin saya yang rasa begitu, sehinggalah pada  suatu hari Sabtu, 30 April 2011. Saya lupa yang kesederhanaan juga penting




      Seminggu baru menjelma lagi meninggalkan minggu terakhir dalam bulan April yang padat dengan kuliah seperti hari-hari kebiasaannya. Minggu terakhir yang agak lesu berlalu dengan peperiksaan bagi subjek Prosa Moden dan Perbandingan Sastera. Kelesuan yang saya sendiri tidak tahu puncanya menimbulkan persoalan daripada Saidah, "Kenapa semacam ada yang menganggu fikiran awak sejak kebelakangan ini?", "Entah, saya sendiri tak pasti". 

    Sembab mata sangat zahir bengkaknya mungkin disebabkan tidak cukup tidur atau mungkin juga belajar dalam kemalapan bilik dek lampu filamen yang rosak sebulan lamanya, tak sempat-sempat dibaiki telah menjadikan mata panda tidak ubah seperti mata saya. Maka, pada Khamis lepas digagahi jua saya bersama Saidah melangkah ke Marjane untuk mencari lampu meja pengganti sementara lampu bilik.  Puas kami mencari lampu meja, alih-alih yang ada hanya lampu laptop. Boleh terima tak? Benda paling asas dalam dunia pembelajaran ini juga yang tidak dijual, longgokan kasut untuk musim panas banyak pula tergantung.  

     Tanpa disuruh Saidah, saya membelek satu persatu kasut yang tergantung, boleh pula ada yang berkenan di hati. Sebagai terapi diri kononnya saya menyarung sepasang wedges high heel bertali hitam, Saidah yang tergesa-gesa mahu pulang sempat cakap "Jatki zouweyn" Cantiklah kalau awak pakai.. ^^ Dan anda semua mungkin tahu apa yang berlaku seterusnya..




Saya telah membeli kasut tersebut walaupun saya tahu saya takkan pakai selalu. =='' 
Kalau dah namanya perempuan, begitulah rupanya kan? :D 


    Hendak dijadikan cerita, saya telah memakai wedges tersebut ke kuliah pada hari Sabtu lepas untuk ke kelas ganti bagi subjek I'lamiyat (Kelas Komputer). Berbaju kurung coklat, bertudung hitam, saya bertolak ke kelas awal dengan harapan tiada siapa yang akan perasan kewujudan wedges ini. Kekok rasanya berjalan terhinjut-hinjut, terasa tinggi pula daripada orang lain. Patutlah mereka kata kalau kita pakai kasut tinggi confident level pun tinggi. Kesakitan kaki juga mula dirasa, biasalah pertama kali pakai kasut sebegini. 




    Perjalanan ke kuliah telah mengambil masa yang lebih panjang dari biasa. Sampai sahaja di kuliah bagaikan bertatih, saya senyap-senyap menyusup masuk ke dalam kelas. Berlakon buat-buat biasa sahaja, padahal dalam hati Allah sahaja yang tahu betapa segannya saya rasa. Semua pelajar masuk ke kelas dan kami belajar tentang Microsoft Excel dan komponennya. Kebetulan, Houda dan Hasnaa betul-betul duduk di sebelah saya. Dua sekawan yang agak seksi pemakaiannya dan tidak berhijab, walaupun begitu mereka sangat rapat dengan saya.


Sedang kelas berlangsung, saya menunjukkan wedges hitam tersebut kepada Houda. 
"Ha,, saya nampak dah tadi dari jauh.. Cantiklah awak pakai.. Wallah.. Nampak tinggi... Bisahhah!" ujar Houda.
"Yeke? Terima kasih..Tapi penatlah pakai kasut  ni, sakit kaki saya" Itu sahaja yang mampu saya jawab. 


Saidah datang lambat ke kelas, memang selalu dia begitu. Usai kelas tamat saya tunjukkan juga  wedges tersebut kepadanya.  
"Saya baru nak tanya awak, awak tak pakai ke kasut Marjane tu,.. Cantiklah awak pakai kasut ni.. HaaiHaaiHaiiii.." Saidah mula mengusik.  
"Ini kali pertama dan kali terakhir saya pakai ke kuliah kot" balas saya kepadanya.  
"Kenapa pulak?" soal Saidah. 
" Seganlah saya lagipun memang pelik kalau saya pakai kasut macam ni.." jawab saya. 
" Taklah, tak pelik langsung, semua budak perempuan kat kuliah ni pakai macam tu. Jangan risau lah.." ujar Saidah sambil kami berjalan ke Kedai Fotostat kuliah.


Saya berdiri di luar Kedai Fotostat sementara menunggu Saidah berjumpa dengan kawannya. Sanaa yang berdekatan dengan saya bertanya khabar sambil memuji kasut saya. Tak kurang juga Ghizlane. Tiba-tiba,
"Awak beli kat Marjane kan?" tanya Asia yang mungkin pernah nampak wedges itu sebelum saya lagi. 
"Haah" jawab saya sambil menganggukkan kepala, padahal malu sebenarnya. kantoi sudah
   
     Sesudah menerima salinan kertas yang telah difotostatkan oleh Saidah, saya terus mengatur langkah bersendirian pulang ke rumah. Baru langkah-langkah pertama disusun pulang ke rumah, angin sejuk tetiba memukul membawa awan menandakan hari akan hujan. Tetapi mendung sahaja yang baru kelihatan. Malas sungguh ingin berjalan laju, saya berjalan seperti biasa sambil memandang ke jalan besar yang lengang tanpa kereta. 


     Tanpa saya sedari, seorang lelaki berpakaian selekeh berusia dalam lingkungan 30-an baru sahaja melintas jalan besar dihadapan saya lalu terpandang akan saya yang berjalan menuju ke arahnya. Dipandangnya saya atas bawah, tiba-tiba dia berhenti berjalan seakan tahu yang saya bukan gadis tempatan. Pelik, takut dan seram menyelubungi diri tapi kaki seakan berani melangkah lagi. Dalam hati saya bertekad, saya akan buat endah tak endah sahaja dengan teguran lelaki tersebut. Tunduk dan jalan laju-laju. 






      Terkumat-kamit lelaki tersebut menegur saya. Sebenarnya saya tak dengar apa-apa pun. Saya angguk dan diam sambil tersengih meminta laluan. Saya hiraukan kewujudan lelaki tersebut, sehinggalah dia menghulurkan tangan kepada saya. Kaget sebentar dibuatnya.
"Ismah liya, ma sallimtsh rijal" saya mula berkata sambil tangan kanan disorok, kepala ditunduk. Entah kenapa saya masih boleh tersenyum kepadanya.
"3lash?? lianna tadiri lkhimar tadiri lhijabb???" balas lelaki tersebut, mempersoalkan tudung yang saya pakai pula.  
"Na3m" cukup itu balas saya. Malas nak dilayan lebih-lebih.  
Lelaki tersebut masih tak mengalah lagi. " Yalla ma3i, nashrob shey qahwah". Boleh pula diajak saya ke maqha? Kurang ajar sungguh. 
"Ya Allah, tolonglah!" Rayu hati kepadaNya. Sungguh biadab dianggapnya saya seperti perempuan murahan yang boleh dibawa ke mana-mana. Sedih sungguh rasanya.
Terus saya pacakkan kaki tidak bergerak. Sambil badan membelakangi lelaki tersebut. Dalam hati, minta-mintalah ada orang yang boleh berjalan bersama. Malangnya tiada!. Ah, kalau ada teksi yang lalu, saya akan terus tahan dan naik terus teksi tersebut pulang ke rumah. Malangnya tiada juga! Orang ramai lalu-lalang semuanya berjauhan dari tempat saya. Oh Tuhan!.


Berdirilah saya ditepian jalan bersendirian sambil menunggu tibanya keajaiban. Beberapa saat telah berlalu, saya beranikan diri memalingkan wajah mencari kelibat lelaki tersebut. Rupanya, ada tiga sekawan sedang berjalan bertentangan arah dengan kami. Mungkin lelaki tersebut tak nak cari pasal, dia berlalu mendaki lereng bukit di tepi jalan tersebut.


Lega sebentar dengan pemergian lelaki tersebut, saya teruskan perjalanan pulang ke rumah. Dalam hati, semua perasaan bercampur-baur.


"Orang dah pakai tudung elok-elok, baju kurung dah habis longgar rasanya.."

"Selama-lama ni berjalan sorang diri, tak pernah-pernah pulak kena kacau sampai macam ni"

"Astaghfirullah..mungkin sebab kasut ni?"

Hati kecil bermonolog sendirian.

Asyik saya berjalan sambil fikiran tidak memberi tumpuan, saya ditegur sekali lagi. Terkejut saya dibuatnya apabila lelaki tersebut kini memandang saya dari atas bukit. Dia berjalan mengikut saya dari atas rupanya!. Terkumat-kamit lagi mulutnya seolah-olah berkata sesuatu kepada saya. "Ya Allah.... jangan dia ikut sampai ke rumah sudah", hati berbisik lagi. Kini jalan diatur ke seberang jalan dengan harapan jejak saya tak dapat dikesan. 

Saya terus berjalan laju tanpa menoleh kepala ke belakang. Telah ditakdirkan dalam perjalanan pulang, saya terserempak pula dengan beberapa orang lelaki yang berjalan bertentangan arah. Mahu saja kaki dipecutkan berlari ke rumah apabila terasa dipandang mata-mata mereka. 

"Oh tuhan.. kalaulah kasut ni hanya mengundang gundah dalam hati, tak perlulah aku memakainya lagi"
Ayuh kembali ke sekolah! No wedges allowed~~ 


***
Kini saya potretkan kisah saya buat pedoman semua. Bukanlah saya menentang pemakaian wedges, jangan fikir begitu ya? Bukankah citarasa kita berbeza? Ikut selesa.. :D Cuma suka untuk saya tekankan kepentingan niat dalam melakukan aktiviti seharian sentiasa perlu diperbaharui keranaNya. Kesederhanaan dalam berpakaian juga dapat mempengaruhi pandangan orang terhadap diri kita. 

Bagaimana anda ingin orang melihat anda, bergantung kepada cara anda menampilkan diri kepada mereka dan sebaik mana pun pandangan yang manusia beri kepada kita, ingatlah adakah pandangan mereka sama dengan pandangan Pencipta terhadap kita?.


Utamakanlah pandangan Allah, daripada pandangan manusia.




Utamakanlah pandangan Pencipta dalam setiap perkara kelak pasti kan bahagia.  :)



4 comments :

creamyfiodesi said...

tanggal wedges n lempang pakcik tu dgn wedges tersebut!

kurang ajar punya org. haha. akk lak yg geram. :D

zAhrauna said...

haah kan kak...!
tak sempat nk tanggal lah.. ^^
langsung tak teringat..~~ :D

lain kali saya akan aplikasikan method tersebut.. terima kasih~

hana szied said...

wahh.. macam mne ni kak..ade wedges la saya bwak dari Malaysia..nak pakai..tapi tak tawu la bile..

bile ad cter mcm ni , nmpk gye nye 2013 lah smbung pkai blek..:(

zAhrauna said...

ish2.. bdk kecik ni..
kalau nak pakai pergi mjls arab pun boleh! lg sesuai..^^ akk nk pakai utk raya~ hehe