13 February 2009

Pabila hati..

Pabila hatimu mengagumi,
Agungkanlah dengan alunan tasbih.



Pabila hatimu mensyukuri,
Zahirkanlah dengan ucapan hamdalah.




Pabila hatimu resah,
Semarakkanlah hatimu dengan takbir.



Moga beroleh ketenangan
dalam
menyelusuri hati yang sentiasa berbolak-balik





10 February 2009

Biarlah..

Jika mereka sibuk mencari cinta,

Biarlah kita sibuk mencari iman.

Jika mereka sibuk mencari pasangan,

Biarlah kita sibuk mencari keredhaanNYA,

Jika mereka menangis kecewa bercinta,


Biarlah kita menangis mengenang dosa semalam.

Jika mereka cintakan kemanusiaan,


Biarlah kita cintakan tuhan.

Jika mereka mendambakan kehidupan duniawi,


Biarlah kita dambakan ukhrawi....

carilah cinta yg hakiki hanya pada Tuhan yg Esa...

peringatan juga untuk diri ini yg
mencari keredhaan TUHANNYA.

Dunia & akhirat itu umpama isteri yg dimadu.
Apabila kau senang salah satu antara keduanya,
akan marahlah yg lainnya-
saidina ali karamallahu wajhah

im being tested~

Assalamualaikum.. Bismillah.. 


Malam ini sememangnya malam yang bersejarah bagiku. Sedang saya sibuk mengajar adik Bahasa Inggeris, YMku dibuzz oleh seseorang. 


"Salam..sape ni??" kata orang itu.


Tak perlulah saya bagi tahu siapa dia bukan.


Tetiba dia tulis dalam Bahasa Arab pula.


Okay, saya pun balas juga dalam B.A


Lama-kelamaan saya fadeup seorang diri. Tak faham dia nak cakap apa.


Akhirnya mulalah saya berbahasa ibunda. 


Rupanya dia baru sahaja habis tunaikan solat asar.

Dia di mesir katanya.



Saya tanya dia, "Mana dapat emel saya ni?''

"Iluvislam", jawabnya.


Owh, "ana skula kat sbp kat selangor" katanya.


"ana pom" jawabku (gediknya cara tulis dulu3)


"Kat ner??" tanya si dia. "Kisas" jawab saya.


"spm taun aper??" tanya dia lagi. "tahun lepas" jawab lagi saya.


"owh.. engatkan batch **.." balas si dia.

aikk..? seniorkah si dia itu. Bisik seorang diri.



Tetiba dia bertanya pasal Lower6 tahun lepas. "Kenal tak lower 6 tahun lepas???''
"Muslimat ada seorang, muslimin yang lain tak kenal"



Saya balas saya tak kenal sangat.


"nape?? dyorang tuh ad wat salah kew??"


Saya jawab lagi, kali ni cuba kongsikan pasal biah di KISAS.


"sbnanya kat kisas.. muslimin dan muslimat xknal sgt.. lebey2 agy senior"


"owh., nape cam2?? cgu ajar kew??"

adeyhhh.. nak jawab camne ni?

Mulanya ingatkan nak buat photo sharing dengan niat nak tunjukkan gambar 5 unique things in KISAS.



Dia kata dia guna henset, maka tak boleh hantar gambar.


aik?? tak ada pula gambar henset. Okay.. tak pe lah.


Saya cuba suggest padanya "tny rr dak2 kisas yang ada kat mesir..dyorang bley jwb soklan tuh dengan baek"

dia kata "bg kt emel jew la.."
seriously.. nak cakap pasal kisas..
tapi yang peliknya,,takkan kat mesir takde dak kisas??


i start to wonder..


tanyalah lagi..
"knal x akh nazrul aizad n akh hakimi..
dyorg g under amanah ry bhd..
mayb dyorg leh citerkn psl kisas dgn lebey baek.."


then,,,

rahsia terbungkar..

rupanya dia adalah dak k.i batch **,,


terkedu sebentar...


terus tanya..
"nih mesti nk test dak kisas kan??"
dan tulis lagi
"tahniah"


menanti direply kembali..


"yup" dia jawab...
"sje je nk test anti nih sokong badar kew penentang badar"


SUBHANALLAH..
terus tarik nafas dalam2..


rupanya,,
diriku sedang diuji..(test)


padahal tak kenal pun siapa dia..


seram sejuk dibuat


need somebody to talk to...


straight away telefon hawa..
luahkan segala..


patut ke saya share nih???


entahlah...xpe2..
kita jadikan pengajaran bersama ya..


biarlah apa orang nak kata pasal diri kita..asalkan kita tahu siapa kita..


biarlah hidup dimakan hina...asalkan mulia pada pandanganNya...


just be yourself k..


p/s: jgn dok layan sape2 yg xknal kt ym or kt mane2 pom..


...padan mukaku...


ada hikmah tuh...


wassalam...



07 February 2009

Idaman..

Lelaki idaman,

Sememangnya akan menjadi igauan,

Setiap gadis pasti berkeinginan,

Berjumpa dengan sebuah impian.

Namun duhai lelaki beriman,

Usah mencabar lemahnya iman,

Usah menduga sebuah perasaan,

Usah mencari sebuah percintaan.

Andai dikau lelaki beriman,

Pasti engkau tidak sedemikian,

Menjunamkan diri ke lembah kebinasaan,

Membiarkan diri dalam kemaksiatan.

Sedarilah duhai lelaki beriman,

Allah Maha Menerima taubatnya insan,

Sedarilah sebelum terlambat dipesan,

Engkaulah a'bid, khalifah, da'ie harapan.

Usah hancurkan sebuah impian,

Usah ranapkan biah yang mapan,

Namun genggamlah dengan kesabaran,

Disaluti sutera keimanan.

Mari, galaslah sebuah amanah berkekalan,

tunjukkan pada mereka yang tidak ketahuan,

Islam itu indah, suci, berkekalan.

Tunjukkan jua contoh tauladan,

Bagi contoh untuk pemuda buktikan,

Lelaki yang petah berpidato dihadapan,

Lelaki yang dididik dengan tarbyah harapan,

Bukanlah lelaki picisan murahan,

Namun mujahid Islam Bumi Waqafan.

Duhai Diri

Dahulunya diri senaif kapas,

Yang putih suci berhias,

Pada hematku semuanya bernas,

Walhal hakikatnya matlah kontras.


Tika usiaku makin menginjak,

Hatiku mula melonjak-lonjak,

Dapatkah aku harungi onak,

yang teramat kejam merobek mengoyak.


Kini aku dalam usia,

Tidak pernah aku sangka,

Allah Maha Segala Kurnia,

Syukurku harap tidak pernah lepa.


Duhai hatiku yang gelisah,

Tenangkanlah dengan barokah,

Citamu kini teranglah sudah,

Bekerja beribadah bukannya payah.


Hati-hati duhai gadis,

Cinta itu hanyalah setitis,

Andai hilang usahlah tangis,

Kerna cintaNYA selautan manis.


Peganglah pada prinsip hidupmu,

Redha Allah pada bapa dan ibu,

Janganlah kamu membuang waktu,

Pada sesuatu yang tidak tentu.


Hanya hati yang bisa mengerti,

Tiba-tiba jejaka hadir menghiasi,

Jendela hati dikuak menanti,

Siapakah yang bakal tampil berdiri.


Benarkah ini suatu yang pasti,

Ataupun hanya sebuah fantasi,

Illusi bertatahkan mimpi,

Ataupun hati yang diselimuti nafsi.


Oh Allah Yang Maha Kuasa,

Tidak hamba berdaya menolak cinta,

Yang hadir dikala alpa,

Bak suria pancar dikala senja.


Aku masih ada amanah,

Janji janganku pernah lelah,

Culas, lalai mahupun lemah,

Akanku genggam meskipun betah.

Buat jejaka kekanda,
Jangan pernah hiraukan adinda,

Jangan hanya bermain cinta,

Namun bantulah dia kenaliNYA.


Sesunggguhnya itu duhai remaja,

Harta paling berharga,

Cinta paling berbisa,

Qunut Nazilah

salam to all..
bismillahirrahmanirrahim..
today..i wud luv to share wat ive heard in ikim last time.. the kuliyyah was regarding the attack of zionis laknatullah alaihim towards our brothers palestinian..its more on how n wat can we do to help our brothers beside boycotting da products..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




plus, we can recite doa' qunut in every solat fardhu..





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




its something new for me..im not aware of that before..

how???

its easy...
we can recite da doa when we reach da last rakaat..
i repeat..last rakaat..

after we've done ruku'..

we'll iktidal..

before sujud..we recite qunut nazilah first...
if solat subhi..we'll recite
original qunut+qunut nazilah


then, we'll sujud..


see??
hmm..to all bros n sis..this is what at least we can do..
i hope insya allah..we'll given strength to practice this always..
luv to share wif y'all..
tanx for viewing...

06 February 2009

Tingkatan Hidayah




wahai sahabatku, hidayah dri Allah ni ada tahap-tahapnya. Ia x dtng sekaligus.

>>tahap pertama, pintu hidayah mula terkuak. timbul kesedaran dalam diri utk membuat perubahan, tapi masih belum nampak dgn jelas jalan yg harus ditempuh. >>Next tahap, jalan yg hendak disusuri sudah nampak di depan mata. >>tahap yg seterusnya, segala rintangan & cabaran mula muncul satu persatu. >>next, jalan2 utk mengatasi rintangan pun muncul satu persatu. dan seterusnya..

conclusionnya, dari satu tahap ke satu tahap, hidayah sentiasa mengalir. cuma sedikit atau banyak, dapat dimanfaatkan atau tidak.. dpt mengubah akhlak & peribadi atau hanya mengubah luaran diri shj.. thus, selepas beroleh hidayah, langkah seterusnya perlu diatur oleh diri kita. simpang siur utk memelihara hidayah itu perlu disusur. di sinilah proses 'hijrah' iaitu berpindah dari tahap kehidupan sblm menerima hidayah ke satu tahap yg lebih baik berpandukan taufik n hidayah dari Allah :D

Bayangan kelak

BAYANGAN YANG MENAKUTKAN KETIKA HARI KEBANGKITAN

a.semua manusia waktu itu dkumpulkn btlanjang dan tanpa alas kaki

b.bumi n slruh isinya mnjd saksi atas ap yg tlah dlakukan oleh hamba

c.tempat dimana org yg hanya mengingati diriny sendiri

d.seluruh anggota badan juga mnjd saksi atas klakuan kita.

e.kegelapan dalam neraka yang teramat

f.terdengar jeritan n tangisan ahli neraka

g.saiz badan ahli neraka yang amat besar.

mari la meningkatkan amal dan berdua' spy djauhkn dr murka allah dan azb api nerakaNya.

Soklan-soklan Feymes

soklan2 feymes...
moh jawab..

1) apakah yg prkr/bnd plg dekat ngn kita?
2) apakah yg prkr/bnd plg jauh ngn kita?
3) apakah yg prkr/bnd plg besar ngn kita?
4) apakah yg prkr/bnd plg berat di dunya?
5) apakah yg prkr/bnd plg ringan di dunya?
6) apakah yg prkr/bnd plg tajam?

nk jawapan??

1)MATI-org plg cerdik akan ingat pdny
2)MASA yg berlalu-klo da ilang xdpek den mbanto
3)NAFSU-besar sungguh..
4)AMANAH-fuuhhh...berat2...
5)mngglkan SOLAT-sgt SENANG..
6)LIDAH insan-bkn ldh heiwan.. dyorg kn x leh ckp..

sekadar renungan..mari fikirkan..

Ibu Bapa yang Beruntung

Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa yang membaca Alquran dan
beramal dgn apa yang trkandung didlmny,
kedua ibu bapanya akan dpakaikan dgn
mahkota pd hari kiamat yg sinarny akan
melebihi drpd chy matahari dan jika
matahari itu berada di dlm rumah2 kamu
di dunia ini.
Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang
yang dirinya sendiri mengamalkan
dengannya."
(H.R Ahmad dan Abu Hakim)
jadi,,mari bc quran n beramal dngnnya..

Anjing pon taw dy haram..








LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.. ^_*


LEMBU : eh? kenapa? Shocked*

ANJING: aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit.
Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi
anjing, pergi jauh-jauh, najis!". ^_*

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu. ^_^

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa? ^_*

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak. ^_^

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la...
manusia kena ubah pepatah "Pandai macam

LEMBU" ^_^
p/s: jgn marah..(sekadar renungan b'sma)

Ohh Hulwa..


Cabaran pertama arini,,,,,,

Inilah hulwa adekku yg last berumo 4 tahun yg amat comel dan manja sgt2...
eala
...anak last.....
amat bisa menguji kesabaran..
yup..umi gak yg bley handle..
tp umi da g skula..n its up 2 me handling this gurl of mine

Arini dy x nk g skula lg la plak...lagi...
camne la ak nk wat nih...kn ok dy g tadika dr dok umah...
cantek perr baju skula dy...

owh~
...nur hulwa sakinah bt mohamad tawpik...




15 Perkara

Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yg diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akn turun ke atas mrk iaitu:

-Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu shj.


-Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.


-Zakat dijdikan hutang (tidak bayar zakat).


-Suami taat pd isteri.


-Anak mendurhakai ibunya.


-(sedangkan ia) berbaik-baik dgn temannya.


-(dan) menjauhkan diri dri bapanya.


-Suara-suara ditinggikan di dalam masjid.


-Orang yang paling hina di kalangan 1 kaum menjadi ketua kaum itu.


-Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.


-Arak diminum di merata-rata tempat.


-Kaum lelaki rmi yang memakai sutera (pakaian perempuan).


-Artis-artis disanjung tinggi n dipuja.


-Banyak jenis muzik dimainkan.


-Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu.

Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi o mereka ditukar mjadi makhluk lain"

Terbalik sungguh..

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.
Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah.
Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Extra
11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??......

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.
' (Riwayat Bukhari)