14 October 2009

Terubat jua hati ini

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah lama rasanya tidak mencoretkan sesuatu. Banyak juga yang mahu diceritakan. Minggu ini merupakan minggu yang terlalu banyak perkara berlaku pada diri dan insan di sekelilingku. Rancangan kononnya mahu ke Bumi Waqafan sememangnya bukan sekarang waktunya. Mungkin di lain waktu. Masih ada banyak perkara yang lain menanti.

Di mana harusku mula ya.

Oh, tanggal 10/9/2009, dua ikatan suci telah dimeterai di Pekan. Hari itu menyaksikan perkahwinan pensyarah kesayangan pelajar-pelajar KIBA, Ustazah Ainaa Mardhiah dan Ustaz Fikri serta majlis pertunangan Kak Hidayah, kakak kepada Ustazah Ainaa selamat dilangsungkan di KempVille Beach Resort. Seronok sungguh dapat berjumpa kembali semua kawan-kawan Urdun yang turut hadir pada hari itu. Majlis itu sangat ringkas dan eksklusif pada pendapat saya. Bayangkan hanya 400 tetamu yang dijemput hadir dan kami telah dijemput sama. Baiklah, biarlah gambar-gambar ini menceritakan pula yang seterusnya.

kak hidayah bersama tunang dan ibu mertua

ustazah aina dan suami


ustazah bushra dan amna

kami jadi tukang beri bunga telur~

pengantin sampai

hazirah dan sarah paling banyak bagi bubga telur~ huhu muka penat
kanak-kanak kiba


Tetamu mulai bersurai dan kami semua pulang pada pukul 3 petang. Mulanya saya mahu ke AsPeS sementara menunggu ayah. Tapi akhirnya saya ikut juga Ustazah Bushra dan Amna ke bandar bersama-sama Balqis, Najwa dan Nora. Katanya, mereka mahu ke Mega Mall dan kebetulan ummi bal mahu ke sana. Alang-alang mahu ke sana, saya ikut juga mereka. Dah lama juga tak bersua dan berkongsi cerita dengan Ustazah Bushra.


Berangkatlah kami mengikut ustazah berjalan-jalan. Suka untuk saya nyatakan, Ustazah Bushra adalah seorang pensyarah yang sangat sporting dalam hidup kami. Tak pernah kami dilayan seperti orang lain melainkan sebagai seorang kawan. Baiklah, kembali pada cerita hari itu, ustazah mahu mencari laptop baru katanya. Kebetulan bal dan ummi nya mahu beli sama. Singgahlah ke Computer World sebagai destinasi pertama. Acer 4736G menjadi sasaran. Sudah puas membelek-belek, kami ke kedai komputer yang bersetentangan dengan Maybank. Apa entah namanya. Kedai itulah tempat DellPink dibeli. Terima kasih ayah!. Masih tidak jumpa juga. Apalagi, kami ke deretan kedai di belakang Mega Mall pula. Kebetulan pula Pc Fair sedang berlangsung hari itu. Ramai sungguh manusia membanjiri ekspo tersebut. Sebelum memulakan pencarian laptop seterusnya, kami minum sebentar di café. Ustazah sangat bermurah hati membayarkan minuman kami. Hilang juga rasa dahaga dengan air laici yang agak masam. Habis minuman diteguk, kami teruskan berjalan dan berjumpa dengan bal dan umi ayahnya. Maka, ustazah dengan semangatnya menjadi tour guide laptop buat bal sekeluarga habis semua kedai diterokai dengan penuh kesungguhan semata-mata mencari sebuah laptop yang benar-benar sesuai. Akhirnya, sebuah laptop Acer diperolehi dengan harga yang berpatutan dan percuma sebuah printer dan dakwatnya sekali. Untungnya bal.


Sungguh, tak sabar rasanya mahu ke rumah dan mengahadap laptop dan memeriksa seluruh isi kandungannya. Almaklumlah, baru belajar tentang selok-belok sebuah laptop daripada ustazah Bushra. Nak sangat tahu, dan rupanya Dell kesayanganku ini, menggunakan system Windows Vista Home Basic, model Inspiron IP1440, processor Pentium® Dual Core, memori 4.00Gb, dengan kelajuan 2.1 GHz. Oh betapa jahilnya diriku sebelum ini. Teknologi sangat cepat berubah dan kini wujud processor baru yang dicipta khas untuk laptop. Walhal, baru sangat rasanya ayah belikan laptop ini. Apa-apa pun Alhamdulillah atas segalanya. Walaupun agak letih hari itu, tapi sangat berpuas hati dapat berjumpa dengan mereka. Hari esok hari yang lain pula.

bersambung

08 October 2009

perhentian i~

salam..
22 nama sudah naik di Kedutaan Malaysia di sana.
Nama-nama tersebut akan dihantar pula kepada KPT di Malaysia.
Kami harus menunggu lagi.
Moga-moga kami semua terpilih.

ameen~

07 October 2009

what is the real purpose~

 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah
assalamua'laikum





It had been several times actually I've been asked by my loved one, what is actually the purpose of blogging, facebooking, or friendstering in the Internet. Isn't it was like showing off yourself, your privacy to the public?. What is the value of sharing everything that you shouldn't have shared to the world?. Does it necessary for you to put your face everywhere in the site that can't be trusted?. When you were chatting or whatever the things that you have done in those site, have you ever thought what people will think about you?. Their perception about your personality. Beside that, you are just wasting your time.

There are no secrets in your life anymore!

Everybody knew about your sacred life!

so.

What the price that you will get from it?

***

I'M SPEECHLESS

I'M CLUELESS

because I think I am quite guilty

***

For me, all those networking site that I've joined was only making sure myself updated about all my friends. What currently they are doing. More to keep in touch with everybody. So that if anything happens it is easy to call everybody. Am i right?

As for blogging, I think I would try my best posting new post that will benefit others. Eventhough sometimes the privacy about myself would be known by others.

***

I think Internet is a very wide site that everybody can know about everything and anything that they want to know about. Those everybody can also know about anybody that they would like to know. Maybe for a good cause or maybe for not.

Advices for myself and for you my readers,
becareful choosing the story that you are going to write, the picture that you are going to share and the information that you are going to tell.

Lastly for this post, I'm sorry for everything. Maybe you will agree with this post or maybe you will get mad and totally disagree. Its only pieces of thoughts that I've collected. Maybe you guys got ideas on how to answer back those questions?. Please kindly share your opinion with me. We can exchange the thoughts together and insya Allah we'll get benefit from it.

it's all up2u



Until then,
akane tendo