01 June 2011

Mereka boleh, Kita pun boleh!


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


"يلا بنات ، سأذهب الآن . أريد أن أبكي في الدار "
Kata saya sebelum berpisah dengan Saidah dan Fatihah. 




"لا تبكي يا حسنى ، سأقتلك إذا تبكين!"
Fatihah dan Saidah sama-sama beri amaran supaya saya jangan menangis.




Ayat فإذا عزمت فتوكل على الله berulang-ulang kali disebut dalam kotak fikiran. Saya cuba pujuk diri lagi, tak mengapa masih berbaki 3 madah lagi. Insya allah, boleh strive yang lain. Nampak sangat saya masih tak dapat lagi menerima hakikat yang soalan Terjemah tadi tak dapat saya jawab dengan bersungguh-sungguh. Menyesal, sedih, geram dan menyampah dengan diri sendiri sebab tak dapat buat yang terbaik semua bergaul dalam satu masa. 


Balik-balik rumah terus buka laptop, klik sana-sini dan bagaikan teguran daripada Allah, satu video dikongsi oleh seorang senior di Jepun. Video yang menegur diri saya sebagai seorang insan.





Saya sangat terkesan..
Diri masih kurang tarbyah. Sangat mudah rasa putus asa. Padahal para sahabat dahulu tak pernah wujud perkataan PUTUS ASA tersebut dalam kamus hidup mereka. 


Asalkan mereka tahu, mereka Yakin dengan janji-janji Allah. 
Sebanyak mana rintangan yang harus ditempuhi, diredah jua segalanya.


***


Inikan tidak, saya cepat sangat mengalah. Patah semangat. Putus asa. Oh! Saya kena kuat!.


Teruskan melakar senyuman, sambil mara kehadapan. Janji Allah itu satu kepastian.


Memasak itu adalah satu terapi. Resepi hari ini,Tajine Kefta bil Baidh. 



1 comments :

~M-i-M~ said...

husna...kuatkan semngat...
smoga anti tergolong dlm mrk yg bersabar...

nk jgk mkn...trus lapar tgk hidangan tu...haha