09 June 2011

Lagi-lagi hak anak itu dinafikan


 Bismillahi as-salaatu was-salaamu a'la Rasoolillah


Lagi-lagi hak anak itu dinafikan. 
Kasihan. Kali ini dibuang, dicampak dari tingkat yang tinggi. Lalu jatuh terhempas di jalanan, terburai isi otak anak itu. Kelak di akhirat, anak itu akan menuntut kepadamu. 
Lagi-lagi hak anak itu dinafikan.

 Ingatlah gambaran Allah tentang Hari Kiamat dalam Surah At-Takweer. 




وإذا الموءدة سئلت * بأي ذنب قتلت 
[8]Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -
[9]Dengan dosa apakah ia dibunuh?

Kezaliman apakah yang telah kau lakukan. Dirimu tidak ubah seperti orang Jahiliyah yang membunuh anak perempuannya selepas sahaja dilahirkan di dunia. Kerana ibunya malu mendapatkan seorang anak perempuan.




 Kau malu mendapat anak itu bukan? Lalu kau bunuh anak itu! 
Hinanya dirimu tak ubah seperti Jahiliyah.


Lagi-lagi hak anak itu dinafikan. 
Cukuplah dosa berzina yang kau lakukan, jangan dibunuh anak yang dikandungmu itu. Jangan ditambah pula gelaran Pembunuh di dahimu selepas Penzina. Jangan. 


Lagi-lagi hak anak itu dinafikan. 
Negara tanah tumpah darahku yang disanjung tinggi oleh penduduk bumi gerbang Andalus, semakin rosak akhlak remajanya. Cukup malu untuk mengiyakan pujian daripada mereka. Negaraku punya agama yang kukuh. 

Kembalilah wahai saudaraku kepada Allah. Tanamkan rasa gerun, takut, cemas akan seksa dan ancamannya. Jangan didekati punca zina. Ingatlah kalamNya,

   وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً  [الإسراء:32].
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Jangan dimulakan sesuatu yang akan membawa dirimu kepada sebuah penyesalan kelak. 

Bertaubatlah, Allah itu Maha Pengampun, Maha Menerima Taubat. 

Sedang Saidina Umar R.A sahabat nabi turut mengaku di hadapan  رسول الله  bahawa dia pernah membunuh anak perempuannya pada zaman Jahiliyah. Dibunuh anak itu dengan mengorek sebuah lubang, lantas diletakkan anaknya didalam lubang tersebut lalu dihentakkan kepala anak itu dengan batu besar sehingga pecah tengkoraknya dan ditanam hidup-hidup.

Bertanya Umar kepada   رسول الله  , adakah dosaku diampunkan?
Jawab    رسول الله  bersabda, “perkara-perkara yang telah dilakukan oleh mereka di zaman jahiliah telah dihapuskan oleh Allah swt dengan masuknya mereka ke dalam Islam. Sekarang mulakan amalan-amalan yang lain” ( sunnah Daarini,jilid 1. ms 3)  


Kembalilah kepada Pencipta kita.  Dialah Pencipta yang menciptakan kita bersama hati yang menyimpan sejuta satu rasa cinta kepada dunia. Dia Maha Segalanya. 

Mari bercinta dengan Pencipta. :)

No comments: