17 February 2012

Define "maturity"

Bismillahi as-solatu was salamu a'la Rasoulillah

Sewaktu saya sedang berjalan-jalan di Turki dengan Minyoung un-ni. Kami tersempak dengan lelaki Turki, pakcik Yusef namanya. Masing-masing perkenalkan diri. Minyoung un-ni berasal dari Korea dan berusia 32 tahun. Tiba giliran saya perkenalkan diri, seorang pelajar Malaysia berumur 20 tahun, Minyoung un-ni dan pakcik Yusef dengan muka terkejut dan tak percaya memandang saya. Mereka sangka saya seorang remaja comel berusia 16 tahun yang berjalan sendiri di negara asing. ( _ _ ;)

Sejak dari kecil saya dikurniakan suara yang agak "halus". Suara yang dikeluarkan bukan dari bahagian perut. Sangat sesuai dicasting menjadi salah satu watak terbaru dalam Upin-Ipin mahupun Boboiboy. Bila saya tanya, "Is it because of my voice you're saying I'm sixteen?".  Mereka jawab, "No, you look like one". Perasan saya sebentar tersipu-sipu malu.


***

"Agak-agak saya anak ke berapa dalam keluarga?" soalan popular yang suka saya duga pada mereka yang masih baru mengenali saya. Kenapa saya suka menduga? Sebab saya tahu semua jawapannya sama. Hampir 8/10 di antara mereka menjawab saya anak bongsu. Sigh. Sungguh tidak matang agaknya perilaku yang saya tonjolkan sehinggakan ramai menyangka saya anak terakhir.  

***

Selalu saya tercari-cari erti kematangan.

Lantas bagaimana kematangan itu diukur?.

Adakah melalui penulisannya di sesawang cyber?

Adakah melalui percakapannya sesama manusia? 

Atau adakah melalui kebijaksanaan mengawal kemarahannya? 

Adakah juga ditafsirkan melalui cara dia mengatasi masalahnya? 

Adakah terserlah melalui cara seseorang itu berkomunikasi?

Apakah kematangan berkait rapat dengan keegoan?

Penghormatan manusia itu berkait rapat dengan kematangan dalam membuat keputusan bukan?

Lalu bagaimana caranya untuk mengetahui sama ada kita sudah matang ataupun tidak? 

Adakah dengan meningkatnya umur manusia, meningkat jua tahap kematangannya?

Kadang-kadang saya kurang mengerti. Bukan sekali dua saya cuba memahami. Tapi selamanya saya akan terus mencari. Apakah sebenarnya erti kematangan diri.

Kadang-kadang saya tergelak sendiri. Kelakar, terasa lucu melihat perangai manusia yang masih kebudak-budakan tetapi berselindung di sebalik "kematangan" .


muka pra-matang (?)

grades don't measure intelligence, 

and age doesn't define maturity.

True enough kan? =)


Selalunya tak ramai cakna apabila saya bersuara. Sekurang-kurangnya masih ada yang dapat membaca suara hati saya di sini. Usahlah dicekik kebebasan orang untuk bersuara meluahkan pendapat. 

Belajarlah untuk mengalah, bukan semua orang bersetuju dengan pendapat kita. Bukan semua juga sebulu dengan fikrah kita. Itulah rahmat. Rahmat ikhtilaf bukan untuk kita berpecah. Tetapi bersatu dalam menyelesaikan masalah.   

Maafkan saya andai pernah terguris perasaan sesiapa dengan tulisan ini. Nyatalah adik ini masih belum sampai tahap kematangannya lagi.

3 comments :

Sha-na.Szied said...

tak aci!! amek gmbar berempat jek :(
ermm.. ermm.. nt amek gmbar kat fes ber4 ehh ehehe!!
:p

awak.. bg saya MATANG... maksudnya SIKAP.. sikap yg menunjukkan kita matangg,..!! tu jekk :)

una, kalau kita jumpe same kita,.. kita macam budak2 kecik kan.. tp bile kita ngan orang.. sikap kita,.. kene matang!! tu jek.. ;)

A.N. the ChosenNur said...

em...matang e2 sbnrnya bagaimana?

sy suka tajuk ne.
sbb diri pn sdang m'cari erti kmatangan jg.
mgkn shj matang itu dilihat pd pnampilan, cara dia berpakaian..atau jg cra dia b'komunikasi..

tapi, saya lg suka melihat seseorang e2 matang dr segi akhlaknya dan t'jaganya hbgnnya dgn Allah, manusia dan jg alam.

mdh2an sy bole mjadi hambanya yg matang dr segi e2. (^_^)

zAhrauna said...

Sha.Na.Szied > barakallah fik! memang kita tak boleh elak jadi kebudak-budakkan klu sesama kita kan..

matang pada tempatnya.. nice!

A.N. the ChosenNur > ameeen.. mudahan saya juga boleh matang dr segi itu juga.. akhlak dan terjaganya hubungan kpd Allah.. nnt terjaga juga hubungan dgn manusia kan.. ^^