Bismillahi as solatu was salamu 3ala Rasoulillah
Post ini telah ditulis khas buat ahli PMMM a.k.a mahasiswa Maghribi. Tapi saya yakin sahabat sekalian boleh relate sedikit sebanyak simptomnya pada diri masing-masing.
Ini jihad kita melawan nafsu, sedikit demi sedikit moga terus istiqamah.. Selamat Mujahadah!
Post ini telah ditulis khas buat ahli PMMM a.k.a mahasiswa Maghribi. Tapi saya yakin sahabat sekalian boleh relate sedikit sebanyak simptomnya pada diri masing-masing.
Ini jihad kita melawan nafsu, sedikit demi sedikit moga terus istiqamah.. Selamat Mujahadah!
Internet Addiction Disorder
Adakah anda salah seorang daripada pesakit penyakit di atas?
Mari kita jalankan soal selidik seperti di bawah.
Pilih Ya atau Tidak bagi setiap soalan.
- Adakah anda terlalu asyik menggunakan Internet? (sehinggakan sering menanti sambil terbayang nikmatnya waktu online seterusnya )
- Adakah anda merasa keperluan untuk menggunakan Internet bertambah semata-mata untuk memenuhi kepuasan hati?
- Adakah anda sering gagal dalam setiap kali cubaan menghentikan, mengurangkan dan mengawal penggunaan ?
- Adakah anda menjadi resah, penat, tidak keruan, tertekan, dan gelisah setiap kali anda cuba mengawal atau menghentikan penggunaan Internet?
- Adakah anda online melebihi waktu yang anda inginkan pada awalnya?
- Pernahkah anda gagal dalam sesuatu perkara seperti dalam melaksanakan kerja, belajar dan melepaskan peluang yang lain disebabkan penggunaan Internet yang berlebihan?
- Pernahkah anda mengelak dan memberi alasan kepada ahli keluarga anda mahupun teman semata-mata untuk memenuhi kepuasan menggunakan Internet?
- Adakah anda menggunakan Internet untuk lari daripada masalah, melepaskan tekanan, dan menenangkan diri anda mood yang tidak stabil?
Jikalau jawapan YA yang anda berikan melebihi 4 kali,
malangnya anda telah dijangkiti penyakit IAD atau Internet Addiction Disorder yang melampau.
Simptom berikut pula merupakan Gangguan Ketagihan Internet yang telah ditunjukkan oleh
mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Maghribi.
- Simptom 1 : Menghabiskan sebahagian besar masa menghadap laptop daripada menghadap kitab.
- Simptom2: Mengupdate drama bersiri dan movie-movie terkini Melayu, English, Korea, Jepun mahupun Thailand dan Hindustan.
- Simptom 3 : Berpisah daripada laptop mahupun tidak dapat online ketika bermusafir ke wilayah lain merupakan taboo untuk mereka.
- Simptom 4 : Waktu beramah mesra dengan ahli rumah dihadkan kepada waktu ketika line Internet terputus atau lambat, waktu makan, dan waktu solat berjemaah serta usrah sahaja(jikalau aktiviti tersebut masih dijalankan bersama).
- Simptom 5 : Ketibaan tetamu di rumah tidak disedari dan tidak terlayan kerana asyik menghadap laptop sambil telinga dipasang headphone yang melekap.
- Simptom 6 : Pencarian maklumat untuk menyiapkan urudh (assignment) dan kerja rumah yang diberikan pensyarah lebih tertumpu kepada penggunaan Internet (COPY-PASTE) berbanding penggunaan perpustakan.
- Simptom 7 : Kebolehan menaip menggunakan keyboard laptop menjadi lebih laju,pantas dan efisyen dekkerapnya menaip perbualan chat di Yahoo Messenger, MSN dan lain-lain.
- Simptom 8 : Pergaulan dengan masyarakat sekeliling dan kawan-kawan Arab sekuliah dihadkan mahupun dihapuskan secara total untuk lebih memberi ruang kepada masa beronline.
- Simptom 9 : Kebolehan menulis dan membaca teks Bahasa Arab masih lemah kerana masa lebih diluangkan dengan pembacaan blog, cerpen, novel bersiri mahupun fiksyen dalam Bahasa Malaysia dan English dan aktiviti beronline yang lain.
- Simptom 10 : Mengantuk dan tidak fokus di dewan kuliah kerana berjaga malam untuk menonton cerita, berbual di YM, bermain game, dan lain-lain perkara yang tidak bermanfaat untuk mereka.
- Simptom 11 : Rumah ahli persatuan PMMM tidak ubah seperti sebuah Cyber Cafe yang besar dilengkapi ruang tamu, bilik tidur, tandas dan dapur
Anda tersengih bersendirian?
Siapa makan oren mesti dia terasa masam manisnya bukan?
Siapa makan oren mesti dia terasa masam manisnya bukan?
Elakkan diri anda daripada menyesal di kemudian hari. Bendunglah penyakit ini dengan bersungguh-sungguh. Setiap saat dan minit yang berlalu merupakan sejarah yang telah kita cipta. Selangkah kehadapan tidak akan sama dengan selangkah ke belakang, kerana kedua-duanya merupakan sejarah yang berbeza.
Sepanjang keberadaan kita di bumi Maghribi ini menuntut ilmu, ciptakanlah sejarah manis melalui pengalaman yang berharga yang dapat anda perolehi di sini. Setiap usaha kita dan titik peluh dalam mengejar ilmu itu saksinya adalah satu. Dialah yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Dia jugalah yang akan menghitung setiap amal yang kita lakukan di dunia ini.
Sepanjang keberadaan kita di bumi Maghribi ini menuntut ilmu, ciptakanlah sejarah manis melalui pengalaman yang berharga yang dapat anda perolehi di sini. Setiap usaha kita dan titik peluh dalam mengejar ilmu itu saksinya adalah satu. Dialah yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Dia jugalah yang akan menghitung setiap amal yang kita lakukan di dunia ini.
~وقل رب زدني علما~
No comments:
Post a Comment