Monolog dua hati bercerita tentang umat Islam
Ya
Allah, nikmatnya hidup kami,
Dapat
belajar dengan senang,
Kami
dapat makan sehingga kenyang,
Kami
beribadah dengan tenang.
Kami
bermain sampai menang,
Kami
ibarat minyak penuh yang ditatang,
Adakah ini
melekakan kami sehingga mereka tidak dipandang ?
Syria, Mesir,
Palestin, Rohingya?
Siapa mereka?
Kulit kita
pasti berlainan warna,
Apatah
lagi tutur bahasa,
Sudah
pasti sangat berbeza,
Jadi, hal
ehwal mereka, mengapa perlu kita cakna ?
Mungkin
engkau sudah lupa,
Warna darah
mereka dan kita warnanya merah saga,
Syahadah kita
sama,
Bersaksi Allah yang Esa dan PesuruhNya
Muhammad yang Mulia,
Bukankah itu
cukup membuktikan kita bersaudara?
Mungkin
kerana aku anak Malaysia..
Sudah
terbiasa hidup selesa.
Hidup kita
kan aman dan bahagia..
Tiada masa
untuk berduka cita,
Dan Ya, aku
amat berbangga,
Punya negara
yang maju dan kaya.
Bersyukurlah,
kita masih dapat hidup aman sentosa,
Sedang mereka
di sana terseksa menderita,
Namun,
mengapa masih engkau berpura pura buta?
Mengapa
masih seakan tuli semua telinga?
Mengapa
masih engkau tidak bersuara?
Siapa kata
kita tidak menderita ?
Derita kita
tidak untung niaga,
Derita kita
anak tidak lulus periksa,
Derita kita
anak anak asyik bercinta,
Bayi bayi
dibuang merata,
Derita kita
kan tidak pernah cukup dengan apa yang ada.
Aduh, aneh
sungguh derita kalian?
Bukankah ini
namanya ujian?
Ujian mereka
terpaksa hidup bergelendangan,
Tanah mereka
dirampas tidak dipedulikan,
Serak tangis
mereka tidak kedengaran,
Selalu mereka
tidur dalam kelaparan,
Mereka
dibunuh oleh manusia bertopengkan syaitan,
Namun, mereka
tetap percaya pada janji Sang Tuhan.
Janji apa
pula yang engkau maksudkan?
Dimana pula
kedudukan kita di sisi tuhan?
Mereka
dianugerah syahid sebagai kematian.
Sudah pasti
syurga menjadi habuan.
Lalu, apa
yang perlu kita lakukan?
Kita sangat
kaya bukan?
Nah berjihadlah
dengan harta – jadilah kalian orang dermawan,
Harta jikalau
disimpan simpan pasti akan kehabisan
Namun, jika
disumbangkan pada jalan Tuhan,
Pahalanya
hingga ke syurga berterusan.
Ya, dan kita masih
mampu bersuara,
Kita juga
boleh sebarkan berita,
Biar nasib
mereka lebih terbela,
Biar ada
skema untuk kita menjawab soalan di Hari
Penyaksian,
Tatkala
diajukan soalan di hadapan Tuhan,
Apakah kepada
mereka engkau telah beri bantuan?Kami telah cuba wahai Tuhan,
Kami ada beri
bantuan.
Terimalah
kemaafan kami tidak menghantar kereta kebal yang kami gunakan pada Hari
Kemerdekaan
Maafkan kami
hanya mampu menjadi penonton di saat basahnya bumi kalian,
Dibanjiri
darah anak2mu, isteri2mu, tumpah titisan demi titisan.
Kami tidak
mampu berperang bersama kalian,
Namun,
terimalah nyawa kami, doa kami,
Moga menjadi
sumber sokongan kekuatan,
Dan sudlilah
kiranya roh2 kami bersemadi bersama kalian
binttawfiq, Sg Isap Damai, 2013-Nov-9