29 December 2013

Ewww?







Setiap kali tengok Master Chef pasti ada sebuah iklan Kicap A*C. Iklan yang menunjukkan seorang Nenek bersungguh sungguh memasak Ayam Masak Kicap ala Kampung.

Akan tetapi, cucu lelakinya merungut sambil bercakap pelat kepada maknya "Alaah,nak ayam kicap ibu".

Cucu perempuannya tidak bersuara tapi dilemparkan riak muka "eww.. apa tu?!"

Apa nilai disebalik iklan ni?

1) Anak-anak tak diajar menghormati orang yang lebih tua.
2) Anak-anak tak diajar beradab dalam percakapan.
3) Anak-anak dimanjakan dengan pembaziran. Dah ayam yang Nenek masak tadi siapa nak makan??

We always look forward for the result, while we never appreciate the effort. Bitter truth.

Mari ikut etika sunnah kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w "Diam walaupun tak suka makanan tersebut" 

0 comments :