27 April 2009

ustazah husna...~

salam semua~
berdebar-debar nih..
jadi tutor sementara tadi..
baru je balik pukul 11 tadi..

petang tadi, umi balik dari sekolah terus cakap..
"akak, ustaz fakhzan suruh akak ajar malam ni"
"apa??, nak ajar apa umi??"
"marilah sini.." buku hijau dikeluarkan..
"dia suruh buat yang nih"..
"ooh.."
bajek sungguh mula-mula.. ingatkan yang senang-senang, seerti berlawan ke,
sekali soalan 7-19, qawaid+nahu..!!
sahih al-khoto' dan i'rab..~~
wahhh..
kena study dulu,..
macam last minute preparation utk test lak..
habis diconteng buku ustaz..
maaf ea ustaz..

bertolak lepas solat i'syak..
sampai2 sekolah, umi jalan kat depan..
umi tunjuk muka kat kelas 5IK atau ibnu khaldun..
"cikgu~"
"eh..sape nih cgu??"
sampai2 je xpasal2 tunjuk peace*..
xpandang mata sesiapa pun..
segan habis..
macam budak baru..
'freshie' gituh..
memang malu-malu..
budak laki kelas tu ada 5 orang je..

jemputlah duduk kat meja belakang..
keliling meja adik2 duduk..
mula-mula baca doa'..
pkt bacakan..
sesi taaruf jap..
kenalkan nama sendiri dan sekolah..
sebenarnya dah siap bawa senarai nama budak2 tuh..
panggil nama dan tengok tuannya..
xingat semua..
tapi budak2 tuh memang comel~

yang agak sengalnya adalah..
konon-konon..
nak tangkap gambar, excited dah ni bawa keluar kamera..
budak2 tu pun dah siap posing..
onn kan je kamera..
xhidup???
rupanya bateri xde!!!
malunya lah..~
o_O

tapi pindah pula ke depan..
senang nak menulis..

mulalah pembelajaran..
rupanya macam buat pembentangan kat kelas~
dah xberdebar sangat..
selitkanlah cerita-cerita lepas spm..

tetiba terpacul cakap..
"tahu x mlm nih ada boys over flower???"
"tapi xpe, akak dah tengok semua"
"ooohhh"
dan xpasal2..
tulis kat whiteboard..
~hana yori dango~
~meteor garden~
~boys over flower~
"tapi lepas spm je taw tengok cerita nih.."
siap buat penjelasan terperinci lagi..
asal cerita manga..
versi jepun, taiwan, dan korea~
semestinya hana yori dango lagi best..
walaupun xsehensem bof..

xpasal2..

tapi seronok..

"ok!!.. sambung balik tadi~"

entah mengarut apa entah..
orang xpandai buat lawak..
cerita aje lah..

tapi..

tak lupa bagi sikit tazkirah dan kata-kata semangat..

takut gak buat salah..
berapa banyak buku dibelek..
habis semua diselongkar..
siap bawa kamus lagi..
semangat kan..
takut bagi ajaran sesat..
yang tak dapat dijawab minta kiv..

pukul 11, umi datang..
bawa batteri!!
tangkaplah beberapa gambar~
maka..
kelas pun tamat..
minta maaf atas segalanya..
adik2 tu..
dah la comel.. sopan santun sungguh~
salam+cium tangan..
dah kata xpayah..
tapi cium jugak tangan..

teringat dulu-dulu~

antara gambar-gambar mereka..

sudut bahasa arab..~

bebudak baik+comel ~

5 jejaka~

peace*

ustazah husna???

peace to the world~

dalam kereta, umi cakap ada 2 kali lagi kelas..
tu pun kalau ustaz fakhzan bagi..

sampai rumah umi tanya lagi..
"apa perasaan jadi cikgu?"
jawablah..
"seronok, tapi tak tahulah budak2 paham atau x..."

hummm
will i be a teacher or lecturer???

am i good enough?

or simply being a translator...

who knows.


...kenangan 2009...






26 April 2009

hati yang mati~




Tanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

  • Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
  • Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
  • Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
  • Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
  • Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
  • Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
  • Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
  • Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
  • Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
  • Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

manusia zahirnya bersih dan baik..
namun, andai dibiarkan hatinya kotor dan busuk dek kelalaian duniawi maka hatinya akan mati..

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)



mengapa hati kita mati??

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. Allah berfirman bermaksud:

"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."
(Surah al-Zumar ayat 22)


  • Hubbul dunia (kasihkan dunia)
  • Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
  • Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

dibuai, dihanyut kesoronokan sementara menyebabkan diri manusia alpa. keseronokan yang zahirnya nampak sedikit kesannya, tapi besar impaknya apabila tidak dikawal dan dihindar. akhirnya, antara sedar atau tidak, hati telah mati tanpa kita sedari.

setiap penyakit ada penawar..

hidupnya hati kerana tiga :

  • Zuhud dengan dunia
  • Zikrullah
  • "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)
  • Bergaul atau berkawan dengan orang yang mukmin

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


aduhai diri..

tatkala sedari hati kita mati..

cepat-cepatlah beristighfar supaya menyedari..

tak guna kita mengendahkannya lagi..

masih ada waktu untuk kita menyesali..

supaya diri lebih diredhai..

marilah sama-sama perbaiki diri..

sedangkan batu yang keras lagi ditembusi..

apatah lagi sekeping hati..

yang takutkan allah rabbul izzati..

"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Baqarah ayat 74)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

wassalam



kredit: iluvislam
diolah: husna tawfiq


21 April 2009

attention to all sasic graduates~

salam~
its been quite sometime since the last post ..
almost 2 days left for my lucky friends go to SASIC for their certificate giving ceremony..
i wish all of them could make it there on time wearing their golden* batik along..
huhuhu..
it must be surely grand i think..
of course la.. according to puan aumi..
all of them will have to wear special robe bought specially for them..
its my dream actually having myself at SASIC watching all of my friends having their great time..
meeting back all the teachers and juniors..
looking and viewing the new SASIC as the last time its only a while ive been there..
ooh.. but then, it seemed that i couldnt manage to do so..
it quite sad, but then i have to be rational..
even my umi tried to console me as she knows how deeply i am wanted to go there..
yeah, i know im not going to receive anything..
somehow, i really-really-really want to go though..
hmmm..
its ok my dear, i will have my friends that will send my regards to our beloved teachers and my juniors.. my f22 adekz..
its ok, once you've got the chance to fly somewhere (insya-allah) or you have some time..
you can go to SASIC at no time..

to all my dearie friends,
i know maybe its too early..
but then,
i wish all of you a safe journey to SASIC..
when you reached there..
send my regards to the teachers k..
say that we thanked them of all the efforts and hardship that they have to endured because of us
use up this opportunity to show them how grateful you are of being their students..
never forget their kindness towards you dearie, as they were like our own parents..
sacrifying time, love and money to raise us all..
may all of them will bless us..
may allah bless all of them..
and may allah bless all of us..
last but not least, may all of you have a safe journey back home..

p/s : do snap a lots and lots and lots of pictures taw!

19 April 2009

tatkala diri dilanda kebuntuan..
solat istikharah adalah penyelesaian..
moga diberi petunjuk merungkaikan..
jalan manakah sebenar pilihan..

17 April 2009

Provokasi + Matrik Melaka~

Bismillah~
salam..

"temuduga yayasan pahang"

temuduga yg totally lain drpd temuduga mara atau jpa..
berminat utk baca..? sedikit perkongsian ttg temuduga tersebut,..
Kursus Bahasa Arab, Universiti Ibnu Tofail, Morocco

Terima Kasih buat semua kawan2 yg amat baik beri sokongan moral
dan tips2 yg korg tayang hari lepas..
Memang amat-amat berguna..

8.30pg semua berkumpul..
terus cari adilah yg ke'pink'an hari ni..
ramai sggh orang yg datang,
ramai sampai boleh gelak2..
xpaham..
kebnykannya dak2 jpa..
jadi mereka jumpa sekali lagi..

ucapan aluan oleh ustaz muhamad, pegawai yayasan phg bahagian pendidikan..
semua pelajar dibahagikan mengikut kursus msg2..
dak2 mesir sila ke tingkat bawah..
medic+ulama amilin
dak2 jordan dan morocco tunggu kat dlm dewan tu..
terkapai2 lah keseorangan..
adilah dan dua pupunya kebwh meninggalknku..
dewan beraircond tu dipenuhi ng ramai org..
kbnykan dak kuliyah sltan abu bakar dan maahad sltn ahmad shah.
serta dak dq..
dan sorg dak kisas..
hehe..

selang bbrp minit pembahagian, 3 nm disebut.
nurul husna antara 3 org tu..
kami diarahkan ke sebuah bilik kecil di hujung dewan,..
xterlalu kecil..nice..beraircond..
dan ada 2 panel sedang menunggu,..
ada 5 kerusi..tp kami bertiga je,..
kami terus dijemput duduk..
muka panel kedua-duanya stiff..*provokasi*

sorg dak laki yg xengt nm nya, dr kuliyah s.a.b
yusra iliyani dr maahad s.a.s
dan nurul husna dr kisas
kami bertiga pilih bidang bahasa arab ke morocco..


sesi temuduga bermula

1) Pengenalan diri.

mula2.. masing2 diminta perkenalkan diri..bermula drpd budak laki tu,..yusra dan saya..
saya rasa sayalah orang yg paling byk ckp dalam bilik tu,..
mereka berdua hanya beritahu serba sedikit tntg diri masing2..
nama, asal, belajar di mana..
tapi saya rasa, tak cukup sekadar tu sahaja,
dengan lafaz basmalah, salam saya perkenalkan diri, seperinci yg mungkin.
tarikh lahir, tempat tinggal, tempat belajar, nama ayah umi, pekerjaan dan juga keputusan periksa..
nmpak lebih kot..tapi seboleh-bolehnya biarlah panel tahu kita bersungguh

ustaz tny, kenapa nak pergi morocco?
terlintas di fikiran
ada 2 org cikgu saya belajar disana.
siapa? ustaz nmpk berminat nak tahu..
alamak..
lupa jap nm ustzah n uztaz..
erk.. puan siti aina sabariah
dan.
en sheikh..
ustz ckp.. sheikh salim??
ya.. sheikh salim..

oooo.. ustaz knal rupenya..
same2 belajar kot,,

2) Sesi BETUL bermula.

Ustaz Khairul Anuar, menurut kad matrik yg dipakainya mula menulis sesuatu atas kertas.
tulis apa?
dua patah perkataan..
suruh tgk ada yg slh pd ayat tersebut?
tak-tak-saya kata huruf sin tuh cam salah..
saya bkn suruh awk tgk huruf..saya suruh awk tgk ayat..
tergelak habis semua kat situ!
dah.. mn la tahu..
jwb ikut hati..

farihalmuslimain
sepatutnya disebut begitu..
tapi disebabkan memori karat..
kami bertiga xdapat sebut dengan betul..
padahal soalan agak senang..
nyata la tu fe'el madhi..
ya rabbi!

ustaz tanya lg, muslimain tuh ap?
khobar? mudhofun ilaih?
saya jawab fa'il..
betul jwpan tu meski samar2 ingatan..
betul??wonder sbntar..

ustaz tulis ayat lain pulak dah..
dalam hati doa.."ya allah permudahkanlah"..
ra'aitul waladain..
"saya nmpk 2 org budak"
dia suruh sebut perkataan tuh..
saya sebut salah lg..
waladain tuh ap? xengat langsung...
ustaz bg klu..
masih samar2..
jwblah mubtada' muakhhar..
sbb ustz bg klu mubtada' dan ada bg satu cnth ayat lain..
nasib baik.. betul gak..


3) Provokasi sebenar bermula..

ustaz mulalah berkata kamu ni a1 bhs arab dlm kertas je. benda senang saya tanya pun xboleh jwb. kan dah belajar tingkatan 3 dulu. *belajar ke?? saya xbelajar pun!!*hati berkata. nih kamu tahu ke morocco tuh kat mana??. yusra jwb timur tgh. bkn. saya mencelah, *tak mnx izin* slh ea.., morocco atas dia spain dan bersebelahan dgn algeria. angguk2. kamu tahu ke jauh mana dr malaysia ke sana. naik kpl terbang apa. nih kamu tahu ke kamu ke universiti apa? diam. saya jawablah universiti ibn tofail. dr yg diam dari tadi mula mencelah sikit, membantu ustz memprovok kami. oo, universiti tu blakang sungai isap kan???. ????. sengih je. dan banyak lagi la diprovok.

nih saya belum uji lagi kamu boleh ke x ckp bahasa arb??
ohh..tidak..
walaupun, kononnya buat teks syarahan sket2,..tetap xyakin.
nasib baik, xtny

nih kamu ambil kursus bhs inggeris di uia. tapi nak amek bhs arab lak. nape??
ooo. tuh hanya kursus bagi lepasan spm selama 2 bln. jwb saya.
panel sengeh.*provok
ya lah, nanti kamu bukan guna sgt pun kat sane.. kamu gne bhs perancis dan bhs arab..
saya mencelah lagi, xslh kan?? *kurang adab ke??
memang la xsalah tapi kamu je yg advance sket daripada org lain..bagus, cara kamu habiskan cuti kamu.
fuhh..
senyum-senyum-senyum
angguk-angguk-angguk
sepanjang ustz dan dr berbicara hanya itulah yg mampu dilakukan..
jwpan temuduga akan diketahui dalam masa 10 hari ni..
insya allah, akan dihubungi kelak,

4) akhir

sebelum keluar, mintak izin nk tny satu soalan..
"klu kami xdpt ke morocco dan akan ditukarkan ke jordan, adakah kami masih akan belajar bahasa arab atau tidak?"
ustz jawab, masih bhs arab dalam perbankan..
???
masih xphm, tapi buat-buat paham..
ustaz cbe terangkan baik2..
tamat,..
ucaplah terima kasih tuan, dan keluar..

~

maka berlalulah keluar kami bertiga, budak laki tu nmpk frust sket. yusra pun geram tak dapat jwb soalan simple ngn baik. saya? lega, dan terus salam umi yg setia menunggu.

MoRal~
1) Study betul2 kursus yg dipilih sebelum ditemuduga.
lebih2 lagi bhs arab,,,,

2) Cari sebanyak mungkin mengenai pengajian luar negara yg kita pilih.

3) Persiapkan diri sebaik mungkin.
wlupun diberitahu 1hari sebelum i/v sekalipun..get ready je..

4) Pakai pakaian yg kemas.
obviously.

5) Senyum.
wlupun habis dibasuh dan diprovok..


sampai sini shj perkongsian. moga dapat membantu sesiapa sahaja kelak.
doakan la yg terbaik buat semua.


_____________________________________________________________________________

p/s: dapat matrik melaka~
dak kisas konvoi ke melaka??
???
hehehe








16 April 2009

alhamdulillah.. giliran saya pula..

salam..
bismillah,

akhirnya, kini giliran saya ke temuduga,..
mulanya, adilah yg dapat panggilan dr yyasan pahang,..
waktu tu, umi xde kat rumah,..
bila bagi tahu umi yg adilah dpt twrn tuh, umi suruh la tepon yyasn pahang..
tapi sgt2 inferior, dan tak yakin..
jadi, xtepon..

masuklah ke bilik rehat2..
dalam diam umi hubungi yayasan pahang..
rupanya ada salah faham..
pihak yysn ingat yg saya nak mohon medic..

mmg xlayak sgt la sbb bio dpt b..
pastu, umi ckp lah anaknya ni mohon arabic language kat morocco..
ooh..
kalau macm tuh, anak puan blolehlah datang esok pukul 8.30 pagi..
umi yg berdebar2 plak dengar anaknya dapt temuduga..

yup,
umi sebenarnya dapat instinct tu,..
sbb tu umi tepon..
rupanya anaknya pun layak..
alhamdulillah..

doakan ya kawan2..
esok hari saya pula..

wassalam..